Beberapa minggu selepas kejadian di Kejohanan Bola Tampar tempoh hari, Aimi dan juga Afifah masih tidak bertegur sapa antara mereka dan masing-masing lebih suka untuk berada dalam situasi seperti itu. Namun begitu, bagi Afifah dia merasakan dia perlu buat sesuatu supaya keadaan mereka yang kekok itu berakhir.Kenapalah aku ni ego sangat nak minta maaf dekat si budak Ami tuh, serba salah pulak dibuatnya bila aku cakap macamtu dekat dia haritu. Tu la kau Pipah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Haaa, kan dah menusuk ayat tu. Apa aku nak buat ek? Pergi minta maaf lagi ke? Ke ajak dia keluar makan? Adoyaiiii..susahnya la, aku dah la tak reti bab-bab macam ni. Tak senang duduk dibuatnya dibilik yang didiami oleh dua orang termasuk dirinya bersama kawan sekelasnya iaitu Erin. Aku tanya Erin je lah macam tu, kot kot dia ada idea lagi bernas dari aku tapi macam mana aku nak tanya supaya tak obvious sangat ek. Aku memandang Erin yang tengah seronok bermain game ditelefonya sambil berbaring disebelah katilku
"Ehem..ehemm.." aku cuba berdehem supaya menarik perhatian si Erin ni tapi hampehh langsung tak bagi respond. Aku cuba sekali lagi tapi kali ni lagi kuat berbanding tadi."Ehemmmmm.." dengan harapan Erin ni faham la maksud yang cuba aku sampaikan ni.
"Kau sakit tekak ke apa Pipah? Kuat betul kau berdehem ni.." Erin bertanya tapi masih leka bermain game PUBG tanpa menoleh ke arah roommatenya itu.
"Erin aku nak tanya ni"
"Tanya apa tuuu"
"Camne nk cakap ek, emm oke katakan ada makhluk Allah ni dia ada termarah sorang budak ni kan pastu dia tak tahu mahu macam mana nk pujuk balik budak tu. Kau rasa apa yg patut dia buat?" tanyaku memandang tepat kearah Erin dan menyebabkan kawan sebiliknya selama 3 tahun itu berhenti bermain dan turut bangun dari katilnya untuk memberi sepenuh perhatian kepada Afifah.
"Laaa..mintak maaf jelah apa yg susahnya" Erin cuba memberi pendapatnya tetapi ditolak mentah oleh si Afifah.
"Dah ak..ehh maksud aku dia dah try minta maaf tapi tak jalan jugak" fuhh nasib baik aku tak terlepas cakap.
"Tak jalan jugak ek? Ermm..cuba minta maaf lagi tapi kali ni buat la kelainan sikit mcm bagi hadiah ke belanja makan ke. Confem jalan tu, percaya lah." Ucap Erin dengan penuh yakin tentang idea itu tapi dia masih tertanya siapa makhluk Allah yang dimaksudkan oleh Pipah itu.
"Yeke jalan? Kalau tak jalan mcm mne?" aku masih was-was dengan idea budak Erin ni mengenangkan situasi sebenar aku dengan si budak Ami.
"Cuba la dulu, kan aku cakap tadi cuba je. Tapi jap, sape makhluk Allah and budak tu ha? Tak pernah-pernah kau tnya soalan mcm ni, ni tetiberrrrr sangat. Curious pulak aku."
"Okay aku cuba. Adalah orang ni, kau tak payah tahu lah. Ape pun thanks weh." Aku cuba memberi alasan agar tidak disyaki oleh Erin dan bergegas keluar daripada bilik.
"Cehhh, kuangsam kau Pipah taknak bagitau aku. Tkpe nnti aku tahu jugakk." Jerit Erin selepas melihat rakannya seperti lipas kudung lari dari disoal siasat olehnya.
Pelan Afifah yang seterusnya ialah dia cuba berkomplot dengan sahabat baiknya yakni tak lain tak bukan iaitu Zatil Aqmar. Afifah sedar hanya sahabatnya itu dapat menjalankan pelan yang berada dibenaknya itu. Apelah pelan Afifah ni agaknya ya, nantikan aksi si tebuan ni.Hahahahha.
Pada petang tu, Afifah dan Zatil keluar bersama di tempat mereka selalu luangkan masa iaitu di Coconut Shake Batu Berendam yang mana suatu lokasi tarikan pelancong di Melaka tak kira usia muda atau tua. Setelah masing-masing order makanan, Afifah memberitahu Zatil tentang pelan tersebut dengan harapan captain VQT itu sudi membantunya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Our Story
Teen FictionKisah antara junior dan senior dengan macam-macam ragam. More to imagination, experience and few funny things. Take a look gaiyss..♡♡