Qhafel Mateen 7

118 8 0
                                    

P.O.V (Qhafeel Mateen)

Hari ini Perdana Menteri mengumumkan lanjutan untuk Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Dimana perintah kawalan mendapat sedikit kelongaran berbanding sebelum ini. Ada beberapa negeri tetap meneruskan PKP seperti biasa.

Sejak PKPB bermula 4 Mei lalu, Aku dan beberapa orang penting syarikat QM Empire mula berkerja dan aku arahkan semua pekerja aku yang lain untuk berkerja dari rumah sahaja termasuk Hanna. Kerja-kerja juga tapi arahan kerajaan tetap nombor 1. Jaga jarak, ikut SOP dan sebagainya. Sebab itu juga aku cuma meminta rakan kongsi dan orang penting syarikat sahaja yang hadir untuk menguruskan beberapa kerja yang terbengkalai.

Ramadhan semakin hampir ke penghujung tapi nampaknya Perintah Kawalan masih dijalankan sehingga kini, rasanya tinggal seminggu lebih sahaja lagi akan raya. Alamat raya tahun ini di rumah masing-masing sahaja. Tapi aku tidak kisah asalkan Negara kita betul-betul bersih daripada wabak pembunuh senyap ini. Raya di mana-mana sahaja akan berkat kalau ada rasa syukur.

Hikmah ramadhan di musim PKP yang dapat aku lihat ialah, kurang pembaziran makanan. Selalunya bila menjelang ramadhan kadar pembaziran makanan di Malaysia pasti meningkat. Hemm. Nampak macam biasa sangat tapi kalau kita bandingkan dengan negara luar seperti Syria, Gaza , Afrika sekecil-kecil makanan di hargai.

" Qhaf, jauhnya mengelamun. Dan petang ni tak balik lagi?" Soal Bunga pada aku. Gadis lampai itu sudah melabuhkan punggung di kerusi hadapanku sambil melempar senyuman.

" Eh, sorry I tak perasan" Desisku sambil menatap jam di tangan. Sudah lewat rupanya. Aku mula mengemaskan fail di atas meja.

" Qhaf I join berbuka di rumah mama you boleh? Lagipun I malas nak singgah mana-mana kedai. I rindu masakan mama you." Pinta si gadis di hadapanku. Bunga memang rajin bertandang kerumah mama dan papa aku, sebelum ini. Aku sudah terbiasa dengan Bunga tanpa berfikir panjang aku terus mengangguk setuju.

Kesian pula kalau di tolak, masa berbuka pun sudah tidak lama lagi. Alang-alang biar Bunga singgah rumah mama papa lagipun jalan rumah sehaluan.

Aku mencapai telefon, nombor Hanna aku cari untuk memberitahu tentang kehadiran Bunga petang ini. Sudah separuh jalan aku menaip tiba-tiba otak ku dijentik untuk mengusik sang isteri hari ini. Hehe. Pantas aku padam mesej dan menyimpan kembali telefon bimbit. Aku hendak lihat apa riaksi yang akan di pamerkan si isteri bila nampak aku balik dengan Bunga.

Berkali-kali aku tangkap pandangan Hanna yang dingin jika lihat aku dan Bunga berbincang rapat. Mata cik isteri yang sentiasa ceria akan bertukar jadi muram. Ehem, ketika itu belum jadi isteri lagi lah. Aku tidak tahu la, kalau Bunga perasan atau tidak. Mungkinkah aku yang terlalu memerhati sehingga salah tafsir mata Hanna. Dan mungkin malam ini aku boleh dapat jawapan.

' Mood jahat Qhafel. ON!' desisku. Sambil ketawa jahat dalam hati.

Aku dan Bunga sampai di perkarangan rumah Mama dengan kereta masing-masing. Aku tercari-cari kelibat sang isteri. Seminggu lebih menjadi suami isteri tidak banyak yang berubah, aku cuba memberi ruang pada Hanna yang jelas belum selesa dengan status menggejut. Sehingga kini mulut itu memanggil aku BOS. Haihlah nasib. Tapi nak sweet-sweet lebih, bulan ramadhan ni pun tidak boleh juga, bahaya. Bukan Hanna yang bahaya, aku yang bahaya.

Bukan mudah untuk menyandang gelaran suami pada gadis secantik Hanna Sahuqina! Sebab itu aku jarang balik rumah mama.

" Bunga, lama mama tak jumpa. Allah rindu pula." Mama sudah menyambut Bunga di depan pintu siap berpelukan lagi. Lupakah mereka tentang jarak yang harus di jaga? Aku tepuk dahi. Bunga tercegat di ruang tamu sebaik aku masuk.

Mata Hanna, dan mata Bunga saling berbalas. Sempat mata Hanna teralih pada aku sebelum gadis itu berlari masuk bilik, barang kali mencari tudung. Bunga pandang aku sambil buat muka penuh persoalan. Aku memang tidak memberitahu Bunga tentang status aku yang sudah bertukar sejak seminggu lebih yang lalu, haruslah Bunga buat muka begitu.

Kisah Hati KitaWhere stories live. Discover now