Hanna Shauqina 8

112 7 0
                                    

P.O.V (Hanna Sahuqina)

Aku memang terperanjat gila bila nampak Cik Bunga di ruang tamu. Hati aku yang teruja menyambut Qhafel pulang jatuh merundum. Apatah lagi bila nampak keakraban mama dengan Cik Bunga. Tiba-tiba aku rasa diri aku kerdil. Bos pun mesra sangat dengan Cik Bunga buat apa. Mentang-mentanglah ini rumah keluarga dia, takde pun nak infom aku pasal Cik Bunga nak datang. Ish!

Sepanjang makan aku berpura-pura ceria. Qhafel, pandang aku seketika tapi dengan muka tiada perasaan. Aku malas dah nak pandang, apa yang aku tahu selera aku sudah mati. Aku tidak mampu beriaksi normal bila dengan Qhafel. Kalau boleh aku tidak ingin menjawab setiap pertanyaannya. Tapi, aku tak naklah tambah dosa di bulan ramadahn ni

'Sabar Hanna, sebelum ni kau ok je pun.. tak payah emosi sangat. Relax okey.' Aku memujuk diriku sendiri. Sedaya upaya aku kawal air muka ku supaya tiada yang sedar akan perubahan mood aku.

Tapi bila masuk sahaja bilik aku sudah tidak tahan bila sekali lagi Qhafel memandang aku dengan muka 'peti ais' dia. Uhuk. Takkan dia tak sedar aku cemburu! Mata ku pun satu, masa-masa begini juga hendak berair.

Dada aku sudah tidak dapat menahan sebak sebaik Qhafel memeluk tubuh aku. Aku tak nak! Aku tak nak dia peluk aku. Buat apa nak peluk-peluk. Cik Bunga yang jauh lebih cantik dari aku ka nada,kejarlah! Bentak hatiku di iringi rontaan. Aku sudah tidak peduli dengan tangisan yang keluar dari bibir. Biar Qhafel tahu aku cemburu.

" Lepas." Ujarku sambil menolak lengan Qhafel tapi apalah daya aku. Qhafel tu sasa, aku yang kecil ni manalah setanding dengan dia. Senang sahaja dia manipulasikan pergerakkan aku. Makin erat pelukkan. Aku pula jadi tidak keruan begini.

" Hanna cemburu?" aku dengar dia bertanya. Sambil melonggarkan pelukan. Harap-harap tidak lah hodoh wajah aku kalau menangis.

'WHAT?! TAKKAN TAK TAU KOT!' bentakku dalam hati. Tapi lain pula yang keluar di bibir. spontan sahaja aku mengakui kebenaran itu sambil memegang dadaku yang sakit menahan cemburu dan sebak sedari tadi.

Tiba-tiba aku nampak dia senyum, aku tau lah hensem tapi buat apa senyum masa aku tengah sakit hati macam ni. Kejam! Dari tadi tayang muka beku, alih-alih sekarang senyum. Bila aku tanya kenapa senyum, boleh pula aku dengar dia ketawa. Tak ke pelik tu? Takkan lah Qhafel bergembira dengan keadaan aku begini.

Huh! Malas nak layan, baik solat. At least boleh juga sejukkan hati aku.

" Hanna..." Panggil Encik suami setelah selesai solat tarawih ringkas sekeluarga. Aku balas dengan jelingan yang tak berapa nak tajam, takut tambah dosa, jadi aku jelling sikiiiit je. Aci tak?

" Hanna, sini." Qhafel memanggil sambil menepuk-nepuk ruang di sisinya. Aku mengampiri siap ada pekej peluk tubuh. Merajuk lah, Qhafel tak cakap apa-apa lagi pasal Cik Bunga, dia gelak adalah.

Qhafel meleler lengan aku supaya duduk, sebab aku dari tadi berdiri di sisinya. Tunjuk protes. Tapi bila Qhafel sudah tersenyum sambil menarik lengan aku, aku tak jadi nak berdiri lama-lama, sebab aku kan suka Bos, jarang-jarang tau dia nak senyum, gelak hensem-hensem macam ni. Ehehe.

" Marah lagi ke?" Soalnya lembut saja suara. Aku tiba-tiba rasa tidak jadi untuk teruskan mogok. Jejari Qhafel sudah mengelus rambut aku.

Sekali lagi Encik suami bertanya soalan yang sama. Aku mengeleng pantas.

" Abis kalau tak marah, mulut tu kenapa panjang sangat? Hanna, nak belajar jadi itik ke?" Soalnya siap tergelak di hujung soalannya. Aku pula pantas memegang mulut sendiri. Aku tidak sedar pun mulut aku muncung begitu. Ni semua sebab turut sangat rasa merajuk di hati punya pasal lah ni. Qhafel masih dengan senyuman.

Kisah Hati KitaWhere stories live. Discover now