bab 8

416 100 7
                                    

Hari berganti hari, tetapi hari Adawiyah berjalan seperti biasa terusik kembali...

Setibanya di sekolah, Adawiyah dan Irdiana mengorak langkah ke kelas tetapi dia merasakan kali ini suasana sekolahnya itu menjadi suram dengan aura tidak bersahabat dengannya.

Banyak mata-mata memandang ke arah Adawiyah. Dia membuat tidak endah dan malas nak layan. Kelihatan orang ramai berkurumun pada papan kenyataan utama sekolah biasanya sebab hal-hal penting sahaja.

Adawiyah mengecilkan badan untuk berhimpit dengan pelajar lain untuk membaca apa yang tertera di papan tersebut. Bagai nak terkeluar jantung Adawiyah melihat gambarnya berdua-duaan dengan Isqandar.

'Bencana apa pula kali ni.' bisik hati Adawiyah.

"Well well... Tengok perempuan gatal dah datang. Hey, adawiyah you tak malu ke goda orang? I tahulah yang dia tu kaya, banyak harta tapi tak sangka pula yang you ni murah sangat." Kata Watisya dari tingkat atas.

"Saya rasa korang ni dah salah faham saya cuma tolong dia je. Dia tanya soalan yang dia tak faham so aku ajarlah dia. Lagi pun dia dah tanya cikgu tapi cikgu sibuk so cikgu suruh dia tanya saya. Itu saje... Jangan nak tabur fitnah dekat saya, kalau awak tak tahu pekara sebenar. Tahukan, dosa fitnah tu umpama membunuh." Kata Adawiyah dengan riak tenang.

Berani kerana benar takut kerana salah. Adawiyah tahu dia ada ALLAH so buat apa dia nak takut. Irdiana sakit tekak sebab itu dia tidak bersuara. Adawiyah rasa kalau Irdiana bersuara lagi makan hati berulam jantunglah jawapnya.

"Betul tu! Aku tanya dia pasal pelajaran saje that's all. Kalau aku dapat tahu pekara ni berlaku lagi aku tak kan teragak-agak nak saman orang tu. Dah yang lain, aku rasa tak ada dah yang perlu nak tahu lagi. So sila masuk ke kelas masing-masing ye. kecualilah korang tak ada kelas?" Kata Isqandar dengan nada mendatar.

Isqandar yang bersandar di dinding tidak jauh daripada mereka. Dapat melihat Isqandar memandang tajam ke arah Geng LWW lalu beredar.

'Pada pandangan akulah Isqandar seorang yang dingin susah nak senyum tapi dengan aku kenapa dia senang nak senyum. Mungkin dia malas nak senyum kot tapi aura dia memang hebat semua budak perempuan boleh terpikat dengan muka ketat dia ahhh biarlah.' bisik hati Adawiyah bersendiri.

Lalu pelajar mula beransur beredar begitu juga dengan Geng LWW, Adawiyah dan Irdiana.

"Argghh! Tak guna punya adawiyah berani dia malukan aku depan khalayak ramai! I WILL MAKE SURE YOU DISTORY! Kau tunggu aku balas dendam. Ni Watisya anak Datuk Zaid lah. Wait and see!" kebencian Watisya semakin mendalam terhadap Adawiyah. Api amarah meluap-luap dalam dirinya.

Waktu Rehat

"Hai!! Irdiana boleh kami join you." Irdiana sedang menjamu selera terbantut apabila disapa oleh geng gedik itu.

"Duduk jelah." Jawap Irdiana acuh tak acuh memberi keizinan kepada  mereka duduk di situ.

"Irdiana I bukan apa... I cuma tak nak you di bodohkan oleh BFF you sendiri. You percaya ke yang si BFF you tu tak de hubungan dengan isqandar. I tahu you suka Isqandar kan? Sebab tu kalau kita orang cakap pasal Isqandar you mesti marah. You tak perlu malu dengan kita orang, cakap jelah yang you suka Isqandar. Tapi you tak rasa ke yang BFF you tu cuba nak rampas Isqandar dari you. You tak kan tak nak pertahankan hak you. Dia cuba goda Isqandar, You tak takut kehilangan orang yang you sayang? Kalau I, I tak sanggup." Racun Watisya ke minda Irdiana.

Irdiana terhenti seketika mendengar sahabatnya dikutuk dalam masa yang sama, dia sedaya upaya menahan diri untuk tidak mengoyakkan mulut puaka 'pontianak' di hadapannya itu.

"Apa yang kau merepek ni bila masa pula aku suka dia. Aku cuma... Ah... Dah lah malas aku nak layan korang buat sakit kepala je. Lagi pun, aku percaya kawan aku. Dia tak tikam aku daripada belakang." Marah Irdiana lalu melangkah keluar dari café sekolah.

Geng LWW hanya tersenyum sinis melihat perubahan air muka Irdiana sebentar tadi. Kelihatan wajah Irdiana 50-50 hendak percaya atau tidak apa yang diucapkan oleh Geng LWW.

"Kalau kau tak percaya nanti kau akan tengok kebenaran tu sendiri. Dia akan tinggalkan kau dan dia akan ambil orang yang suka." Laung Laura lalu tersenyum sinis. Watisya yakin bahawa rancangannya pasti berjaya.









Jahat kan geng gedik tu apa yg terjadi seterusnya tunggu sampai akhir tau.

Kalau ada yang salah sila tegur ye....

Jangan lupa vote,komen and add cerita ni dalam library korang tau

Sahabat Or Cinta ||| COMPLETE (in Editing)Where stories live. Discover now