RFYL 2

21 2 0
                                    

Keesokan harinya.

" Cik berdua ni nak ke mana? " Pakcik teksi itu bertanya setelah tidak tahu kemana mahu tuju.

" Errr, Apartment Seri Meranti tapi tak tahu kat mana. Sebab ni first time kitaorang datang KL. " Kata Fazura.

Adel tidak berseorangan ke Kuala Lumpur. Dia pergi bersama Fazura, sahabatnya sejak dibangku sekolah lagi.

" Ish kau ni, kita ade waze kan. Ape guna install tapi tak guna. " Kata Adel sambil menyinggung tangan sahabatnya.

Selepas mereka berdua mendapatkan teksi di kampungnya. Adel dan Zura menuju ke stesen bas untuk menaiki bas dan menuju ke sini.

" Takpe, pakcik tahu. Apartment tu area Bandar Seri Damansara. Nak dekat dah ni. Lagi setengah jam sampailah kita. "

-----------------------------------------------

" Wow, Adel cantiknyaa. Patulah mahalkan. " Kata Zura apabila melihat tempat tinggalnya itu nampak seperti hanya orang yang berduit mampu menyewa apartment ni. Sedangkan dia dan Adel hanya gadis kampung.

" Finally " Kata Adel sambil merebahkan badannya di sofa dekat ruang tamu itu. Nampak besar sekali keadaan dalam "  rumah apartment " itu.

" Adel Adel Adel!!!! Look at this. The scenery is so beautiful and enyoyable. "

Zura membuka sliding door dan mulutnya bising memanggil Adel untuk mengajak sahabatnya melihat pemandangan yang cantik itu.

" A'ah la weh. Rasa macam KL ni kita punya bila dapat tengok dari sini. "

Adel memegang tiang branda sambil memejam matanya. Tenang rasanya.

" Dahlah, aku nak tengok bilik pulak. " Zura tidak sabar melihat bilik tidurnya.

" Dellllllll!!!!!!!! "

Apa lagi la makcik ni, Desis hati Adel.

" Ape? "

" Kau perasan tak ape yang lebih sekarang ni? "

" Ape yang lebihnya ok je aku tengok " Adel melihat sekelilingnya.

" Ooo, maksud kau target perbelanjaan kita ke? Memanglah kita target 500 je rumah sewa. Dah rezeki kita dapat yang mahal, selesa pulak tu. Kau juga yang excited sangat tadi. "

" Bilik ade berapa? "

" Tiga. "

" Bilik kau, bilik aku. Bilik satu lagi. Bilik siapa? Bilik hantu? Yang kau pergi book tiga bilik asal. Bayar mahal tapi tak guna buat ape? Kita kenala bajet sikit. "

" Alaaaa kau ni takpelaaa. Kalau parents kita datang, suruhla diaorang tidur bilik tu. Kau la punye pasal aku dah suruh kau cari awal awal lagi. Nanti nanti, last last aku jugak yang cari. Lagipon mana nak cari rumah sewa yang murah kat kl ni dalam masa seminggu. Kau janganla merungut macamtu. "

" Yela, salah aku. Aku bukan merungut. Terkejut je, aritu kau kate muat muat untuk kita je. Tapi tak sabar rasenya nak stay sini dua tiga hari kan. Mesti best " Kaki Zura memasuki biliknya di hadapan bilik Adel.

" Ape pula dua tiga hari. Inshallah kita stay lame kat sini kalau kita dapat kerja tetap. Plus dapat jodoh kat sini " Adel duduk di sebelah Zura di atas katil sambil matanya menerhati sekeliling bilik itu.

Cantik, kata Adel dalam hati.

" HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA " Zura tergelak besar dengar sahabatnya bercakap tentang jodoh.

Jodoh? Kau dah lupakan semua pasal bekas tunang kau ke? Aku harap jawapannya positive.

" A'ah kan. Inshaallah Aminnnn!! " Zura sahaja menekankan perkataan akhirnya.

Second Chance At Love ( Slow Update )Where stories live. Discover now