Qhafel Mateen 6

122 6 1
                                    

P.O.V (Qhafel Mateen)

Aku renung lama wajah polos yang tidur di sisi aku dengan tubuh yang merengkot kesejukan. Mungkin kerana takut dengannya, jadi gadis itu memilih untuk tidur jauh di hujung katil dan tidak berselimut. Tubuh genit itu aku tarik ke dalam pelukan dan aku masukkan kedalam selimut yang aku pakai.

Sejuk begini pun masih berdegil. Desisku sebaik tersentuh tubuh Hanna yang jelas sejuk. Mungkin kerana terlalu lama terdedah pada pendingin udara. Spontan tubuh itu merengkot rapat di badan aku seperti anak kecil. Comel!

'Hanna Shauqina' desis hati aku. Aku tidak sangka, cik ekspresi ini sudah sah jadi isteri aku. Nasiblah rancangan aku, tidak di tolak keras oleh Hanna. Hanna wanita yang pertama jentik hati aku. Muka yang sentiasa menunjukkan seribu satu ekspresi dan saaangat mudah untuk aku baca.

Walaupun di pejabat aku jarang hendak bermesra dengan pekerja tapi setiap perbualan dengan Hanna Shauqina sentiasa melekat di otak aku. Semua sekali! Hanna bukan gadis becok yang banyak cakap tapi setiap apa yang timbul dari bibir si gadis banyak mencuit hati aku. Err, aku rasa bukan aku sahaja, semua orang di syarikat. Mungkin kerana Hanna yang polos. Dan blur!

Hanna yang tidak pernah faham kiasan aku setiap kali aku cuba bergurau. Dia sentiasa buat muka penuh persoalan dan memandang aku dengan kening bertaut. Aku yang tidak pandai berguraukah atau Hanna yang terlalu blur? Aku pun tak faham. Bukan aku tidak dengar gosip-gosip yang mengatakan Hanna Shauqina meminati aku. Tapi aku malas nak bagi sebarang komen. Lagipun Hanna tidak pernah pun berusaha untuk cakap dengan aku. Kalau aku tak mulakan perbualan hemm, memang krik-krik lah.

Nampak saja aku ni berat mulut, tapi kalau di bandingkan aku dengan Hanna rasanya gadis itu menang. Aku ingat lagi satu peristiwa canggung di bilik mesyuarat.

Aku sudah keluarkan arahan untuk mengadakan mesyuarat tergempar petang tu, memandangkan aku seorang yang sangat strick, so everything mesti perfect. Kalau silap sikit memang aku sembur, untuk mengendalikan syarikat di usia 32 tahun bukan sesuatu yang mudah bagi aku. Kalau aku bersikap sambil lewa, tidak lama lingkup syarikat yang aku usahakan sejak awal usia 20-an. Jadi aku tidak hairan kalau, petang itu aku nampak staff aku kucar-kacir menyediakan laporan team masing.

Aku melangkah lebih awal di bilik mesyuarat yang serba putih. Tapi mata aku tertarik pada seseorang yang sedang menyanyi bahagia sambil membelakangiku. Entah lagu apa, yang aku tau suara dia sedap. Hanna Shauqina, desisku. Aku pura-pura berdehem supaya si gadis yang aku berhenti membuat 'show'. Spontan Hanna menoleh pada kau dengan mata yang membulat. Kami saling berbalas pandang, dan perlahan-lahan aku nampak pipi Hanna jadi merah. Amboi, malu betul agaknya. Terkocoh-kocoh gadis itu duduk sambil menilik laporannya di atas meja tanpa menyapa aku.

Aku ambil tempat aku di meja utama dan mata aku ralit memerhati si gadis yang berpura-pura sibuk. 5 minit berlalu gadis itu masih senyap, 10 minit masih senyap! Aku pula yang jadi kekok begini.

"Awak dah siap laporan?" Soalku memecahkan kesunyian. Sempat gadis itu menoleh kiri kanan sebelum pandang aku. Jari kecilnya menunjuk diri sendiri seolah-olah bertanya.

Saya ke? Hampir sahaja aku melepaskan tawa dengan riaksinya yang seolah tidak percaya aku berbicara dengannya.

" Dah bos." Jawab Hanna ringkas. Aku mengangguk. Kembali sunyi. Aku sudah mati kutu terus berpura-pura menatap fail di tangan. Sunyi, tapi aku rasa di perhati oleh mata Hanna, aku pura-pura tidak perasan. Bukan baru sekali Hanna memerhatinya begitu. Tapi berkali-kali jadi dia sudah terbiasa untuk mengabaikan.

Tiba-tiba bunyi telefon Hanna berbunyi kuat membuatkan Hanna terperanjat dan melatah.

" Eh hensemnya bos hari ni!" Lancar sekali sahaja ayat itu keluar dari mulut si gadis. Aku angkat wajah untuk mencari pemilik suara itu. Hanna sudah memandang aku dengan muka merah. Pantas gadis itu menekup mukanya. Aku tersenyum dengan reaksi Hanna. Terlalu transparent!

" Ehem... saya memang hensem hari-hari. Awak je yang tak perasan." Ujarku sengaja mengusik. Mendengar sahaja suaraku, Hanna pantas melarikan diri keluar dari bilik mesyuarat.

See? Hanna tidak pernah pedulikan kiasan aku. Bukan sekali aku aku cuba sampaikan rasa di hati aku tapi berkali-kali, biarpun tidak secara langsung. Ada dua kemungkinan, sama ada Hanna ni memang tidak ada pengalaman bercinta, ataupun Hanna ni blur. Bukan nak kutuk tapi serius Hanna ni blur kalau bab perasaan. Kalau pasal kewangan syarikat serah saja dengan Hanna.

Aku rasa ada pergerakan dari Hanna membuatkan aku tersedar dari lamunanku. Cepat-cepat aku pejam mata berpura-pura tidur. Tangan aku yang memeluk pinggangnya jatuh di sisi bila Hanna bertindak bangun dengan mengejut. Barangkali terperanjat dengan kedudukan kami yang rapat.

" Hanna! Awal pagi lagi dah malukan diri sendiri." Bisik si isteri dengan suara yang serak memarahi dirinya. Aku menahan senyum. Tiba-tiba aku nampak Hanna menongkat kepala sambil meliarkan pandangan di wajahku, tidak sedar aku sedang memerhati dengan mata yang sedikit terbuka dan tersembunyi dek bulu mataku yang lebat. Keadaan yang suram turut membantu aku untuk meneruskan kerja 'Skodeng isteri'.

" Macam tak percaya." Ujarnya dengan suara separuh berbisik mungkin bimbang aku terjaga. Aku nampak ada senyuman terukir di bibirnya. Jari Hanna terangkat dan menyentuh hujung rambut aku.

" Ya-Allah Hanna!" si gadis sudah menampar tangannya sendiri dek tindakan luar kawalannya. Sedaya upaya aku menahan senyum.

Seperti baru sedar dengan tindakannya, cepat-cepat dia betulkan kedudukan. Sempat gadis itu berbisik pada diri sendiri untuk siapkan sahur. Seperti biasa, Hanna akan terlafazkan apa yang bermain di mindanya.

Hanna mengikat tinggi rambutnya sebelum berlalu ke bilik air. Aku pantas melepaskan senyuman di bilik yang masih gelap.

'Hanna, Hanna.' Desisku sendiri sambil meletakkan lengan di dahi.

Aku dapat rasankan tindakkan aku menikahi Hanna Shauqina adalah tindakan yang sangat tepat. Aku tidak dapat bayangkan kalau satu hari nanti dapat surat jemputan walimah dari gadis itu. Sebab, aku sedar Hanna menjadi perhatian beberapa pekerja lelaki di pejabat, Hanna saja yang tidak faham. Bukan sekali aku nampak Khairul memberikan sesuatu pada Hanna konon-konon atas dasar sahabat. Tapi aku lelaki, jadi aku dapat baca apa yang bermain di mata Khairul. Sebelum semua itu terjadi, baik aku dulu bertindak. Lepas ini aku tidak akan benarkan Hanna rapat lagi dengan mana-mana lelaki di pejabat. Aku tak suka!

Subuh itu, kami sahur agak kecoh sedikit dengan celoteh isteri aku. Dengan Mama bukan main becok lagi bercerita. Rancak! Sampaikan nasi di pinggannya pun tidak banyak yang kurang. Aku jelling Hanna yang masih seronok melayan mertua.

" Hanna makan." Tegur aku. Masa bukannya panjang sangat. Tidak sempat habis makanan di piring, nanti membazir pula.

Hanna memandang aku.

" Saya tak dapat habis." Ujarnya dengan mata penuh pengharapan. Harap aku habiskan makanan dia la tu. Adoiii lah isteri. Aku melempar pandangan kosong, memberi amaran supaya dia habiskan makanan. Tapi makin membulat dan bercahaya mata itu memandang aku. Ini betul-betul melemahkan semangat aku. Pandai dia main kotor dengan aku ye.

" Hanna baru makan sikit tu." Aku berkata. Berpura-pura tidak faham dengan renungan Hanna tadi. Makan ciput, patutlah kecil. Desis hatiku.

" Bos, tolong habiskan. Saya kenyang." Ujarnya perlahan cukup aku sahaja yang dengar. Mama dan Papa berbicara sesame mereka. Entah apalah di bualkan. Aku tidak dapat melarikan focus daripada Hanna. Gadis itu aku pandang. Mata bulat itu masih dengan pandangan penuh harapan.

" Lain kali bercerita lagi masa makan." Tegurku sebelum menarik pinggan Hanna. Gadis itu sudah tersenyum lebar. Aduii isteri aku ni kalau pandang lama-lama makin comel pula. Sebab itu aku tak nak stay serumah dengan Hanna sepanjang bulan ramadhan ni. Bahaya!

Jalan terbaik aku akan stay di rumah aku sendiri. Kalau rindu dengan isteri, malam sahaja aku akan balik ke rumah mama. Well, awal lagi aku memang sudah rancang. Seorang Qhafel Mateen tidak akan bertindak tanpa rancangan yang sempurna. Haha.

Kisah Hati KitaWhere stories live. Discover now