Hanna Shauqina 1

242 9 4
                                    


#DudukRumah

P.O.V (Hanna Shauqina)

Pon! Pon!

Hemmm aku kenal sangat bunyi tu. Mesti pos laju! Pantas aku mencapai telekung untuk mengantikan tudung. Sebenarnya aku malas nak cari. Haha. Sambil berlari-lari anak aku menuju kearah abang posmen.

Sempat aku berterima kasih sebelum berpaling menuju ke rumah. Panas sangat d luar ni. Sejak Musim PKP ini, aku dah berubah jadi puteri lilin. Keluar rumah pun untuk jemur kain. HAHAHA.

Bungkusan kecil itu aku belek seketika. Rasanya aku takde lagi order apa-apa secara online. Eh, pelik ni. Taakkanlah ada orang diam-diam crush dengan aku? Ihihi. Desis hatiku sengan senyuman malu-malu. Badan sudah menari kecil. Adoii aku kalau bab memerasankan diri memang nombor satu!

Di tempat kerja pun kawan aku label aku minah perasan. Ceritanya sebab aku crush dengan bos aku, dan aku rasa, boss pun suka kat aku. Uwahahaha, yakin gituw! Tuan Qhafel Mateen, nama pun dah sedap apa lagi orangnya. Sedap mata memandang. Oh! May Crush. Tuan Qhafel yang tinggi, segak, bergaya tapi satu sahaja yang kurang. Kurang senyum. Stress aku!

Sekali sekala, nak juga aku potretkan senyuman dia d otak aku yang bersih, suci dan halalan toyyibah ini. Nak buat kenangan, kot-kotlah dia bukan jodoh aku. Oh sedih!

Minggu lalu sebelum syarikat di tutup sementara untuk mematuhi arahan kerajaan, sempat aku curi-curi gambar boss kacak aku. Haha buat bekalan sementara PKP berlangsung. Tapi yang tak boleh blah, masa aku nak tangkap tu boleh pula telefon aku buat bunyi tak sporting.

Kachak!

Haaaaa, semua mata terarah dekat aku. Aku mati kutu.

" Hanna, awak selfie ke?" soal Si Bos dengan muka tak berapa aku nak faham. Kosong, blur gitu. Masa dia soal tu memang aku dengar gelak tawa dari rakan-rakan lain. Muka aku mesti dah merah padam.

"Nak selfie dengan Boss, tapi malu." Bisik aku. Eh atau lebih tepat aku terlafaz dengan kuat. Sekali lagi semua mata buntang kearahku. Boss? Masih dengan muka takde perasaan dia tu.

"Eh sorry bos, saya gurau je." Ujarku sambil mengaru kepala yang dibaluti tudung. Aku dah tak tahu nak bagi ayat coverline apa. Jantung aku ni dah tak menentu bila boss datang dekat dengan kerusiku.

Tiba-tiba Tuan Qhafel berdiri di sisiku, tidak jauh tidak juga dekat.

Kachak!

Aku terpaku seketika bila dengan selamba boss menangkap gambar selfie menggunakan telefonnya. Okey! Dengan muka aku merah, siap pakej mata bulat pandang muka dia. Kau rasa aku cantik tak masa tu?

"Dah, nanti saya send gambar dengan awak." Ujarnya selamba kemudian kembali kepada kedudukannya memberi amanat tadi. Uisehmen Boss! Saat tu aku sudah tidak boleh fikir apa-apa. Bunyi hingar bingar dalam pejabat sudah aku tidak mampu dengar dengan jelas. Apa yang aku tahu semua sedang berebut-rebut mengambil peluang untuk bergambar dengan si Boss yang mood luar biasa hari ini.

'Bos demam ke?' desis hati aku.

Emm, aku rasa bos demam!

Amboiiii! Jauh pula aku mengelamun. Selesai satu babak, hadiah di tangan ku masih belum terusik. Segera aku buka pembalut pos tersebut. Kalau rasa-rasa, bentuknya macam kotak kecil.

Taraaaa!

"Apa maksud semua ni?" desisku sendiri. Mulut sudah tersenget ke atas. Tidak tahu hendak beriaksi bagaimana.

'Marry me?' Siapa pula orang gila yang hantar cincin siap dengan ayat lamaran begini. Boleh jatuh rahang begini.

Eh, gila!

Kisah Hati KitaWhere stories live. Discover now