awkward🍒

135 7 0
                                    

Qash P.O.V
Aku memerhati gelagat Nara yang beria mengangkat kotak kotak pavlova masuk ke dalam bakul basikal dia. Dia bawak basikal guys pergi hantar pavlova. Padahal banyak je kereta dekat rumah Pak Long ni. "Qash"tegur Pak Long yang sedang bersiap siap mahu ke ladang di belakang rumah. "Ye, Pak Long, kenapa tu?"
tanyaku. "Tolonglah bawakkan si Nara tu, Pak Long risau dia dengan pavlova tu jatuh kang"kata Pak Long membuat riak wajahku berubah tapi menari di dalam hati. Ni lah masanya aku nak buli si gangster.

Inara P.O.V
Fuh, naik darah aku bila Qash volunteer cakap nak tolong aku hantar pavlova. Masalahnya dia yang bawak basikal kesayangan aku. Mahu jahanam basikal aku kalau hari hari aku bagi dia bawak. Segala lopak air dia langgar. Baik tak terlepas kotak pavlova aku tadi. Cetan punya perangai.

"Kau dah kenapa berhenti tepi jalan?"tanyaku pada Qash yang tiba tiba memberhentikan basikal. "Weh kau turun kejap, aku rasa ada benda tak kena dengan basikal kau ni"kata dia membuat aku geram. "Ha kan aku dah cakap, tayar kau pancit"kata Qash sambil memandang aku sinis. "Mana tak bocornya dah kalau kau bawak basikal macam orang gila, segala lopak air kau langgar, nasib baik dah habis hantar semua pavlova tau, ish"kataku laju sambil jalan meninggalkan Qash di belakang untuk menuntun basikalku.

"Ala, relax la gangster, balik tarawih nanti aku repair balik tayar kau"kata Qash seakan ingin memujukku. Aku memandang dia sekilas. Pemandangan kampung di Kundasang yang terbentang luas menarik minatku. Suasana  kampung ni macam kat oversea. Padang rumput terbentang luas di kiri kanan kami. Cuaca yang sentiasa sejuk membuat aku berasa nyaman. Lengah aku terpegun dengan alam semesta ciptaan Allah, ada orang tegur Qash.

"Abang Qash!"kata suara itu. Aku memerhati gadis yang datang ke arah kami dengan muka seposen. Si Elis anak Mak Cik Aziah. Aku tak suka sangat dia ni. Kepochi. "Eh Elis"sapa Qash. Aku yang di sebelah dia hanya memerhati.
"Bila Abang Qash sampai sini?Tak bagitahu Elis pun, kalau Elis tahu hari hari Elis datang rumah Mak Long Zara"kata Elis. "Abang baru sampai 2 hari lepas"jawab Qash pendek.
"Oh lah yeke, bila Abang Qash nak bawak Elis jalan jalan kat istana, Elis teringin"kata Elis membuat aku terpinga pinga.

Istana?Mamat ni anak raja ke apa?Kalau tengok appearance dia. Logic jugaklah. Tinggi, handsome face, broad shoulder, hidung mancung, bulu mata lentik, muka macam ada mix. Uish, seram pulak aku. Tapi takkanlah anak raja perangai harey macam ni. Memang tak lah. "Nara"panggil orang di sebelahku siapa lagi kalau bukan Qash memecah lamunanku. "Kau okay tak okay?Terkelip kelip mata kau. Aku confirm kau ni sawan oink oink"kata dia lantas meninggalkan aku terkebil kebil di belakang membuat aku rasa nak pergi front kick muka dia.

Qash P.O.V
Sampai sahaja di rumah, bau masakan Mak Long semerbak menusuk hidung.
Gila kau hari ini Mak Long masak spaghetti bolognese, apple pie dengan pizza homemade as juadah berbuka. Semua fav aku. "Ha makan banyak banyak okay Qash, Mak Long tahu semua ni favourite foods Qash"kata Mak Long kepadaku. Nara sedang sibuk menuang air ke dalam cawan. Dia sempat menjeling ke arahku sebelum mengambil tempat di hadapanku.

Usai azan maghrib berkumandang dan selesai membaca doa makan, aku mula makan juadah berbuka hari ini dengan penuh selera.
"Kenapa Mak Long masak semua western food hari ni?"tanya Nara di hadapanku. "Sebab Qash suka makanan macam ni Nara"kata Mak Long lembut. "Tapi, Nara tak suka sangat kan?Pak Long tahu, tu Pak Long ada belikan satay"kata Pak Long membuat muka Nara bercahaya.
Amboi happy kau eh.

"Fuh, sedapnyaaaaaaa satay ni Pak Long"kata Nara yang sedang makan dengan penuh berselera. "Kan?Tapi Qash tak makan satay"kata Pak Long membuat Nara menjelingku. "Berlagak je, orang Melayu kan?
Makanlah makanan Melayu"kata Nara membuat aku yang sedang minum air tersedak. "Eh kau, suka hati aku lah nak makan ke tak, kecoh"pintasku kepada Nara dan dia menjelirkan lidah. Amboi, dah berani.

"Trylah satay ni Qash, sedap"pelawa Mak Long kali ini. Adui, aku dahlah tak reti sangat makan makanan macam ni. Disebabkan taknak Mak Long dan Pak Long kecil hati, and to prove dekat perempuan annoying depan aku ni, aku capai secucuk satay ayam dengan perlahan.
Uish, macam ni ke rasa satay?Gila, sedaplah siot. Even dah lebih 10 tahun aku duduk Malaysia, ni first time aku rasa.

Ya, aku dilahirkan di Malaysia tapi membesar di France since kecil sampai la umur aku 15 before pindah Malaysia semula, duduk dengan Mak Long. My dad is a Malaysian but my mum is a French .That's why aku awkward sikit nak tolong tolong Pak Long dekat ladang, since aku dibesarkan dalam keluarga yang cukup mewah di Britanny, France. Tapi 2/3 tahun ni ada lah improvement sikit, bangga jugaklah even mampu tolong Mak Long kat dapur je. Hehe.

chèrieWhere stories live. Discover now