bab 17

386 74 7
                                    

Adawiyah bersiap-siap untuk pergi ke sekolah seperti biasa lagipun baru keluar dari hospital.

"Adawiyah kau dah siap ke belum? Tak kan lah nak bersiap pun lambat kau ingat kau tu puteri raja ke?nak orang lain tunggu kau... Kau ingat kau sapa ha!!" Jerit mak longnya.

'Sudah biasa kena marah,tengking dan herdik. Memang layak buat orang macam aku ni' gertus Adawiyah

"Ye mak long adawiyah dah siap." Adawiyah terus meluru ke depan rumah untuk berangkat ke sekolah tetapi di tahan oleh mak longnya di ruang tamu.

"Kau ni kenape lembab sangat? Dah kau ni menyusahkan orang lain nak tunggu kau saja. kau ingat suami aku dengan anak aku tu tak de kerje ke ha? Kenapelah kau tak ikut je mak kau mati? kan senang ni menyusahkan orang je lah." kata maklong dengan nada perlahan sebab takut dengar dek suaminya dan anaknya.

Sementara tangan mak long sibuk mencubit Adawiyah. Sakit dia tu. Adawiyah tak mampu bersuara. Tangisannya sahaja yang keluarkan.

"Adawiyah!! Adawiyah, kamu dah siap ke? Kita nak bertolak dah ni."
Jerit pak long daripada pada luar kedengaran juga enjin kereta dipanaskan.

Mak long memandang Adawiyah lalu melepaskan tangannya daripada mencubit Adawiyah.

"Kau jangan berani-berani mengadu dekat siapa-siapa kalau tak, kau keluar dari rumah aku FAHAM!!"

"Ba.. Ba.. Baik mak long" Adawiyah menghulurkan tangannya untuk menyalam ye tapi macam biasa mak long beredar sahaja. Adawiyah terus hapuskan air matanya dan terus naik kereta untuk pergi ke sekolah.

Sekolah Adawiyah dangan Auni sangat berbeza sebab Auni sekolah kerajaan manakala Adawiyah sekolah swasta tapi dia rasa hari ni hari terakhirnya berada di sekolah itu sebab Adawiyah tak mampu membayar yuran bulanan sekolah itu lagi. Memandangkan ayah Irdiana tak mampu tanggungnya lagi...

"Adawiyah kenapa ni? Kamu nampak tak ceria je? Tak sihat ke? Nak pak long hantar pergi klink?" Pak long selalu risau tentang keadaan aku walaupun Adawiyah hanya anak sedara tapi dia layan Adawiyah macam putri kedua dia.

"Haahlah wiyah kau punya muka pucat je aku tengok. Kalau tak sihat kau duduk jelah rumah."  Itu bezanya sifat Auni dan ibunya. Auni selalu lindungi Adawiyah daripada kene pukul dengan ibunya.

"Tak de apalah pak long, Auni. Wiyah ok je. Wiyah kan kuat. Dah lah Wiyah dah lambat ni. Wiyah pergi dulu ye"  Adawiyah melambai ke pak long aku dan Auni. Terus Adawiyah masuk ke  dalam kelas.



PDP seperti biasa....


Kringgggsss . ........



Waktu rehat aku ke library. Adawiyah mana ada duit nak beli makanan. Nama pun orang miskin. Hidup bergantung dengan orang lain. Kene hina, herdik, cacian tu perkara biasa..

Tengah adawiyah mengelamun. Ada lagi musibah datang.



"Woi tak nampak ke? Habis baju irdiana kotor. Kau sengajakan buat sebab kau nak balas dendam kan? Irdiana are you ok. Babe?" Marah Watisya yang acah agak prihatin dengan dengan Irdiana.

Irdiana hanya diam malah reaksinya dingin. Dia hanya membersihkan kotoran air yang tertumpah pada uniformnya.

"Kau ni memang sengajakan? mengaku jelah yang kau cemburu tengok Irdiana bahagia dengan kitaorangkan? Kau memang tak layak untuk bahagia kau tahu tak? Kalau kita orang mintak ganti rugi konfem tak boleh ganti." Linda tersenyum sinis

"Btw bukan kau dah tak boleh sekolah dekat sini. Ooppss... Sorry terlepas pula. Yelah Irdiana kan dah tak tanggung kos sekolah kau kat sini and bila kau nak berambus dari sini?" Sambung Winda. Geng LWW ketawa gedik... Adawiyah hiraukan mereka dan cuba menolong Irdiana. Malangnya dia menepis tangan Adawiyah daripada menolongnya.

"Aku mintak maaf Irdiana aku tak sengaja. Sumpah!! Aku tak sengaja"

Tangan Adawiyah buat macam orang bersumpah padanya tapi dia hanya pandang Adawiyah dengan pandang dingin. Irdiana tak pernah pandang Adawiyah macam tu..

"Ooo tak sengaja. Kalau macam tu yang aku buat ni pun TAK sengaja." Irdiana menolak Adawiyah agak kuat sampai Adawiyah terjatuh.

Adawiyah tak faham ni bukan Irdiana adawiyah kenal. Kenapa dia berubah? Geng LWW lagi suka tengok drama yang susah nak dapat di mana-mana ini.

"Kalau macam ni lah. Baik kita bayar apa yang Adawiyah pernah buat kat baju aku dengan Irdiana kan?"

Watisya dah mengambil air milo dari linda dan siap sedia mencurah kepada Adawiyah. Adawiyah cuma membatukan diri sahaja dan menutup mata... Kalau itu yang membuat marah Irdiana dan lain puas Adawiyah redha..


5 saat kemudian

Kenapa Adawiyah tak rasa basah pun? Terus Adawiyah buka matanya. Ha doih apa pula ni...

"Who you want to bully as you like?"

Tengking Isqandar dan muka dia juga berubah daripada putih terus jadi merah padah. Minuman milo yang di pegang oleh Watisya tadi sekarang berada di tangan Isqandar.

Adawiyah sebenarnya tak nak dia masuk campur sebab nanti hanya mengeruhkan keadaan. Bukan saja geng LWW dan Irdiana je yang gerun dan terdiam melihat Isqandar macam tu tapi semua yang menyaksikan agenda ni pun turut gerun sebab Isqandar terkenal dengan sikap icenya. So bila dia marah itu petanda buruk yang datang.

"Nur Adawiyah Solehah kau pergi tempat lain jap. Aku tak nak kau dengar apa yang aku cakap ni.. Now!!" Adawiyah baru nak bantah tapi Isqandar terlebih dahulu sudah di beri pandang maut.


Adawiyah terus beredar....








Apa yang isqandar nak cakap ye????? Jangan lupa vote and komen ok

Banyak lagi rahsia belum terbongkar so kene baca sampai habis

Sahabat Or Cinta ||| COMPLETE (in Editing)Where stories live. Discover now