Selepas sahaja pulang dari korea Arisya tidak berasa sihat. Mikael pun membawa Arisya ke klinik untuk menerima rawatan dan nasihat doktor.
Selepas beberapa minit..
Mereka pun sampai di sebuah klinik. Mikael pun segera membawa Arisya masuk ke dalam klinik . Mikael menyuruh Arisya duduk dulu kerana mendaftar dan mengambil giliran untuk masuk ke bilik doktor. Sebaik sahaja jururawat memanggil Arisya untuk masuk berjumpa doktor Aina. Mereka berdua pun masuk kedalam bilik doktor tersebut....
Selepas memeriksa keadaan Arisya
Lalu doktor Aina berkata " Encik Mikael dan Cik Arisya saya ingin mengucapkan tahniah " Lalu Mikael berkata " Tahniah sebab apa doktor saya tak faham " Dan doktor Aina berkata " Tahniah kamu berdua telah menjadi ibu dan ayah " Arisya terkejut lalu Mikael berkata " Jadi doktor isteri saya mengandung " Dan doktor berkata " Ya Encik Mikael, kandungan dalam perut Cik Arisya baru 2 minggu lebih jadi Encik Mikael perlu jaga elok² kandungan Cik Arisya.
Selepas sahaja pulang dari klinik.....
Arisya dan Mikael berasa sangat gembira. Bila sahaja mereka berdua sampai dihadapan rumah mak dan ayah Arisya. Mereka pun mencari mak dan ayah. Arisya pun berkata " Mak ayah along dan Kael ada sesuatu nak bagitahu " Lalu Puan Anita berkata " Hah apa yang kamu berdua nak bagitahu " Dan Mikael pun berkata " Mak dan ayah akan dapat cucu." Lalu Encik Farid berkata " Alhamdulillah, hah lepas ni kena jaga elok² lah along ni jangan bagi along buat kerja berat. " Selepas mereka berbual tentang Arisya, Mikael pun menelefon adik-adik iparnya dan memberitahu tentang berita Arisya mengandung. Semua keluarga Arisya gembira.
Selepas 9 bulan kemudian......
Arisya sudah sampai masa untuk bersalin . Mikael pun menelefon ambulans untuk membawa Arisya ke hospital dengan segera.. Setelah menunggu beberapa minit doktor pun keluar dari bilik persalinan dan memanggil Mikael lalu berkata " Tahniah Encik Mikael, encik mendapat anak lelaki " Dan Mikael berkata " Alhamdulillah , macam mana keadaan isteri saya ." Lalu doktor Aina berkata " Keadaan mereka berdua selamat dan normal. " Setelah selesai semua perkara Arisya, doktor memasukkan Arisya ke dalam bilik khas untuk dia . Semua ahli keluarga Arisya datang ke hospital untuk melihat anak Arisya dan Mikael.......
Setelah semua selesai Arisya pun balik ke rumah . Selama 40 hari Arisya tidak membuat kerja rumah semua kerja rumah di buat oleh Mikael...
Arisya sangat bahagia kerana berkahwin dengan Mikael. Mikael menjaga dia dengan baik dan menjaga makan minum Arisya.. Dan Mikael selalu memastikan Arisya dan anaknya sihat selepas berpantang.
To be continued........