Dalam kekangan masa yang mencemburui
Kita saling mengenali
Telah takdir tuhan menentui
Pertemuan ini sejambak rezeki
Buat mengajar diri erti
Kasih yang mungkin sejatiBiar masa berlari pantas
Tak terhinggap walau sepintas
Rasa benci mahu duka berkalas
Biar terbuang semua tanpa belas
Yang tinggal hanya rindu kuulas
Buat peneman untukmu ikhlasDoa dan kenangan pengganti rasa
Keberadaanku mungkin jauh di mata
Namun harap tak terlupa
Semua yang tercipta
Buat memoir untaian bicara
Peneman dirimu kala tiada
YOU ARE READING
Madah Luahan Jiwa
PoetryHanya nukilan insan yang gemar bermain madah pujangga, mungkin takdir membawamu menyinggahi teratak akasara diri yang menyimpan seribu rahsia menunggu persona diri membaca memahami tersurat tinta