Sesampai sahaja di kereta berhenti, Terus Irdiana mencepatkan langkahnya untuk sampai ke biliknya. Irdiana mencapai genggang pintu bilik di hempas kuat sehingga mengejutkan pekerja di lantai bawah. Hanya bunyi tangisan yang menghuni ruang bilik itu.
"PENIPU!!!!!! Harapkan pagar, pagar akan padi. Aku ingatkan dia sahabat dunia dan akhirat aku rupanaya sebaliknya. Kenapa kau tipu aku Adawiyah? Kenapa?" kesakitan yang dilauhkan melalui esakkan Irdiana yang semakin menjadi-jadi sambil memegang bingkai gambar kenangannya bersama Adawiyah
"Penipu!!! I HATE YOU SO MUCH."
Pramm...
Berkecai bingkai gambar tersebut tapi berkecai lagi hati Irdiana apabila melihat sahabatnya sendiri mengkhianati dirinya. Mak Senah yang mendengar objek pecah menjadi panik kerna Irdiana balik dari shopping tiba-tiba balik dalam keadaan menangis tanpa henti yang di selangi dengan jeritan. Lalu Mak Senah membuat keputusan menalifon Adawiyah tetapi tidak dapat dihubungi. Kemudian, baru memberitahu majikannya agar segera untuk pulang.
Keesokkan harinya, di awal pagi.
Tok...tok...
Bunyi pintu di ketuk.
Laju Mak Senah segera membuka pintu.
"Assalammualaikum Mak Senah, Irdiana macam mana? Dia ok tak? Sorry Mak Senah, Telefon saya tak ada beteri waktu Mak Senah call saya. Sebab tu saya tak angkat." Terang Adawiyah agar Mak Senah tidak mahu ada kesalah fahaman.
"Tak apa, asalkan kamu datang. Dari semalam lagi Irdiana menangis, meraung dalam bilik tu sorang-sorang. Tu yang buat Mak Senah risau tu."
Terpancar wajah kerisauan Mak Senah dengan anak majikan itu. Kerisauan itu bertambah apabila majikannya akan balik pada malam ini.
Mendengar itu, tanpa berlengah, Adawiyah terus menaiki tangga untuk menuju ke bilik Irdiana.
Tok.. Tok... Tok
Pintu bilik Irdiana di ketuk tapi sebarang sahutan tidak kedengaran.
"Irdiana aku datang ni. Irdiana bukalah pintu ni, kalau kau ada masalah beritahu aku mana tahu aku boleh tolong. Jangan buat kitorang risau, Irdiana buka pintu ni." Pujuk Adawiyah di sebalik pintu.
Tiada jawapan tetapi hanya kedengaran hilaian ketawa Irdiana yang Adawiyah terima.
"Kau buat apa datang sini, ha? Aku benci tengok kau pergi!!!" Suara lantang Irdiana menjawap.
Tanpa membuang masa Adawiyah mengunakan teknik tekwando tali pingang hitam yang pelajarinya untuk menendang pintu tersebut. Takut-takut terjadi apa-apa dekat Irdiana.
Bukkk!! Pintu terbuka walaupun pintu hampir berkecai.
'Maaf ye dato nanti saya ganti.' bisik hati Adawiyah.
Kelihatan susuk tubuh irdiana di hujung birai katil sambil menangis. Keadaannya yang seakan hilang kewarasan. Perlahan-lahan Adawiyah mengambil posisi berdekatan dengan Irdiana.
"Ya Allah!!! Irdiana kenapa dengan kau ni? Bersepahnya bilik. Kenapa kau mengamuk macam ni sekali? Kalau ada masalah ceritalah." Tanya Adawiyah dengan suara lembut.
Tangan adawiyah juga cuba untuk mengosokkan belakang badan Irdiana menenangkan sahabatnya itu.
Irdiana ketawa. Adawiyab naik hairan dengan sahabatnya itu. Nak kata ketawa jahat tak delah jahat mana tapi kalau nak kata ketawa baik tak de lah baik mana. Lebih baik husnuzon jelah.
"Betul ke kau tak tahu? Ke kau buat-buat tak tahu."kata irdiana dengan nada sinis.
"Betullah macam mana aku nak tahu kalau kau tak cerita." Adawiyah semakin kehairanan.
"Ok kalau kau nak tahu. Kau yang nak sangat tahu kan. KAULAH MASALAH AKU." Tengking Irdiana.
Adawiyah terpana.
'Apa salah aku sampai Irdiana mengamuk macam ni sekali? Kenapa aku dipersalahkan?' Monolog Adawiyah.
"Irdiana apa salah aku sampai kau marah aku macam ni? Benda boleh bawa bincangkan." Ujar Adawiyah untuk menenangkan Irdiana. Irdiana tersenyum sinis.
"Benda boleh bawa bincang. Ohhhh.. Baru aku tahu. TAPI BENDE NI AKU DAH PERNAH BINCANG DENGAN KAU. Sekarang apa kau buat, tipu aku hidup-hidup. Aku ingat kau sahabat aku tapi sebaliknya." Kelihatan muka bengis Irdiana. Pandangan yang dulu penuh dengan kasih sayang bertukar menjadi api kebencian.
"Jap... Jap aku tak faham apa sebenarnya yang berlaku. Cuba kau terus terang jangan buat aku pana." Adawiyah pelik dengan Irdiana kalau nak kias pun pun bagilah dia faham ini tak. Adawiyah terpana sahaja. Dia tidak tahu akan salahnya.
"Otak kau memang loding ke? saja-saja buat loding. Oklah memandangkan kau punya otak letak dekat lutut tak pelah biar aku jelah yang bagi tahu yang KENAPA KAU TIPU AKU. KAU CAKAP KAU DENGAN ISQANDAR TAK DE APA-APA HUBUNGAN TAPI KENAPA SEMALAM AKU NAMPAK KAU KELUAR DENGAN DIA. SEMALAM BILA AKU AJAK KAU KATA MAK SEDARA KAU MINTAK TOLONG LAH APALAH TAPI BILA DIA YANG AJAK KAU KAU IKUT DIA. KAWAN JENIS APA KAU NI SANGGUP TIKAM BELAKANG KAWAN SENDIRI. KAU TAHUKAN AKU SUKA DIA TAPI KENAPA KAU CUBA NAK RAMPAS DIA DARIPADA AKU. AKU TAK PERCAYA ORANG CAKAP PASAL KAU DEKAT AKU TAPI BILA AKU NAMPAK DENGAN MATA KEPALA AKU SENDIRI BARU AKU TAHU PERANGAI KAU SEBENARNYA. JIJIKLAH AKU TENGOK MUKA KAU. SEKARANG KAU KELUAR DARI RUMAH AKU .S.E.K.A.R.A.N.G!!!" Tengking Irdiana tanpa belas kasihan sambil membaling barang ke arah Adawiyah. Namun dengan tangkas Adawiyah mengelak. Dia tahu bukan niat Irdiana berbuat demikian tetapi disebabkan hasutan syaitan menguasai diri sahabatnya itu. Bagi Adawiyah, Ini bukan Irdiana yang dia kenal yang dulunya seorng happy go lucky dan bukan seorang pemarah.
Tegur tau apa yang salah..... Kalau nak bagi ayat sis lagi cantik pun tak pe...
Apa dah jadi ni sabar belum habis lagi
YOU ARE READING
Sahabat Or Cinta ||| COMPLETE (in Editing)
General FictionCOMPLETE My first story💗 Persahabatan yang indah adalah antara hubungan yang saling memahami dan saling melengkapi. tak kira kaya atau miskin, tua atau muda, baik atau jahat mereka akan tetap dan lalui bersama kecuali maut yang memisahkan mereka. ...