Bab 7

475 14 9
                                    

Isteriku, 19 tahun! [7]

[7]

"Tahniah."

Lydia senyum sambil letak bunga kaktus berbalut dengan kertas jernih, berikat ribbon merah di atas meja Aiman.

"Thanks. Hari tu kenapa tak datang?" Aiman senyum menilik bunga di atas meja. Kaktus?

"Busy sikit. Maaflah yea."

Senyum lagi. Kerusi di depan meja Aiman dia tarik, duduk tenang di depan Aiman. Memang dia sibuk sangat sewaktu Aiman mengajaknya ke majlis pembukaan kliniknya seminggu lepas.

"It's okey. Zara tak ikut?" Rindu pada keletah Zara yang nakal.

"Dia keluar dengan papanya."

"Owh. By the way, thanks for the flower k." Aiman sengih, angkat bungkusan bunga itu separas dada.

"Welcome."

"Tapi kenapa kaktus?" Pelik. Dari tadi dia ingin bertanya sebenarnya.

"Biar ia tak mati sekalipun awak lupa kat dia."

Lydia senyum, mencapai bungkusan bunga itu di tangan Aiman. Bungkusan di buka, pasu bunga itu di bawanya menuju ke tepi tingkap. Di letakkan di situ.

"Best choice."

Dengan kerjayanya sebagai doktor, rasanya kaktus ialah pilihan terbaik. Dia takkan punya masa yang banyak untuk membelai bunga.

"Jom, saya belanja awak lunch."

Aiman buka lab coatnya, sangkut atas kerusi. Kebetulan, sekarang lunch hour.

"Saya tahu satu tempat yang best." Lydia senyum tayang gigi.

"Sebelum tu, papa Zara tak marahkan kalau kita keluar berdua?"

Aiman soal sambil mencapai handphonenya di atas meja yang sedang berdering, menandakan ada SMS di terima.

"Don't worry, dia tak akan kisah."

Aiman yang sedang memegang handphonenya di pandang. Pelik melihat perubahan di wajah Aiman.

"Kenapa?" Lydia soal, ingin tahu.

"Zuyyin.." Aiman sebut nama itu senafas.

"Zuyyin?" Siapa Zuyyin?

"Saya kena pergi sekarang, maaf saya tak dapat temankan awak lunch. Kita jumpa lain kali ye?"

Laju Aiman melangkah menuju ke pintu, meninggalkan Lydia terpinga seorang diri. Tertanya-tanya.

"Zuyyin? Mungkin seseorang yang dekat di hatinya."

Senyum sebelum dia pun keluar dari ruangan itu sambil tangannya sibuk mendail nombor seseorang.

"Abang dan Zara kat mana?"

Mungkin lunch bersama papa Zara juga menyeronokkan.

****************

Akif menghempaskan punggungnya di kerusi, melepaskan lelah. Seharian di site, dengan fikiran bercelaru memikirkan Zuyyin membuatkan tubuh dan fikrannya benar-benar penat. Matanya di pejamkan, meraih ketenangan. Namun yang hadir cuma bayangan-bayangan wajah Zuyyin dalam pelbagai reaksi. Akhir sekali, wajah Zuyyin penuh air mata. Mengeluh.

Rumah terasa sunyi. Dah seminggu dia perang dingin dengan Zuyyin. Nak tengok muka Zuyyin pun sekarang, punyalah main susah. Kalau dulu, dia balik kerja, Zuyyin mesti tengah bersidai kat sofa tu menonton sinetron indon. Senyum manis kat dia bila dia sampai rumah. Rasa bahagia semacam bila ada orang tunggu kita balik rumah.

Isteriku 19 tahunWhere stories live. Discover now