“Ami bagunlah, dah pkol bape ni. Nanti lambat plk nk pi program kolej ni.” gesa Hanna Syakila agar Aimi Nadhirah segera bangun dari tidurnya.
Haishh si Ami ni dari tadi aq kejut
taknak bangun lagi, tido mati minah ni. Tu laa, struggle pi training taekwondo berejam-jam sampai tak ingat dunia padahal esok ada game volleyball nya lagi. Muka tu dh barai teruk aq tengok si Ami ni. Aq mendekati Ami di sisi katilnya lalu menepuk perlahan mukanya supaya
dia sedar bahawa mereka sudah lambat untuk menghadiri program suai kenal yg dianjurkan oleh pihak hostel.“ Babe ooo babe, bangun la weh dh nk pkol 8 lebih ni.” pujuk Hanna lagi
dengan itonansi yg lebih lembut berbanding tadi.“Hurmmmm..” hanya itu reaksi yg dilontarkan Aimi Nadhirah tanpa membuka mata sepetnya. Dia tampak sangat letih dan tidak bermaya untuk bangun dan turut serta dalam
program tersebut nampaknya.“Amiii..bangunlaa. Kau taknak turun ke? Kalau kau penat sangat stay je la kt bilik, nanti aq inform ketua blok.” cadang Hanna kesian melihat kawannya itu. Dia belum pernah melihat Aimi Nadhirah dalam keadaan sebegitu dan apabila melihat keadaan roommate nya dia berasa
kasihan dan agak geram juga sebenarnya kerana sepanjang minggu ni dia asyik training volleyball non stop cuma petang tadi je takde training tapi dia pi taekwondo plk. Mana tak penatnya, kalau aq dh tumbang lama dah.Perlahan-lahan Ami membuka matanya dan terus memeluk lengan Hanna yg berada di sebelah kirinya lalu terus berkata..
“ Hanna aq mcm nk demam la, cuba kau rasa? ” lemah suara Aimi Nadhirah lantas mengambil tangan kanan Hanna lalu diletakkan di dahinya.
“Demam? Agak panas jugak badan kau ni. Takpela kau rest je kat bilik, nanti aq beli panadol kt COOP satgi. Aq tinggal kau sorang-sorang takpe kan ?”
“Aq tknak panadol, belikan aq air 100 plus je. Aq tk suka makan panadol. Takpe Hanna, aq oke je tapi kau jgn lama sangat nanti aq rindu.” tengah sakit pun masih sempat bergurau si
Ami ni.“Laaa..cepat elok ke kalau minum 100 plus? Serius taknak ni? Eh kau ni gedik la nk rindu
bagai pulak.”“Ya Hanna cepat je eloknya, lagipun ubat painkiller aq dh ada. Dahla pi la turun, bnyk pulak soalan, aq tk larat nk layan kau ni.” ujar Aimi Nadhirah dengan tangan kirinya memicit
kepala yg semakin kuat berdenyut. Haaa sudah, migrain ni dh datang da.“Okeke aq nk turun la ni. Kalau kau ada nak apa-apa wassap je aq tau. Kau rehat je lah, nanti balik karang aq kejut kau.” Ucap Hanna lalu bangun dari katil Aimi Nadhirah dan mengambil phone serta purse nya kemudian perlahan-lahan keluar dari bilik.
Aimi Nadhirah sukar untuk melelapkan matanya semula gara-gara serangan migrain yg semakin mencucuk kepalanya sekarang. Dia mudah mendapat serangan tersebut sekiranya dia terlalu penat atau stress yang teramat. Sejak dari sekolah menengah lagi dia sedar bahawa dirinya tidak boleh kuat bersukan apatah lagi dibawah terik panas, namun dia degil dan tidak boleh terlalu banyak berfikir maka inilah padahnya penyakit migrainnya akan datang.
Ubat painkiller senantiasa ada bersamanya kerana hanya ubat itu yg mampu merawat migraine tersebut. Aimi Nadhirah berharap agar Hanna Syakilla dapat pulang dengan secepatnya meski dia tahu program suai kenal itu pasti memakan masa agak lama.
Di perkarangan tempat letak kereta yg telah dikosongkan dari sebarang kenderaan, terdapat ramai pelajar yg duduk bersila di atas tikar yg dibentangkan di atas jalan tersebut. Kelihatan beberapa felo yg bertugas sedang memberi arahan kepada para pelajar agar duduk mengikut blok kediaman masing-masing. Tidak ketinggalan ketua setiap blok kediaman dan ahli JAKSIS yg lain. Masing-masing tengah tengah sibuk melakukan tugas mereka agar program ini berjalan dengan lancar dan tersusun.

ANDA SEDANG MEMBACA
Our Story
Fiksi RemajaKisah antara junior dan senior dengan macam-macam ragam. More to imagination, experience and few funny things. Take a look gaiyss..♡♡