Hanna Shauqina 3

124 9 4
                                    

P.O.V ( Hanna Shauqina)

3 hari terlantar sakit di rumah keluarga Qhafel. Bila aku menyampaikan khabar pada Walid yang aku tinggal di rumah keluarga bos, boleh pula Walid meng'ooo'kan sahaja. Macamlah Walid tidak tahu, bos aku lelaki. Ibu dan ayah bos melayan aku dengan baik, sebenarnya saaaangat baik! Sampai aku jadi terlebih selesa siap boleh buat lawak dan bergurau senda lagi dengan kedua orang tua itu. Barangkali kerana terlalu lama aku terkurung di rumah sewa aku menyebabkan 'kekreatifan' aku untuk menyalurkan lawak terlepas bebas pada Dato' Qhalel dan Puan Maleeka.

Dalam masa 3 hari sahaja aku sudah boleh sesuaikan diri di tempat asing itu, mungkin kerana mulutku yang memang mesra alam kot. Fikirku. Alhamdulillah hari ini dia rasa segar dan sihat. Dia nekad minta kebenaran bos untuk pulang ke rumah sewaku. Tidak sanggup berlama-lama di rumah mewah tersebut. Kang cik tunang Tuan Qhalef jeles, naya.

Aku mula merangka ayat di telefon pintarku. Memandangkan bos tidak tinggal bersama orang tuanya. Haruslah aku hubungi bos pakai whatsapp.

"Assalamualaikum Bos, maaf ganggu. Bos saya nak minta izin balik rumah sewa saya. Alhamdulllah saya dah sihat hari ni. Boleh ye bos?" sent!

Seminit, dua minit..lima minit, tiada balasan! Ok fine. Aku putus asa menanti. Segera aku tinggalkan telefon dan mengemas barang-barangku. Sebut tentang barang-barang aku, satu perkara yang bikin aku malu tak sudah sejak hari itu.

Nak pecah jantung aku bila ingat kembali tentang bos packing baju aku sumbat dalam bagasi, yang tak boleh blah baju kecik aku yang colorful pun dia kaut sekali! Weh, ceroboh privasi aku. Tak pernah lagi mana-mana lelaki nampak baju dalam aku tau. Mamat 'peti ais' ni sahaja yang tiba-tiba ceroboh, nak sembur rasa tak sampai hati sebab memang keperluan aku. Ish, serba salah aku jadinya!

Bunyi pesanan masuk membuatkan aku berlari-lari ke katil. Seolah-olah sedang menanti balasan pesanan dari cinta hati pulak..aisehmen! Heii Hanna, tunang orang tu. Ingat sikit. Aku menegur diri sendiri aku extrakan ketukan di kepala. Supaya cepat sikit move on.

"I'm coming." Ringkas.

Fuhh, aku tarik nafas lega, bila dapat jawapan positif dari bos. Kalau terus stay di rumah ini susah aku nak move on. Sudahlah dilayan seperti menantu tersayang di sini. Haish, buat aku perasan lebih-lebih je nanti. Baik aku balik rumah.

Aku bersiap-siap memakai tudung dan membawa beg pakaianku ke tingkat bawah. Dato Qhalel dan Puan Maleeka yang sedang duduk sambil menonton televisyen.

"Mama, papa. Hanna dah nak balik." Ujarku. Ya, aku di suruh memanggil mereka dengan gelaran yang sama bos guna. Mama dan Papa. Haha.

" Hanna nak balik mana?" Soal Puan Maleeka dengan muka cemas. Aku pula naik pelik. Takkan lah selamanya aku kena tinggal di rumah mertua tak jadi aku? Segan.

" Hanna nak balik rumah sewa Hanna, lagipun Hanna dah sihat dan kuat. Thanks to both of you, Hanna hargai sangat-sangat." Ujar ku ikhas dari hati. Sempat aku titipkan gurauan sasat menyebut perkataan 'kuat' aku buat gaya ala-ala iklan ahli bina badan demi untuk menerbitkan senyum pada dua wajah di hadapannya. Puan Maleeka sudah mendapatkan aku. Dipegang tangan aku lagi seperti tidak hendak melepaskan ku. Sayu wajah itu kelihatan.

" Hanna tak nak tinggal dengan mama lagi ke?" soalnya ada lirih di situ. Jelas wanita itu memang ingin aku tinggal lama-lama di situ. Segera aku menafikan telahannya. Hemm, kalau boleh nak stay lama-lama kat sini dengan status 'menantu'. Desisku dalam hati, kalau aku cakap betul-betul nanti bimbang kena heart attack pula orang yang mendengar. Nazubillah!

"Mama, mana ada. Hanna kan dah sihat, itu yang Hanna kena balik." Ujarku sambil memeluk bahu Puan Maleeka. Aku pun tidak tahu bagaimana aku boleh selesa dengan mama bos dengan masa yang singkat begini. Sedih pula bila nampak riak wajah wanita di hadapannya.

Kisah Hati KitaWhere stories live. Discover now