[3]
Razali mendail nombor yang sama untuk kesekian kali, namun masih suara perempuan yang sudah di programkan menjawab panggilannya. Masuk kali ini, hampir 15 kali panggilannya di pindahkan ke voicemail telefon Akif. Razali mendengus geram, bosan dengan sikap kebudak-budakan dua anak terunanya. Seorang melayan rajuk yang berpanjangan tak berkesudahan, manakala seorang lagi hilang terus dari radarnya tanpa dapat di kesan.
"Menyebalkan!" Lagi sekali keluhan dia lepaskan.
"Kenapa ni?"
Maria yang baru melangkah masuk ke dalam bilik menyoal bila melihat wajah suaminya yang menegang.
"Anak teruna bertuah awak tulah. Dari pagi tadi saya call tak dapat-dapat."
Razali meraup muka, duduk di birai katil sambil mengeluh. Sejak akhir-akhir ini, keluhan dan dia seolah sudah menjadi "sahabat" baru. Namun, itu bukanlah sesuatu yang baik.
"Abang tak boleh salahkan Aiman dan Akif, tapi salahkan Zuyyin!"
Maria tiba-tiba menyinga. Kerana Zuyyin, seorang anaknya membawa diri entah ke mana, manakala seorang lagi patah hati, berduka lara.
"Saya tak faham, apa istimewanya Zuyyin di mata ayah hingga dia terfikir untuk menjodohkannya dengan anak kita." Maria menyambung ayatnya. Bibirnya di cebikkan, menyebut nama Zuyyin pun dia rasa meluat.
"Dan apa buruknya Zuyyin sampai awak benci sangat dia. Abang tak nampak celanya apa hingga awak benci sangat dengan dia."
"Abang! Zuyyin itu anak Islah! Dia yang sebabkan penderitaan keluarga saya. Abang lupa apa yang mak budak tu dah buat pada keluarga kami?! Dia hancurkan kebahagian keluarga saya bang."
Turun naik dadanya menahan amarah. Melihat Zuyyin seumpama melihat Islah berdiri di depannya, tersenyum mengejek melihat kehancuran keluarganya. Sampai bila pun, dia tidak akan sekali-kali memaafkan perempuan itu. Tidak mungkin.
"Awak sedar tak yang awak sedang menghina keluarga saya, Maria. Jangan pernah awak lupa, Islah itu adik saya!"
Razali juga meninggikan suaranya. Dia paling benci bila isterinya mula menghina arwah adiknya. Meskipun penghubung antara mereka cuma air susuan arwah mak mereka, namun baginya Islah itu umpama adik kandungnya sedarah. Menghina keluarganya, seumpama mencincang lumat hatinya hidup-hidup.
"Dia bukan sesiapa bagi saya. Sama seperti Zuyyin." Maria mengendurkan suaranya, namun masih kasar bunyi ayatnya.
"Adik abang itu tidak bersalah Maria. Dia cuma jatuh cinta, dan jatuh cinta itu bukanlah kesalahan yang besar sehingga awak ingin menghukum keturunannya. Kerana awak terlalu memikirkan kesalahan dan kesilapannya, awak telah terlupa cara untuk memaafkannya."
Razali melawan pandangan mata isterinya. Handphone di atas katil di capainya, bergerak ke muka pintu, dan pantas memulas tombol.
"Dan kalau awak terlupa, biar saya ingatkan sekali lagi, bukan arwah Islah yang mulakan semua itu, tapi awak. Jika ada sesiapa yang perlu di salahkan, awak orangnya!"
Razali tarik daun pintu, pantas membawa tubuhnya keluar dari bilik itu. Lagi lama dia dia berada di situ, lagi panas rasa di dadanya. Dia bukan jenis suami yang akan meninggikan suara kepada isterinya, apatah lagi jika sampai mengangkat tangan. Lantas, untuk menghindar dari pertengkaran itu, laju langkah kakinya menuju ke bilik ayahnya bila dia rasakan kesabarannya semakin menipis. Dengan sikap Maria yang begini, kesabarannya yang bersisa itu tak mustahil akan berkurang dan hilang suatu hari nanti.
"Abang silap, satu-satunya yang bersalah dalam hal ini cuma Islah. Dia, manusia yang bertangungjawab atas kehancuran keluarga saya! Dan sekarang, saya takkan izinkan anaknya hancurkan kehidupan anak-anak saya pula. Saya sekali-kali tak akan izinkan!" Maria mengepalkan penumbuknya. Menggenggam erat jari jemarinya menahan amarah yang masih bersisa.
YOU ARE READING
Isteriku 19 tahun
Romance"Aku tak boleh kahwin dengan dia. Aku dengan Akif macam Tom and Jerry, macam Bush dengan Osama Laden, macam Israel dengan Palestin..." ZUYYIN Jadi isteri pada usia 19 tahun? Zuyyin akan pastikan, ia tidaklah sesukar mana walaupun dia dijodohkan deng...