[4]Maria memandang sekeliling, mengitari pandangannya ke segenap ruang bilik pengantin Zuyyin. Bila matanya singgah di wajah Zuyyin yang sudah siap di tatah rias, bibirnya mencebik benci.
"Kau taukan, aku tak sukakan kau."
Zuyyin pasang muka tak beriak, sekadar memandang wajah Mak Longnya tanpa perasaan. Bukan sekali kata-kata begini keluar dari bibir Mak Long, sudah acap kali dan dia sudah terbiasa. Dia buat-buat bisu, itu lebih baik dari dia membazir air liurnya bertekak tentang benda yang dia sendiri sudah maklum.
"Dan aku, takkan pernah sukakan kau."
Maria berjalan mengitari bilik pengantin Zuyyin. Mujurlah majlis ini dia adakan di kampung, di rumah arwah ayah mentuanya. Kalau di rumah mereka di Kuala Lumpur, pasti dia malu kalau kawan-kawannya dapat tahu menantunya itu gadis sama yang sudah dia canangkan keburukannya.
'Macamlah aku suka kat kau.'
Kata-kata itu cuma bergema dalam hati. Dia masih ada sedikit rasa hormat kepada bakal mentuanya itu. Zuyyin cuma diam di birai katil tak berkutik.
"Kau dengar sini Zuyyin, aku takkan sesekali biarkan kau hancurkan hidup anak aku! Kalau ikutkan aku, aku tak nak kahwinkan kau dengan anak aku tau. Lagipun, aku sudah ada calon yang jauh lebih layak untuk Akif."
Diam. Matanya garang merenung ke wajah Zuyyin yang selamba melawan panahan matanya.
"Kali ini, aku takkan biarkan kau sakitkan keluarga aku macam apa yang mak kau dah buat dulu. Tak akan!"
Maria senyum sinis sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. Dendamnya terhadap Islah, selamanya tidak akan pernah padam. Biar Zuyyin yang jadi penebus kesalahan Islah. Di muka pintu dia berpapasan dengan Hanna yang memandangnya pelik namun tiada bicara antara mereka.
"Ayien, Kau fikir apa tu?!" Hanna duduk di kerusi, menghadap Zuyyin yang duduk di birai katil.
"Tak ada apa-apa Na." Senyum, menyembunyikan luka di hatinya.
"Mama ada cakap apa kat kau?" Hanna menarik kerusinya lagi hampir denganZuyyin. Melihat keruh di wajah Zuyyin, dia dapat agak ada benda yang berlaku sebelum dia masuk tadi.
"Tak ada apa-apa Na. Aku cuma.."
"Cuma apa?" Soal Hanna prihatin.
"Aku takut Na. Aku takut dengan semua ni. Aku rasa, aku tak bersedia dengan semua ni."
Suaranya lirih, sebak, tapi air matanya tidak keluar. Mungkin sudah kering menangisi kepergian orang-orang tersayang di sisinya. Buat pertama kali, selepas hampir dua bulan menjadi calon isteri Akif, dia meluahkan ketakutannya. Ketakutannya berhadapan dengan kenyataan hidup yang ternyata sebahagiannya menakutkan.
"Kenapa?! Kau takut dengan Abang Akif ke?!"
Hanna capai jari jemari sepupunya. Biarpun ayahnya cuma anak angkat arwah atuk dan nenek, tapi dia sudah menganggap sepupunya itu macam adik beradiknya sendiri.
"Aku tak boleh kahwin dengan dia, Na. Aku dengan Akif macam Tom and Jerry, macam Bush dengan Osama Laden, macam Israel dengan Palestin macam.. macam.. macam.."
Zuyyin berhenti sekejap mencari perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan hubungannya dengan Akif. Sejak 13 tahun yang lalu, dia tidak pernah baik dengan Akif. Begitu juga dengan Mak Longnya.
"Macam dinosaur dengan T-rex, macam anjing dengan kucing, macam anak ayam dengan burung helang, macam arnab dengan kura-kura, macam katak dengan lalat, macam kambing dengan.."
YOU ARE READING
Isteriku 19 tahun
Romance"Aku tak boleh kahwin dengan dia. Aku dengan Akif macam Tom and Jerry, macam Bush dengan Osama Laden, macam Israel dengan Palestin..." ZUYYIN Jadi isteri pada usia 19 tahun? Zuyyin akan pastikan, ia tidaklah sesukar mana walaupun dia dijodohkan deng...