Bab 2

381 10 0
                                    

Isteriku, 19 tahun!

"Nanti, rajin-rajin makan ubat ya. Biar cepat sembuh."

Aiman usap kepala kanak-kanak berusia 6 tahun itu. Mata si kecil yang bundar kelihatan lesuh, mungkin kerana demam panas yang dia alami. Kasihan..

"Zara, say thanks to doctor." Wanita muda yang datang bersama si kecil itu bersuara dan lempar senyuman kepada Aiman. Senyumannya berbalas.

"Thanks doctor." Bibirnya yang pucat membentuk senyuman.

"Welcome." Aiman senyum untuk Zara pulak.

"Kami pergi dulu." Aiman mengangguk, sekadar menghantar dua beranak itu keluar dari ruangannya dengan pandangan.

"Thanks Dr. Aiman." Si wanita muda tersenyum lagi. Memulas tombol pintu dan hilang di sebalik pintu bersama anaknya.

Aiman mencapai frame gambar di atas meja. Di usap perlahan gambar di dalamnya, gambar mereka ketika berkelah di air terjun, di kampung. Gambar dia, Akif, Hanna, Hanni dan juga Zuyyin.  Melihat si kecil Zara, mengingatkan dia kepada Zuyyin, dan dia senyum sendiri. Perlahan, dia membiarkan kenangan lama menguasai suasana.

"Ayien taknak makan ubat tu, pahit." Suara Zuyyin kedengaran lemah. Matanya terpejam rapat.

"Ayien kena makan juga, kalau tak macam mana nak sembuh?"

Aiman pujuk sepupunya yang baru berusia 10 tahun itu. Hanna dan Hanni sibuk bermain bunga api di luar, tapi Zuyyin terbaring lesuh di biliknya kerana demam panas. Malang bagi Zuyyin kerana jatuh sakit di malam aidilfitri.

"Tapi ubat tu pahit. Ayien tak suka."

Zuyyin masih berkeras. Tekaknya sudah terasa pahit dan pada fikirannya jika dia menelan ubat pahit itu cuma akan menambahkan rasa pahit  di tekaknya.

"Kalau manis, bukan ubat namanya. Mana ada ubat yang manis." Aiman masih berusaha memujuk.

"Tak nak!" Zuyyin tekup mulutnya bila Aiman cuba mendekatinya. Bimbang Aiman akan memaksa dia menelan ubat pahit itu.

"Ayien tak jealous ke tengok Hanna dan Hanni main bunga api kat bawah tu?" Aiman main psikologi. Cuba memancing Zuyyin dengan perkataan "Bunga Api".

"Jealouslah! Tapi.." Masih cuba berkeras. 'Ubat itu pahit!' perkataan itu berlegar-legar di kepalanya.

"Kalau nak ikut dorang, Ayien kena sihat. Kalau nak sihat, kena makan ubat." Aiman sua ubat demam itu kepada Zuyyin.

"Tak apalah. Nanti tahun depan Zuyyin main dengan dorang, dengan abang sekali."

Zuyyin geleng kepala perlahan. Sungguh! Dia rela men "delay" kan kegembiraannya bermain bunga api di tahun depan daripada menelan ubat pahit itu.

Aiman geleng kepala. Mati akal mendengar ayat Zuyyin. Menyuruh Zuyyin menelan ubat seumpama menyuruh sepupunya itu turun ke medan perang. Melihat Zuyyin yang sudah menarik selimutnya hingga ke paras dada, memejamkan matanya, dengan tangan masih di tekup di mulut, Aiman menyerah kalah. Perlahan dia keluar dari bilik Zuyyin, menyertai Akif dan atuknya di ruang tamu, menonton takbir raya.

"Ayien tak nak minum ubat ke?"

Pak Mustakim tanya bila Aiman letak kembali dulang berisi ubat dan gelas berisi air yang belum berkurang di atas meja.

"Tak nak. Dia cakap, ubat tu pahit!" Aiman mengeluh dan tersengih.

"Bila nak sembuh kalau macam tu." Pak Mustakim ikut mengeluh dan ingin bangun. Mungkin ingin memujuk Zuyyin pula.

"Biar Akif yang buat."

Akif lebih dulu capai dulang di atas meja. Dengan method yang di guna pakai oleh abangnya dan atuk, ubat itu pasti takkan berjaya melepasi kerongkong Zuyyin. Akif yang benar. Zuyyin, sangat kebal dengan senjata yang namanya PUJUKAN!

Isteriku 19 tahunWhere stories live. Discover now