bab 11

381 87 13
                                    

"Irdiana tolong pecayakan aku. Aku tak kan tikam belang kau. Dengar penjelasan aku dulu jangan hukum aku macam ni." Rayu Adawiyah. Dia tak mahu disebabkan lelaki kita orang berdua bergaduh. Rayuannya tidak di endahkan.

"Aku kata keluar!! Keluarlah. menyesal aku kenal kau." Jerkah Irdiana kerana amarahnya belum reda apa lagi melihat orang yang paling dia benci saat ini masih ada di hadapannya.

Sayu hatinya apabila dituduh begitu. Adawiyah boleh terima orang kutuknya tapi bukan sahabat dia sendiri. Sayang seribu kali sayang Irdiana sedikit pun memberi secebis kasih kepercayaan kepadanya lagi.

Pilu, sedih, sakit hati dan pelbagai perasaan yang tak dapat Adawiyah gambarkan. Sudahlah dibesarkan tiada ayah ibu dua bulan lepas kehilangan nenek. Kali ini pula kehilangan sahabat aku sendiri.

'Memang aku tak layak mendapat secebis kasih daripada orang ke? Ya ALLAH kuatkan lah hati hamba-MU ini untuk menghadapi ujian-MU' rintih hati Adawiyah. Hanya ALLAH tempat Adawiyah mengadu dan hanya ALLAH yang tahu bertapa sakitnya hati ini.

"Ok, aku keluar! Tapi kalau kau dah reda, kita bincang baik-baik ye? Aku minta maaf jika aku gagal menjadi sahabat terbaik buat kau." Itulah kata terakhir dari Aisy sebelum dia keluar dari rumah Irdiana.

Mendengar itu, Irdiana jatuh terduduk. Tanpa lagi ada suara tangisan atau pun jeritan. Pikiran Irdiana bercelaru memikirkan masalahnya itu. Mak Senah yang melihat insident itu pun berlari untuk mendapat anak majikannya cuba menenangkannya. Perlahan-lahan Irdiana menoleh ke arah Mak Senah.

" Mak Senah lepas ni... Jangan izinkan Adawiyah datang sini lagi Dan tolong buang nombor dia. Anggap je lah ini semua dah akhir."

Berat suara Irdiana untuk memberi arahan yang mana berat buat dia juga yang telah banyak menciptakan memories bersama. Mak Senah ingin bantah tapi apakan daya dia hanya sebatas pembantu rumah sahaja.



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

"Amboi lambatnya kau balik. Kau ingat ni rumah kau ke? Suka-suka hati kau nak balik pukul berapa. Siapa nak buat kerja rumah ni? Kau ingat kau tuan putri." Marah mak long melihat Adawiyah balik lebih lambat daripada biasa. Adawiyah hanya menunduk kepala. Mata sembabnya cuba tidak diperlihatkan.

"Maaf mak long. Wiyah ada hal tak di tu yang lambat sikit balik. Adawiyah tak ada niat pun nak biar. Mak long buat semua ni. Tak apa biar Wiyah yang bersihkan." Pemohonan maaf Adawiyah tidak di layan oleh mak long. Mak long hanya menayangkan muka seakan akan jijik dan muak dengan permohonan maaf tersebut.

"Maaf... Maaf... Kau ingat maaf tu boleh memelembutkan hati aku ke? Sorry... sampai aku mati pun aku tak kan lembutkan hati aku untuk kau sama macam mak kau. Tak payah aku dah nak siap dah pun. Pergi masak tu jap lagi suami dengan anak aku balik." Kata Mak Long Nabila dengan muka bengis sambil menolak Adawiyah ke dalam rumah. Adawiyah hanya sudah redha diperlakuan sebegitu.

'Kenapa mak long benci sangat dengan arwah mak dan aku? Apa salah mak sampai mak long tak boleh terima aku?' Monolog hati Adawiyah. Mengenangkan apa salah orang tuanya yang sudah lama meninggal.

"Yang kau mengelamun ni kenapa!!!aku cakap dengan kau ni. Ada aku suruh mengelamun ke? Dah pergi masak tu aku dah lapar ni jap lagi suami aku dan anak balik. Kalau kau tak siap masak lagi, siap kau aku kerjakan!" Arah tegas mak long lalu menuju ke ruang tamu untuk menonton TV. Adawiyah hanya mengganguk lemah lalu pergi ke dapur untuk memasak.

Tiba-tiba kepala Adawiyah mula rasa pening. Pandangannya juga mulai kabur saat memegang pinggan.

Prangggg....

Bunyi pinggan pecah kedengaran. Mengejut mak long yang sedang menonton TV lalu cepat-cepat pergi ke dapur.

"Ya ALLAH!!! Pinggan aku. Kau ni pandai tak buat kerja tengok habis pinggan aku. Kau ni memang menyusahkan sama je dengan mak kau!!!" Tengking mak long sambil menoyoh kepala anak sedaranya itu berkali - kali.

Apabila melihat pinggan kaca yang baru di belinya sudah pecah akibat kecuian Adawiyah. Baru Adawiyah tersedar akan perbuatnya itu cepat mengambil penyapu untuk membersihkan pinggan yang pecah itu.

'Kenapa setiap kali aku buat kesalahan mesti mak long kaitkan dengan arwah mak? Apa salah mak sampai mak long benci sangat dengan mak dan aku? Hati siapa tidak sedih bila orang mengata mak dia yang sudah tiada.' Adawiyah cuba memberanikan diri untuk bertanya.

"Kenapa mak long benci sangat dengan mak Wiyah? Apa salah mak?sampai sanggup benci mak Wiyah. Dia kan adik mak long" Sayu hati Adawiyah untuk menayakan soalan itu yang sekian lama terbuku dalam hati.

Mak long hanya tersenggih mengejek apabila mendengar soalan yang diajukan oleh Adawiyah.

"Kenapa kau nak tahu sangat? Oohh... Sebab kau nak tahu perangai sebenar mak kau kan? Ok aku bagi tahu tapi jangan menyesal! Kau nak tahu sangat kan. Sebab aku benci sangat dekat mak kau tu..."














Ok lah nak tahu kan kenapa mak long benci sangat keterunan adik dia sendiri????

tengok kat bab seterusnya

Sahabat Or Cinta ||| COMPLETE (in Editing)Where stories live. Discover now