RFYL 1

26 2 0
                                    

" Umi masak apa ni? Sedapnye bau. "

Adel menghampiri ibunya yang sedang memasak makanan kegemarannya. Dia sudah tahu sebenarnya, saja mahu bertanya.

" Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. "

Jawab Puan Alia sambil mengetuk kepala anaknya di pemegang senduk.

" Aduh, Umi ni main ketuk kepala orang pulak "

Adel menggosok kepalanya yang terasa sakit.

" Lain kali jangan tanya, kalau dah tahu. Masak makanan yang kamu suka la, ayam masak merah. Esok kamu dah nak ke KL. " Kata Pun Alia yang sedang mengacau menunya.

" Alaaa, saje je nak gurau. Adel pergi KL bukan untuk berseronok tapi untuk bantu Umi dengan Abah kat sini. Kalau nak mengharapkan gaji bekerja kat Kedai Runcit depan kampung tu memang tak cukup. " Kalau ikutkan hati dia, dia tak mahu berjauhan dengan ibu bapanya.

Tak pernah lagi dia dengan Puan Alia dan Encik Dzulfiqar berjauhan. Kalau dikira, hanya sekali je. Itupon kerana dia mengikuti perkhemahan di Agro Park Negeri Sembilan selama seminggu yang dianjurkan oleh sekolahnya.

" Yela umi faham sayang. Umi harap sayang pergi sana bukan hanya untuk mencari kerja ya "

" Hah? Ape maksud Umi? " Adel pelik. Ape yang dimaksudkan Umi.

" Takde apela "

Puan Alia selalu berharap agar hati anaknya terbuka untuk menerima lelaki mengisi hatinya selepas ditinggalkan tunangnya, Alif Fitri.

" Ish, Umi ni suka cakap separuh separuh. " Adel menjuihkan bibirnya.

" Tak payah buat mulut itik macam tu. Haaa abah kamu mana? " Tanya Puan Alia yang baru sedari ketidakhadiran suaminya di rumah itu.

" Kat mana lagi mi. Kat rumah sahabat dialah, Pak Mail. "

Itulah aktiviti abahnya setiap petang. Kalau tidak ke rumah kawan baiknya, mesti ke kebun dia. Ada saja aktiviti yang dilakukan. Panas punggung la kut kalau duduk je kat rumah tu.

" Adel nak pergi tengok bunga mawar jap " - Sambung Adel.

Kalau nak tahu, dia memang suka bunga mawar dari kecil lagi. Penuh bunga tu di belakang rumahnya. Bagi dia Bunga adalah tumbuhan yang sangat indah dan menawan, maka tidak heran apabila banyak kaum hawa yang menyukainya. Bunga juga tidak jarang menjadi lambang perempuan dan keindahan.

Kalau aku pergi KL nanti siapa nak tengok tengok kan bunga ni? Aku kena pesan kat Umi dengan Abah ni kena siram pokokni setiap pagi, pagi sahaja.

Langkah kaki Adel menuju ke belakang rumahnya. Dia tersenyum sendiri melihat hasil tanamannya. Hanya bunga itu bisa membuatkan dia tersenyum dan gembira tambah tambah lagi hasil peluh sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malam itu.

Memang setiap malam Adel, Puan Alia dan Encik Dzulfiqar akan berbual di ruang tamu kecil itu. Tapi malam ini lebih lama. Dia akan masuk dalam bilik sebelum pukul sepuluh suku.

Adel membuka laci meja belajarnya yang terdapat buku buku dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 yang tersusun elok. Tangannya mengambil frame arwah abangnya beserta sampul surat. Dia mengusap frame itu dengan perlahan. Air matanya menitis apabila teringat kata kata akhir abangnya, Aman Dzulfikri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dengan tenaga yang masih ada. Abangnya bercakap sambil tergagap gagap kerana keadaanya yang sangat kritikal.

" Adik.......adik..janji dengan abang.... akan cari keluarga perempuan tu....bagi duit dalam......almari abang padanya....adik akan tahu kenapa.....bila sampai masanya.....abang ada simpan juga sedikit duit simpanan.....ambikla buat belanja.....yang paling penting adik....bertanggungjawab sebagai....seorang anak tunggal...... tolong Umi Ayah.....bila abang tiada...abang harap permintaan abang tidak....membebankan adik....terima kasih adik abang " dan mata lelaki itu terpejam rapat. Adel hanya mampu menangis dan memanggil lelaki itu, berharap abangnya kembali sedar tetapi harapannya melesit.

Sambil tangannya masih mengusap frame itu, dia berkata

" Inshaallah, adik janji akan tunaikan semua amanah abang. Adik doakan semoga abang tenang kat sana selalu. Adik sayang abang selamanya. "

Dia ke KL bukan hanya menolong Umi Ayahnya menyara keluarga kecilnya. Tetapi dia kesana untuk mencari keluarga perempuan yang abangnya amanahkan padanya. Selepas mengetahui tempat tinggal keluarga itu di Kuala Lumpur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adam Daniel seorang anak usahawan yang terkenal dengan kejayaan syarikatnya, Tengku Farid. Dia kehilangan isterinya kerana kemalangan membuatkan hidupnya menderita hampir tiga tahun. Mujur Tan Sri Tengku Farid dan Engku Faridah dapat memulihkan semula semangat Adam dengan menghantar anaknya ke Perth, Australia untuk mendapat rawatan yang terbaik. Dia tidak sanggup kehilangan satu satunya anak lelaki.

Adam yang sedang leka melihat gambar perkahwinannya bersama arwah isterinya. Tersentap apabila terdengar nada deringan iPhone 7 plus miliknya.

Lantas dia menjawab.

" Haaaaa, ade ape? "

" Amboi, macam menggangu kau je. Kalau nak call cousin sendiri kena ade ape ape dulu ke baru boleh call? "

Faizal, sepupu Adam yang rapat sejak kecil. Cerita sedih dan gembira semua diceritakan pada sepupunya. Tiada rahsia diantara mereka. Tetapi perwatakan Faizal dan Adam banyak perbezaan, Faizal lelaki yang dikelilingi perempuan perempuan yang seksi. Senang cerita playboy. Adam pula dari dahulu sehingga sekarang masih kekal dengan prinsipnya " setia pada yang satu " iaitu setia pada Qistina Delisha.

" Sekarang ni dah pukul dua pagi bro. Kau tu tak tidur tidur lagi kenapa? Teringat kat Zara or Nana kalau takpon Ila? Sape lagi eh? "

" Kau takyah nak mengada ngada nak sebut nama sorang sorang, diaorang tu aku cari masa aku susah aku bosan. Siapa suruh bengap sangat percayakan aku. Oh btw aku call ni nak ajak kau lunch esok, kau datang sini la ea, boleh la boleh la sepupuku Adam Danial. "

" Kau yang ajak aku, aku pulak kena pergi pick up kau. Tengokla dulu macam mane. Pape aku roger kau. "

" Ok bro. Pengganti secretary kau dah jumpa ke belum? "

" Haa tula masalahnya. Susah doooo secretary takde. Semua aku kena ingat sendiri. "

" Padan muka kau, aku suruh kau buat iklan kau taknak. Kau tanggung la sendiri. Kau tu dah lah spesies kacang lupakan kulit, pelupa "

" Malas aa nak iklan iklan bagai. Babi aa peribahasa kau, takde kena mengena langsung dengan aku. Patut la takde satu yang melekat, bahasa melayu kau pon berterabur lagi. Tak padan umur 28 langsung. " Adam tergelak dengar peribahasa sepupunya.

" Wowowo jangan hina aku. Ramai je yang beratur offer nak jadi bini aku. Aku je yang reject. Playboy playboy aku pon, nak juga ada bini sopan santun hormat kat aku tahu batas dia dengan lelaki. Takdelaa kena tanggung dosa kering free je, dosa aku pon tak terkira. Nak tanggung dosa orang lain. "

" Ubah dulu perangai kau tu. Mulut je kata nak, usaha takde langsung. "

" Kena slow slow, aku selalu doakan kita dapat jodoh yang baik baik. " Kata Faizal, series.

" Kita? Kau janganla nak mengarut laa. "

Adam mematikan panggilan itu.

BERSAMBUNG

#sorrytakbest
But i will try my best to you guys enjoy and have fun ❤️
#voteplease 🌹

Second Chance At Love ( Slow Update )Where stories live. Discover now