RFYL 11

32 0 0
                                    

Sudah sebulan dia bertugas sebagai setiausaha Tengku Adam Daniel. Adellia memandang sekeliling bilik bosnya, Adel mengambil frame yang terletak elok di atas meja. Aku yakin ni isteri dia, tapi kenapa selama sebulan bertugas, tak pernah nampak pon isterinya datang ke office. Sekali pon tak pernah. Mungkin wife dia berada di luar negara, Adel cuba berfikiran positif.

Adellia sambung tugasnya mengemas bilik itu. Sebelum melangkah keluar sekali lagi dia memandang satu persatu sudut bilik bosnya. Semuanya kena nampak teratur dan sempurna, tiada yang sempurna tapi hampir sempurna dan mengurangkan kesalahan. Dokumen dan fail yang perlu Encik Adam tandatangan serta disemak sudah tersedia di sudut kanan meja. Meja juga sudah kelihatan berkilat dilap. Air minuman akan disiapkan selepas lelaki itu sudah berada di dalam biliknya.

Buat awal awal nanti sejuk, tak sedap. Energy coffee lah yang menjadi pilihan majikannya.

Hari Isnin hari pertama memulakan kerja dalam seminggu, hari Isnin hari yang berbeza dari hari yang biasa. Mungkin hari yang paling memberi makna dan mungkin juga hari yang terlebih emosi, semua boleh berlaku. Adel keluar setelah berpuas hati melihat keadaan bilik itu.

Dia duduk di tempat kerjanya sambil matanya memerhati bunga ros merah di atas meja kecil sebelahnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Nah, hadiah daripada saya sebab sudi dating dengan saya. "

Faizal menghulurkan ros merah itu pada Adel.

" Eh takpe. " Adel menolak.

" Ambiklah, saya ikhlas. "

Faizal meletakkan bunga di atas riba Adel. Mereka berdua berada di dalam kereta Audi milik Faizal, menghantar Adel pulang seperti yang dijanjikan paling lewat sebelas setengah malam.

" Kalau macam tu, saya pon ada hadiah untuk awak. "

Adel mengambil kotak dari dalam begnya.

" Untuk awak. "

Faizal menyambut huluran Adel dan membuka.

" This necktie looks very interesting. "

" Bila awak beli? "

Faizal cuba memakai tali leher yang bercorak ros itu.

" Tadi masa awak jawab call orang, necktie ni tarik perhatian saya. "

" Patutla merata saya cari tak jumpa, merayap rupanya. "

" Hehehe, takdelaaa kedai dia sebelah florist je. "

" Saya harap ni bukan last date kita macam awak katakan tadi. "

" Inshaallah tak, eh saya naik dulu la. "

Adel melihat jam di kereta Faizal, sedang molek sebelas setengah malam.

" Ok, jom saya hantar. Gelap ni. Bahaya. " Kata Faizal.

" Eh takyah nanti Zura tahu pulak saya keluar dengan awak. "

Gila ke ape? takpasal pasal kena jawab semua soalan Zura.

" Kenapa tak terus terang je awak keluar dengan saya. "

" Emmm, lagipon saya dah biasa. " Adel mengelak dari menjawab soalan tu.

" Ok takecare, dekat ros tu terselit something. Awak kena cari betul betul, baru jumpa. "

" Iyaaa, Encik Faizal too drive safely. "

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terselit something? Apa ya? Tangan Adel meraba raba bahagian dalam bunga ros itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 12, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Second Chance At Love ( Slow Update )Where stories live. Discover now