Isteriku, 19 tahun! [6]
[6]
"Tak siap lagi?" Akif letak kasut di rak. Baru pulang dari kerja.
Bukan main lagi dia tengok sinetron, tak nampak ke jam tu dah pukul 7?
"Kalau aku tak pegi takpe kan?" Akif yang tengah longgarkan tie dia soal.
Rasa dia macam belum cukup segala perisai tuk menepis segala tohmahan dan sindiran.
"Kenapa?"
Dia duduk sebelah Zuyyin. Sejak akhir-akhir ni, rasa macam dia suka pulak duduk sebelah Zuyyin. Rasa macam "tempat" itu dia yang punya.
"Saja."
Berselindung. Takkan nak gitau aku gerun nak jumpa mak dia pulak? Naya.
"Jangan nak mengada. Siap cepat, pukul 8 kita gerak." Akif dah bangun menuju ke bilik. Rasa rimas dengan badan yang melekit.
"Kena pergi jugalah ni?" soal diri sendiri. Mengeluh.
"Pukul 8 Zuyyin!"
Lantang suara Akif dari bilik mengingatkan dia, macam tau-tau je dia masih dok mengadap TV.
"Menyesal aku tak buat-buat sakit tadi." Angkat punggung menuju ke bilik.
Tahanlah telinga, sabarlah hati. Mak Long takkan pernah bagi korang "hidup" senang.
Toyota Rush Akif di parking agak jauh dari banglo mewah pinggir jalan yang agak meriah dengan tetamu yang ramai. Semuanya datang nak meraikan pembukaan klinik baru Aiman.
"Jom." Akif dah keluar dulu.
"Akif." Tangan Zuyyin melingkar di lengan Akif.
Kot-kot boleh pinjam ketenangan Akif bila mereka bersentuhan macam ni.
"Rilekslah, Hanni kan ada." Tangan isterinya di tepuk-tepuk.
Rasa macam boleh agak apa yang buat isterinya cuak macam begini. Mama!
"Ingatkan dah lupa jalan balik rumah."
Maria berdiri di depan pagar dengan cemberut di muka. Ada dua tiga orang kawan-kawannya berdiri tidak jauh dari mereka. Asyik benar memandang ke arah mereka.
"Busylah Ma."
Akif tunduk, mencium tangan mamanya. Tak ada salam, tak ada tanya-tanya khabar terus masuk mode perli-perli. Aish, Mama, Mama.
"Mama sihat?" Zuyyin hulur tangan nak bersalam.
"Abang dan ayah ada kat kanopi tu."
Maria bergerak pergi tanpa sambut huluran tangan Zuyyin. Tak kuasa dia nak beramah kasih dengan Zuyyin. Laju kakinya menyertai kembali rakan-rakannya.
"Takpelah." Senyum. Bahu Zuyyin di paut. Mengusap lembut memujuk.
"Dah biasa."
Senyum hambar. Sekadar memandang kelompok yang di ketuai Mak Longnya menuding-nuding jari ke arahnya. Kutuk dialah tu. Bertahun dia hidup dengan kebencian Mak Long, setakat benda begini kecik tak jadi kudis kat dia.
"Yien!"
Hanni dah lari laju menuju ke arah mereka. Memeluk kakak iparnya erat macam dah bertahun tak jumpa, padahal baru dua minggu tak bertemu.
"Sudah-sudah, kang ada yang kena buat CPR kat sini." Akif tarik lengan Zuyyin, menarik ke sisinya yang dah termengah di peluk Hanni.
"Takpelah, yang buat pun abang juga." Sengih.
YOU ARE READING
Isteriku 19 tahun
Romance"Aku tak boleh kahwin dengan dia. Aku dengan Akif macam Tom and Jerry, macam Bush dengan Osama Laden, macam Israel dengan Palestin..." ZUYYIN Jadi isteri pada usia 19 tahun? Zuyyin akan pastikan, ia tidaklah sesukar mana walaupun dia dijodohkan deng...