020 ; JJK

40 7 17
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄ 𝕻𝖍𝖎𝖑𝖔𝖕𝖍𝖔𝖇𝖎𝖆 ┄┄┄┄┄⊰❀❀⊱┄┄┄┄┄020┄┄┄┄┄⊰❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❀⊱┄┄┄┄┄ 𝕻𝖍𝖎𝖑𝖔𝖕𝖍𝖔𝖇𝖎𝖆 ┄┄┄┄┄⊰❀
❀⊱┄┄┄┄┄020┄┄┄┄┄⊰❀

Jeon Jungkook duduk bersila di atas karpet gym. Sehingga kini, setiap ungkapan yang Rafael lontarkan kepadanya masih terngiang ngiang dalam benak fikiran lelaki itu.

"Mengikut pengalaman saya, kalau macam kes abang ini, saya rasa abang ni jenis tak dengar kedua belah pihak." benar apa yang dikatakan budak pengawas itu, dia langsung tidak dengar penjelasan Minjee. Bulat bulat percaya dengan kata kata Reezona, musuh bekas kawan baiknya sendiri.

"Main tuduh sesuka hati. Ikut kata syaitan sedangkan kata kata bidadari yang betul abang tidak ambil peduli."

Mukanya diraup berkali. Kusut! Sungguh dia tidak reti membuat keputusan yang tepat. Selalunya abang abangnya lah yang membantu dia untuk memilih sesuatu benda.

Namun kali ini, dia perlu membuat keputusan seorang diri tanpa bantuan sesiapa.

Mahu dia berbincang dengan Minjee tentang perkara ni, tetapi egonya menghalang keras.

Dan sejujurnya, dia rindu akan suara Minjee serta sentuhan lembut gadis itu.

"Sekiranya betul lah Minjee tidak mempergunakan aku kerna harta, tuhan, tolonglah bagi aku jalan untuk mengetahui semuanya sebelum hal menjadi semakin rumit"

🥀

"Jeon Jungkook?"

Wajahnya yang sedia tampan diangkat dan berpaling ke arah empunya suara.

Gerangan yang memanggil lelaki itu senyum ke arahnya manakala Jungkook pula menjeling menyampah.

Dia masih lagi geram dengan cara guru itu berbual dengan Minjee. Cemburu?

Bukankah maksud cemburu itu sayang? Tapi mana mungkin dia sayang sama Minjee?

"Cikgu nak apa?" soalnya malas. Mahu hadap muka lelaki itu, lagilah maleh.

Mingyu duduk disebelah Jungkook tanpa dijemput. Kisah pulak aku?

"Aku cuma nak kata, aku tiada apa apa hubungan istimewa dengan Minjee." kening Jungkook bertaut. Bila masa aku tanya?

"Aku dengan dia sepupu jauh. Sama juga dengan Namjoon hyung, jadi tidak perlulah kau mahu cemburu segala" tenang dia mengagak perasaan lelaki di sebelahnya. Tahu sungguh riak lelaki itu pabila dia berbual dengan Minjee sebentar tadi.

"Bila masa aku cemburu? Kau dapat baca minda aku? Tak kan--"

"Minda manusia memang aku tak dapat baca. Tetapi dengan pandangan mata, aku dapat tahu segalanya."

Jungkook masih lagi kekalkan wajah dingin. Diberinya pandangan jelek kepada Mingyu. Cakap serupa guru kaunseling padahal guru jasmani sahaja pun. Aku pang kang--

"Jangan buang masa aku, bagitahu tujuan sebenar kau datang jumpa aku." Mingyu diam.

"Cakap sajalah si Minjee itu suruh kau pujuk aku untuk--"

"Minjee tak bersalah"

"You so sure about that? Kau tak tahu cerita sebenar--" sekali lagi katanya dipotong Mingyu.

"Reezona Cayla Anderson, 23 tahun, my stepsister. Untuk pengetahuan manusia lembab macam kau, dulu dia lah yang selalu bagitahu rancangan jahat dia pada aku untuk sabotaj Minjee, my cousin."

Jungkook terbungkam. Apakah? Tapi mana bisa dia akan percaya kata lelaki itu begitu sahaja, kan?

"Dia tahu kau sepupu Minjee?"

Mingyu menggeleng. Orang gila saja akan buat keputusan sebegitu rupa.

"Tak, aku sengaja rahsiakan. Mahu tengok sejauh mana permainan perempuan licik itu. Dan terbukti, tahap kelicikan dia sudah buat sampai hubungan kau dengan sepupu aku musnah. Tch." mata lelaki itu digulingkan ke atas. Kalaulah Reezona bukan adik tirinya, sudah lama dia tikam tikam perempuan tersebut biar mampos. Aman dunia.

Jungkook masih diam. Otaknya tidak bergerak malah masih memproses kata kata Mingyu.

"Kau mesti tidak tahu kan Reezona sebenarnya punca Jimin dan Minjee berpisah?"

"Minjee hanyalah mangsa keadaan" kemudian terus sahaja dia berdiri ingin beredar namun segera dihalang Jungkook.

"Mingyu, tolonglah bagitahu aku apa semua yang terjadi. S-siapa sebenarnya Reezona? K-kenapa dengan M-minjee sebenarnya?"

Mingyu menggeleng kepalanya perlahan. Sendiri buat sendiri lah tanggung.

"Walaupun aku benci dengan sikap Reezona, tetapi dia masih adik tiri aku. Aib dia, aku tidak boleh sesuka hati nak buka. Kalau kau nak tahu, pandai pandai lah cari sendiri dude."

"Ingat, jangan bagi ego kau kawal niat kau."

"Perwatakan Minjee sememang asalnya serupa jantan. Tetapi hati dia mengalahkan perempuan melayu terakhir. Jadi aku minta sangat pada kau, tolong jaga dia baik baik." tuturnya lembut. Tak boleh dimaafkan jika sesiapa sakitkan hati gadis itu.

Ayat terakhir ,

Seratus peratus membuatkan Jeon Jungkook terkedu .

"Jangan sampai aku rampas Minjee sebelum dia sempat jadi milik kau."

Tetapi siapa sangka ,

Mingyu sengaja menuturkan ayat tersebut. Sengaja bagi Jungkook terasa sakit hati. Biar dari sekarang dia buat keputusan guna akal sikit. MUAHAHA

.
.
.
.
.

Cerita Abang Dobi Hensem, heronya Park Jimin akan diunpublish sehingga idea muncul kembali atau mungkin akan didelete :)

[OG] Philophobia || JJK 정국Where stories live. Discover now