Hanna Shauqina 2

115 9 5
                                    

 P.O.V (Hanna Shauqina)

Entah sudah berapa hari aku berpuasa sendiri, Alhamdulillah makin ramai pesakit Covid-19 sembuh, bangga aku dengan pencapaian yang di lakukan oleh barisan hadapan. Our Heroes! Aku yakin tak lama lagi mesti arahan PKP akan berakhir dan Malaysia akan bebas dari pendemic Covid-19 sekiranya rakyat menjaga dan mematuhi amanat Perdana Menteri.

Sepanjang itu cincin misteri itu di dalam simpanan aku, masih menanti sekiranya ada sesiapa yang menghubunginya. Tapi tiada. Dan selama seminggu inilah aku kurang sihat. Demam barangkali kerana terlalu memikirkan perihal pertunangan si pujaan hati. Tiba-tiba rasa rindu dengan Walid dan Hariz adikku kuat mengetuk hati.

Terbatuk-batuk aku sambil mengetatkan sweeter kuning yang aku pakai. Telefon bimbitku berbunyi. Dengan jasad yang terbongkang lemah di atas katil aku menyambut panggilan tanpa memandang gerangan si pemanggil.

" Hello.." Jawabku dengan nada lemah dan suara serak dan terbatuk.

" Awak tak sihat?" soalan yang tidak di jangka keluar dari mulut si pemanggil buat aku mengerutkan kening. Macam kenal je suara ni. Segera aku melihat skrin telefon.

BOS!

" Eh, bos Assalamualaikum. Maaf tak perasan bos yang kol." Ujarku sudah membetulkan duduk. Kepalaku seolah mengembang dan berdenyut-denyut ketika itu.

" 10 minit, awak siap-siap. Saya ambik awak." Ujar suara si tunang orang sebelum talian di matikan. Aku sudah terpinga-pinga. Otak tidak dapat proses dengan betul. Tak faham!

Siap? Ambik? Soal ku dengan kening berkerut. Bos dah kenapa? Aku yang demam ke bos yang demam? Desisku. Tidak tahan dengan persoalan aku dail semula nombor telefon bos.

" Bos, saya tak faham." Ujarku. Polos? Iya mungkin sebab aku memang tidak faham.

" BERSIAP CEPAT HANNA SHAUQINA! Saya on the way ambik awak." Ujar suara di hujung talian. Tegas. Malah ada nada marah di situ. Sekali lagi panggilan di tamatkan. Aku masih binggung, tapi tetap bersiap. Tudung, tshirt lengan panjang plus cardigan tebal aku pakai dan seluar trek. Siap. Mengeletar tubuh aku, entah sebab demam ataupun cemas hendak bersua dengan Tuan Qhafel.

Pintu rumah sedia di buka bila sudah memastikan barang-barang yang perlu di bawa. Kunci rumah, dompet, handfon. Perfect!

Tidak lama sebuah kereta Volkswagen Arteon berwarna emas tiba di hadapan pagarnya. Amboi! Racing ke bos ni. Cepat sungguh.

Aku mengunci pintu rumah kemudian melangkah lemah ke arah pagar.

Pemilik kereta sudah keluar dari pintu pemandu, auch kacaknya! Desis hatiku sebaik terlihat encik bos yang santai dengan t shirt polo berwarna meroon dan seluar slack putih. Dia kacak-kacak ni, lepas jumpa tunang ke? Desis hatiku cepat-cepat menjatuhkan pandangan. Tunang orang tu Hanna! Tegur satu suara dalam kepala menyedarkan aku hakikat yang menyentak realitiku.

Wajah si bos tetap kosong mendekati pagar rumah. Terteleng-teleng kepalaku melihat kiri kanan bimbang mata jiran-jiran memandang serong. Tidak pernah lagi, ada lelaki yang menjemput aku di perumahan ni nanti timbul fitnah pula. Desisku.

" Bak sini kunci rumah, awak masuk kereta." Ayat pertama yang keluar dari mulut Tuan Qhafel bila berada di hadapanku.

" Bos nak buat apa? Dan kita nak pergi mana?" soalku tanpa dapat di tahan. Masih dengan suara serak. Berapa kali berdehem tapi suaranya masih begitu.

Bos memberi pandangan maut pada aku. Tajam matanya menyampaikan amaran pada aku supaya tidak banyak tanya. Aih, rasa nak terkucil pula bila kena pandang macam tu. Spontan aku hulur kunci rumah.

Kisah Hati KitaWhere stories live. Discover now