bab 4

558 141 11
                                    


      Kali ini,  Adawiyah pulang dengan menaiki bas yang mana Kebiasaannya, Irdiana yang tumpangkan Adawiyah tetapi kali ini, Irdiana kene menyambut kepulangan ibu bapanya di lapangan terbang. Oleh kerna itu, Adawiyah balik seorang diri.

Tepat Adawiyah sampai di hadapan rumah neneknya. Adawiyah melihat van putih elok berada  di  betul-betul di halaman hadapan rumah neneknya. Adawiyah mula hairan kehadiran van putih ituy.

'Apahal ada van putih ni??? Siapa yang meninggal? kenapa parking dekat depan rumah ni?' pelbagai persoalan di benak fikirannya.

Adawiyah mempercepatkan langkahnya menuju ke dalam rumah. Perasaan gundah gulana dan  tidak sedap hati mula menguasainya....

AllahhuAkbar.... Hanya kata-kata itu yang terluncur di bibir Adawiyah di saat.

Alangkah terkejutnya Adawiyah sekujur badan berselimut putih di depan matanya adalah nenek yang baru dia salam sebelum ke sekolah. Sudah pun terbaring kaku tidak bernyawa lagi.

Bagaikan separuh nyawanya telah pergi badan. Longlai badan meloroh jatuh berlutut di depan pintu dan tiada kekuatan berbicara ketika itu. Pandangan yang tidak pernah Adawiyah bayangkan.

Alangkah peritnya, melihat orang yang kita paling sayang pergi menemui Sang Pencipta. 

Pilu hati ni tidak dapat mengambarkan. Laju air mata Adawiyah turun mengalir di pipi sementara tangannya menutup mulut untuk menahan esakannya menjadi kuat. Terhinjut-hinjut bahu  Adawiyah menangis.

"Woi, Budak! Buat apa kau datang sini. Kau tahu tak disebabkan kau mak aku mati! Kau ni memang bawa malapetaka dalam hidup orang lah. Sama macam mak kau yang suka menyusahkan tu... Tahu tak!!" jerkah Mak Long Nabilah sambil menolak badan Adawiyah untuk pergi dari situ.

"Sudahlah mak, ini kan ketentuan ALLAH. Kalau nenek nampak mak buat macam ni dekat Wiyah, mesti nenek sedih. Janganlah salahkan Wiyah sebab dia pun  tak  tahu apa yang berlaku. Mak sendiri nampak  yang dia baru je balik dari sekolah." bela Auni Aira sambil menolong sepupunya itu bangun.

"Entah, awak ni! dia tu budak lagi janganlah nak salahkan dia. Jangan disebabkan awak benci emak dia, awak turut benci keturunan dia! Dia tu darah daging awak juga. Sudahlah kisah silam jangan diungkit kesian orang dah meninggal tu." pesan Pak Long Shafal.

Mak long memandang Adawiyah dengan pandangan tidak puas hati. Dengan bantuan sepupunya, Adawiyah dapat mengambil tempat bersebelah arwah Nek Tok. Adawiyah menatap wajah bersih nenek yang telah banyak berkorban untuknya. Perlahan-lahan Adawiyah dengan berat hati melabuhkan ciuman di ubun-ubun dan seluruh wajah neneknya buat kali terakhir.

'Ya ALLAH... Betapa Beratnya  ujian-Mu kali ini. Kehilangan seorang insan yang membesarkanku. Seorang insan mengajarku erti kehidupan. Seorang insan yang banyak berkorban untukku. Tidak dapat aku membalas jasa nenekku ini. Ya Allah... aku mohon pada-Mu agar nenekku ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dimasukkan ke dalam syurga firdaus-Mu.' Hanya pada Allah Adawiyah mampu mengadu dan memohon.

     Malam itu juga, Mak long membuat tahlil sekali dengan kenduri untuk arwah nenek. Selepas sahaja tahlil Adawiyah duduk di pondok tepi rumah neneknya.

"Dah sampai mana dah? Ada sampai paris ke Iceland ke tak pun sampai Scotland." Loyer buruk yang di buat Irdiana disambut sedikit hambar kerna Adawiyah hanya tersenyum kecil.

"Ok tahu lawak aku  hambar. Aku bukan apa. Aku cuma nak kau ceria balik je. Tak mahu sedih-sedih, aku tahu kau susah nak lepaskan arwah nenek kau sebab dia yang jaga kau makan pakai kau tapi kau kena tahu yang Allah lebih menyanyangi nenek kau. Anggap ini dugaan yang harus kau tempohi supaya jadi orang yang lebih kuat. Aku kenal kau. Kau tak kan putus asa sampai penghujung. Aku janji aku akan ada disamping kau sampai bila-bila. Biar bulan purnama menjadi saksi bahawa Puteri Irdiana Nazihah akan berada di samping Nur Adawiyah Solehah di saat  susah senang walaupun  jatuh dan bagun. Kaulah sahabat dunia dan akhirat aku." kata Irdiana dengan membuat tangan seperti berikrar.

Adawiyah hanya tersenyum mendengar penyataan tersebut. Lega hatinya ada sahabat yang selalu ada untuknya. 

"Eh, sebelum aku lupa. Ni ada buat tangan dari luar negara. Cantik gelang ni. Aku ada satu, kau pun kene ada satu. Ni gelang persahabatan kita ye. Jangan pernah tanggalkan, hilangkan apatah lagi. Ini amanah tau simpan elok-elok." Irdiana memasang gelang di pergelangan sahabatnya itu.

Adawiyah hanya tergelak kecil lalu tersenyum melihat telatah sahabatnya seorang itu. Dapat juga mengurangkan sedikit luka yang dia rasakan. Terkenang kata nek Tok

"Berkawan biar ramai, musuh jangan di cari tapi bersahabat biarlah seorang kerana sahabatlah tiada nilai gantinya."

Semantara itu, ada yang memerhati Adawiyah.

"I'm sorry for not being able to hold back your tears. I'm sorry too for not being there to take care of you."


Sorry hambar
Sis baru lagi dalam bidang ni 😅

Sahabat Or Cinta ||| COMPLETE (in Editing)Where stories live. Discover now