bab 19

392 71 25
                                    

Boleh fahamkan lagu ini ye. Dia ada kait rapat dengan cerita ini.

Sebulan telah berlalu pergaduhan Adawiyah dengan Irdiana masih lagi tidak selesai......

Kedatangan Adawiyah ke rumah Isqandar di sambut baik. Selama Adawiyah duduk di situ. Semua orang dalam rumah itu tidak menunjukkan perasaan negetif terhadapnya.

6:30 AM

Adawiyah terus bersiap untuk pergi ke sekolah tapi hari ini Adawiyah terpaksalah pergi seorang diri kerna kejadian semalamlah Isqandar demam. Bila terfikir balik Adawiyah tersenyum-senyum bila teringat kisah semalam.

Adawiyah saja-saja je mandi hujan senyap-senyap tapi kantoi dengan Isqandar. Dia apa lagi turun dari bilik dia dan terus kejar Adawiyah. Adawiyah tak nak kalah bermula aksi kejar mengejar sampai lah Isqandar dapat tangkap Adawiyah. Terus di heretnya masuk dalam. Adawiyah apa lagi muncung sedepa juga lah tapi karang kalau melawan ada yang kene tengking. Alih-alih Isqandar yang demam. Adawiyah pula yang tak demam hahaha.....

"Wiyah mari sarapan dulu" kata Umi Isqandar yang melihat Adawiyah turun tangga sambil tersenyum manis.

"Maaf umi, Wiyah takut lambat. Umi tolong bekalkan saje untuk Wiyah nanti waktu rehat Wiyah makan ye umi."

Memang Adawiyah sudah lambat ke sekolah.  Sekarang pukul 7 naik kerta dah 10 minit karang lambat nak masuk kelas.

"Wiyah tak demam ke? Kamu pun main hujankan semalam? kalau tak sihat tak payah lah paksa diri datang sekolah." Ujar walid Isqandar sambil melipat surat kabarnya. Ni lah tokoh usahawan berjaya Tengku Rizal ayah kepada Isqandar.

"Wiyah ok je walid. Tu Isqandar tak ok..... Sorry ye walid" tersengih Adawiyah memandang walid. Walid hanya tersenyum dan hanya mengelengkan kepalanya.

"Adawiyah ni bekal jangan lupa makan tau. Jaga diri baik2 tau. Isqandar tak de dengan kamu jadi jangan bagi orang buli kamu faham. Umi tak nak kamu balik nanti macam-macam kazanah ada dekat kulit kamu. Kalau ada orang sentuh sikit pun jangan kalau ada juga beritahu kami biar kami ambik tindakan." Adawiyah hanya mengangguk mendengar nasihat bercampur bebelan biasalah mak-makkan.

"Eh, awak ni! Dia dah lambat tu dah dah pergi sekolah nanti kamu kene denda pula." Adawiyah terus menyalam walid dan umi lalu terus ke sekolah dipandu oleh supir walid tau.

Seperti biasa Adawiyah turun memang  ada je mata-mata yang memandang. Adawiyah malas nak layan sebab diorang takkan berani kacau dia selepas Isqandar bagi warning haritu. So tak de siapa yang nak dekat dengannya. Dan selama itu juga lah hanya Isqandar yang teman Adawiyah ke mana-mana.

"Mana Isqandar"

"Dia datang sorang."

"Weh ingat jangan dekat dengan dia nanti kita yang masuk jail"

"Dasar pisau cukur"

Banyak betul bisikan mak cik-makcik bawang ni dan repoter yang tak bertauliah. Adawiyah hanya masuk ke dalam kelas seperti biasa. Sekarang tempat duduknya juga berubah yang berada di sebelah Isqandar yang dulunya tempat tu kosong.

Isqandar juga lah orang biayai yuran sekolah Adawiyah dengan kata lain apa yang berkaitan dengan aku termasuk urusan dia. Kadang-kadang Adawiyah rasa Isqandar kelakar sebab terlampau overprotective orangnya. Untunglah siapa jadi isteri dia tapi bila terkenang ini hanyalah sementara  Adawiyah terdiam seketika.

"Bangun! selamat pagi cikgu!"

"Selamat pagi ok semua boleh duduk keluarkan homework kamu yang minggu lepas. Siapa tak bawa dan tak siap boleh berdiri di luar!!!" Tegas  Cikgu Hanisya. Cikgu Math. Seorang yang lembut tapi garang. Adawiyah mencari di dalam beg tapi tak de. Aku bawa tadi.

"Adawiyah mana yang kamu punya. Kalau tak ada buat cara tak ada. Sudah pergi berdiri di luar sekarang!!!"

Aku hanya mengangguk lemah. Malas nak melawan sebab dia dah cari tapi tetap tak ada.



Skip

Krinnnngggg............

Waktu yang di tunggu-tunggu oleh semua pelajar. Terus Adawiyah ke rooftop untuk rehat. Sedap sangat masakan umi Isqandar. Untunglah  siapa dapat jadi menantu umi.

Selesai sahaja makan, Adawiyah terus ke kelas tapi sebelum itu dia ingin membuang bekas makanannya ke dalam tong sampah tak jauh daripada kelasnya. Buka-buka sahaja dah ada kejutan.


Jeng jeng jeng.........


'Buku kerja Math aku!!! Macam mana ada dekat dalam tong sampah pula?' Omel Adawiyah sendiri.

Nasib baiklah Isqandar tak de kalau dia ada budak tu tak de dah kat sekolah ni.... Terus Adawiyah ambil bukunya. Nasib baik tak kotor sebab di dalam tong sampah itu hanya ada kertas dan habuk sahaja.

Sampai di dalam kelas ada lagi kejutan rupanya ingat dah habis.

'Kenapa Irdiana dengan Geng LWW ada dekat meja aku? dia orang buat apa tu?' Terus Adawiyah bergegas ke mereka.

"Apa yang korang buat ni??"

Adawiyah terpandang barang berada di tangan kiri Irdiana. Terdapat gelang yang Irdiana berinya dahulu dan sebelah kanan Irdiana memegang gunting... Tak kan lah.

"Kau rasa aku nak buat apa?" Irdiana mendekat gunting dengan gelang itu. Adawiyah cuba halang dia tapi Linda dan Winda sudah mengunci pergerakannya.

"Irdiana please aku merayu sangat-sangat. Kau bagi balik gelang tu dan jangan buat apa-apa dekat gelang tu. Kalau kau nak buat apa-apa buat je dekat aku. Aku tak kan balas. Tu satu-satunya kenang yang kau tinggalkan untuk aku."

"Aku akan bagi balik tapi selepas aku jahanam kan benda tak guna ni. Buat apa kau simpan benda ni bukan aku bukan lagi kawan kau. So benda ni tak penting pun. Oh sebelum terlupa.. Kalau aku cederakan kau konfem Isqandar makin benci dengan aku... Tu niat kau kan!!" kenyatan sinis Irdiana itu tak pernah Adawiyah terbayang dek akal.

Tangisan Adawiyah tidak di hiraukan. Kenapa Irdiana semakin kejam?

Depan mata Adawiyah, Irdiana memotong gelang itu. Bertaburan manik gelang itu.

'Ya Allah!! Itu satu-satunya kenang aku dengan dia kenapa dia sanggup buat aku macam ni.' Remuk hati Adawiyah melihatnya.

Watisya seronok tengok drama tak berbayar itu. Hasratnya selama ini telah tercapai. Mereka terus pergi ke lab untuk mata pelajaran sains tanpa menolong Adawiyah. Dia mengutip kembali butiran manik-manik itu dengan tangisan. Bagi Adawiyah, Irdiana banyak mengajarnya semangat kehidupan dan sekarang dia juga yang menghancurkan semangat itu.

Mungkin bagi orang lain gelang itu biasa tapi bagi Adawiyah luar biasa. Kalung emas yang pernah di beri oleh ibunya tapi di ambil oleh mak long. Katanya Adawiyah tak layak pegang benda-benda mahal.

Sedang Adawiyah kutip manik-manik tersebut. Sakit kepalanya menyerang dan darah daripada hidung juga turun. Cepat-cepat Adawiyah mencari ubatnya yang berada di dalam beg lalu menelan ubat tersebut. Perlahan-lahan rasa sakit itu hilang.




'Ya Allah jika ditakdirkan terus di benci. Aku redha.'

Sorry ye kalau tak best.

Bagi korang adawiyah seorang yang macam mana ye?????

Korang mesti tertanya-tanyakan apa yang terjadi dengan adawiyah dan apa hubungan adawiyah dengan Isqandar ye?

Baca sampai habis tau

Ada lagi kejutan ye..... Jangan sampai sakit jantung pula.....
Hahahaha

Sahabat Or Cinta ||| COMPLETE (in Editing)Where stories live. Discover now