Tangan aku digenggam erat sejak kami berdua turun daripada kereta. Aku sibuk memerhati keadaan sekeliling. Ni bukan calang-calang punya makan malam. Memang grand habis! Banyak duit universiti Luth ni nak buat majlis grand macam ni.
"Luth... baru sampai ke?"
Aku menoleh ke hadapan bila dengar ada yang menegur Luth. Mataku bertembung dengan seorang lelaki yang agak berusia.
"Doktor Hamid, saya perkenalkan isteri saya, Nuha..."
Aku senyum kecil pada Doktor Hamid. Wanita cantik yang berada di sebelah Encik Hamid tak berkelip pandang aku dan Luth tapi pandangannya lebih ke arah Luth.
"Ohh, ni la isteri kamu ye."
Luth mengangguk sambil tersenyum.
"I ingat you single lagi." Tiba-tiba ada suara lain pula yang muncul. Terus aku pandang wanita cantik tu. Lain macam betul aku dengar nada suara dia. Macam cemburu pun ada jugak! Eee... dia suka suami aku ke apa?
"Tak. Dah kahwin dekat dua tahun. Nuha, this is Sofea. Anak Doktor Hamid."
"Nuha..." Aku hulur tangan kanan untuk bersalaman sambil tersenyum manis. Sofea sambut huluran tangan aku ala kadar je dan dia langsung tak balas senyuman aku.
"Saya masuk dulu ye, doktor."
Doktor Hamid hanya mengangguk dan Sofea pulak masih lagi dengan muka masamnya. Dengki la tu tengok isteri Luth lagi cantik daripada dia. Aku terus tergelak kecil dan terus berhenti gelak bila tengok Luth pandang aku pelik. Dia terus meletakkan tangannya di belakang badan aku. Merapatkan jarak antara kami.
"Kenapa gelak?"
"Sofea tu suka awak."
"Huh?"
"Tengok cara dia pandang awak pun boleh tahu tapi takpe, yang penting sekarang ni dia dah tahu yang awak tu dah ada isteri yang cantik."
"Memang cantik pun." Luth berhenti melangkah sebelum menahan aku daripada bergerak sekali. Mukanya macam sedang berfikir sesuatu.
"Jom pergi tempat lain." Dia menarik tangan aku keluar daripada pintu dewan. Sengaja juga dia elak daripada lalu depan Doktor Hamid dan Sofea tadi. Laju kakinya melangkah ke arah kereta sampaikan aku rasa macam nak melayang pun ada.
"Nak pergi mana ni?" Soalku ketika kami berdua dah berada di dalam kereta
"Adalah." Sempat lagi dia tayang senyuman penuh misteri. Keningnya diangkat sedikit sebelum dia ketawa bila tengok muka aku yang dah berkerut-kerut.
**
"Awak bawak saya datang sini buat apa?" Tanyaku sebaik saja kami keluar daripada kereta. Luth senyum sambil membawa beg kertas berisi makanan yang kami bungkus dekat McDonalds tadi. Kemudian dia hamparkan tikar yang entah bila dia bawak.
"Saja nak dating dengan isteri sendiri."
"Tak apa ke kita balik macam tu je?"
Luth angkat bahu. "Rasa macam nak buat jahat hari ni. Come sit..."
Dia tarik tangan aku untuk duduk di sebelahnya. Tangannya kemudian lincah mengeluarkan segala makanan yang dia order tadi.
"Pemandangan dekat jambatan Putrajaya ni cantik kan?"
Aku lihat Masjid Besi yang pernah jadi tempat Luth melafaskan akad nikah kami. Punyalah aku bersungguh-sungguh pujuk Abang Aiman dulu nak nikah dekat situ.
"Nah, burger awak." Luth hulur burger Big Mac kesukaan aku.
"Saya kenyang lagi."
"Makan apa je sampai boleh kenyang?"
"Tengok awak pun saya dah kenyang."
Dia terus ketawa sambil tangannya mula menyuap kentang goreng masuk ke dalam mulut aku.
"Walaupun saya rasa bahagia awak kenyang bila tengok saya tapi saya tak nak isteri saya kelaparan."
"Luth..."
"Hmm..."
"Tak sayang ke tinggalkan kehidupan awak dekat Turki dulu?" Aku pandang dia yang sedang meletakkan sos cili di atas burgernya.
"Tak."
"Kenapa tak?"
"Sebab awak tak ada dekat situ."
Kali ni aku pulak yang ketawa. "So sweet."
"I know." Dia kenyit mata dan sempat lagi dia menyuap kentang goreng ke mulut aku.
"Luth..."
"Hmm..."
"Awak bahagia tak hidup dengan saya ni?" Entah kenapa teringin nak tahu. Yelah dah hampir tiga bulan kami berbaik, jadi aku nak tahu juga bahagia ke tidak dia hidup dengan aku.
"Soalan apa macam tu?"
"Nak tahu je."
"Awak jawab dulu. Awak bahagia ke hidup dengan saya?"
Laju aku mengangguk. "Setakat ni alhamdulillah bahagia."
"Setakat ni?" Dahi dia berkerut.
"Yelah. Baru tiga bulan kan, banyak buruk saya yang awak belum tengok lagi." Kali ni aku pulak suapkan kentang goreng ke mulut dia. Dia hanya pandang aku sebelum tiba-tiba dia menyuruh aku pusing menghadap dia.
"Saya sayang awak, Nuha. Bak kata John Legend, 'Cause all of me loves all of you..."
"'Love your curves and all your edges. All your perfect imperfections"
"Pandai pun." Dia usap kepala aku sebelum mengucup kedua-dua belah tangan aku. "Saya tak tahu apa akan jadi untuk masa akan datang tapi buat masa sekarang, alhamdulillah hidup saya bahagia. Ada awak, ada anak kita dalam perut ni..."
Tangan dia menyentuh perut aku yang masih kempis.
"Macam mana awak tahu?"
"Awak tu isteri saya. Segala perubahan awak, saya boleh tahu."
"Saya nak tunggu birthday awak minggu depan!" Bukannya aku nak berahsia dengan dia tapi memang aku dah bercadang nak buat surprise. Kononnya nak letak roti dalam oven la sebagai simbolik peribahasa Bahasa Inggeris 'a bun in the oven', nak bagi dia t-shirt tulis 'Are You Ready to be a Dad?' la, macam-macam aku dah rancang tau!
Luth ketawa. "Thank you, sayang. Awak dah bagi hadiah paling istimewa untuk saya."
"You're welcome. Thank you jugak sebab bersabar dengan saya selama ni."
"No problem. Saya kan sayang awak."
"Saya pun sayang awak." Aku tersenyum bahagia.
_______________________
Alhamdulillah akhirnya habis jugak Terima Kasih Cinta. TKC ni percubaan saya untuk menulis balik selepas sekian lama tak menulis. Main tulis je apa yang saya nak. Rasanya cerita yang lepas ni pun saya main tulis je. Apa-apa pun harap semua terhibur baca kisah Luth dan Nuha. Sokongan anda semua amat saya hargai
YOU ARE READING
Terima Kasih Cinta | COMPLETED
RomanceNuha dan Luth. Kisah cinta mereka. Kisah duka mereka.