revenge🍒

90 7 0
                                    

Inara P.O.V
Sejak kejadian semalam, aku tak boleh tahan ketawa setiap kali aku nampak Qash.
"Kau asal gelak sorang sorang?Kena sampuk jin?"soal Qash yang muncul tah dari mana. Dia tiba tiba mengambil tempat di hadapanku. Ruang tamu ala vintage Mak Long punya la luas, depan mata aku jugak dia nak duduk.

"By the way, semalam aku dengar ada orang main violin dalam bilik kau?Siapa yang main?Kau bawak masuk boyfriend dalam rumah Mak Long eh?"tanya Qash membuat aku baling bantal di tanganku ke muka dia.
"Kau jangan nak fitnah aku bukan bukan eh"kataku dan Qash menjelingku. "Ha, by the way, semalam Mak Long kata kau ada nak bagi barang kat aku sebab tu kau pergi ladang. Kau nak bagi apa?"soalku pada Qash. Dia mula tersenyum sinis.

"Kau tak perasan ke ada barang kau hilang?"soal dia membuat aku mula rasa tidak sedap hati. "Barang aku?"soalku pada dia.
"Ya, plushie mickey mouse dengan plushie cherry kau"kata Qash membuat mataku terbeliak. "Weh, aku lupa nak amik dari dalam bilik kau hari tu, mana kau letak barang aku?"soalku pada dia. "Nak tahu kat mana?"soal Qash seakan mengejek. "Eh lahmak, cepatlah bagitahu"marahku. "Tuuuuu"
kata Qash sambil menunjukkan plushie kesayanganku tergantung di atas tree house yang terletak di halaman rumah Mak Long.

"Bantal akuuuuuu!Qash kau memang tempah maut lah"kata ku sambil mengejar langkah Qash yang laju menuju ke tree house itu. Dengan kaki dia yang panjang dia terus lenyap sampai di dalam tree house itu.
"Kau tunggu apa dekat bawah tu?Naiklah"kata Qash. Aku hanya mampu berdiam diri. Bukan aku taknak naik, tapi aku tak boleh.
"Inara, cepatlah naik ke kau nak aku gunting bantal busuk kau"kata Qash lagi menambah geram aku. Nak taknak aku overcome jugak fear aku untuk naik ke tree house tu.

Qash P.O.V
Aku memerhati gelagat Inara di sebelahku yang sedang asyik memeluk bantal mickey mouse dia. "Asal kau macam takut takut nak naik tree house ni tadi?"soalku.Nara memandangku kosong dan hanya berdiam diri.
"Aik?Bisu dah?"kataku lagi membuat Nara menjeling ke arahku. "Ha Nara, aku sebenarnya curious nak tahu kau ni kerja apa"kataku lagi.
"Asal?Kau rasa aku kerja apa?"duga Nara.
"Gangster Kampung Batu"jawabku membuat Nara memukulku dengan bantal dia.

"Aku Cikgu Music"kata Nara membuat aku terkejut. "Kau serious la?Mana ada cikgu gangster macam kau ni"kataku seakan tak percaya. "Aku gangster sebab Papa aku tu Cikgu Taekwondo, and aku ada black belt"kata Nara lagi membuat aku agak kagum dengan dia.

"Tapi, apa kau buat dekat rumah Mak Long ni?Kau asal mana?"tanyaku lagi. "Oh aku stay kat Damansara, tinggal dua orang je dengan Papa aku sebab aku tak ada siblings and Mama aku dah lama meninggal, sekarang ni Papa aku tengah buat umrah, tu yang dia hantar aku duduk dengan Pak Long."jawab Nara perlahan.
Aku terus diam sebab taknak buat situasi jadi lebih awkward.

Mak Long P.O.V
Aku mencari kelibat Qash dengan Nara dari tadi tapi masih tak nampak bayang. Kemana la budak budak ni pergi. Jangan  si Nara buli Qash macam semalam lagi sudahlah. Jenuh aku nak tahan telinga Qash dok marah marah si Nara tu. Haihlah, pelik pelik perangai budak zaman sekarang ni. Sakit kepala sis.

"Awak cari apa tu Zara?"tanya suamiku yang baru balik dari ladang. "Budak budak ni bang, dari tadi saya tak nampak bayang, dia orang tak ada datang ladang ke?"soalku kepada suamiku. "Tak ada pulak,ada lah tu round kampung rasanya"balas suamiku sebelum kami mendengar jeritan suara Inara dari halaman rumah. Tanpa teragak agak aku pergi ke beranda rumah. Ya Allah, ada dekat tree house rupanya budak budak ni. Buat risau aje.

Inara P.O.V
"QASHHHHHHH!APA KAU DAH BUAT DENGAN MATA MICKEY MOUSE AKU NI"jeritku sebaik sahaja aku mendapati sebelah mata bantal mickey aku dah tak ada.
"Eeee kau tak payah jerit jerit boleh tak?Aku bukannya pekak"jawab Qash sambil menutup telinga. "Apa kau buat dengan bantal aku ni!"soalku lagi. Qash hanya tersenyum sinis.
"Siapa suruh kau cari pasal dengan aku semalam, kau tahu tak habis lebam kaki aku kene gigit dengan Angelic kau tu"jawab Qash sambil menjelingku.

"Padan muka!Siapa suruh perangai kau harey sangat"jawabku laju. "Ni mana bantal cherry aku?Bak sini sekarang"mintaku pada Qash.
"Sorrylah tapi bantal tu aku tak tahu aku dah campak kat mana, tah tah kat kandang Jack"jawab Qash seloroh membuat aku rasa sangat bengang. "Ala relax lah, setakat bantal cherry tu 10 aku boleh beli baru"kata Qash pendek menambah rasa sebalku. "Eee aku tak suka la kau ni, bantal tu arwah Mama aku yang belikan tahu tak"kataku membuat Qash terdiam. Mata kami bertaut lama, ada nampak riak kesal di wajah dia.

Aku tak tahu kenapa, setiap kali aku tengok mata dia, mesti aku teringat dekat arwah Mama. Anak mata berwarna hazel yang redup boleh buat sesiapa je terpaku bila tengok.
Tapi once dia dah bukak mulut, mulut kalah Makcik Senah hujung kampung. Mintak simpang lah dapat husband macam dia ni.
Muka je handsome, mulut langsung tak ada insurans. Tanpa melengahkan masa, aku terus turun dari tree house itu meninggalkan Qash seorang diri. Aku rasa sesak duduk dalam rumah tu sebab ada kisah perit di sebalik tempat yang nostalgic itu.

chèrieWhere stories live. Discover now