Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
•┈┈┈••✦♡✦••┈┈┈•
"Korang tidurlah dekat sini dulu. Esok saya carikan rumah." kata Youngmin lalu menutup pintu kamar itu.
"Oh god. Besar gila bilik ni." kata Mingi yang dari tadi mendiamkan diri.
"Korang percaya ke semua ni real?" tanya Hongjoong tiba-tiba.
"Not really. That prince terlampau baik. Dia tak kenal kita pun. Biarkan kita makan, cakap biasa dengan dia and siap nak carikan rumah! Aren't that just our imagination." kata Seonghwa. Mereka setuju.
"Takpe. Kita tidur je mana tahu bangun-bangun dah kembali ke dunia nyata." kata Wooyoung. Mereka setuju lalu mula memejamkan mata masing-masing.
☁
Ini baru permulaan. Banyak lagi benda yang akan terjadi.
Sayup-sayup sahaja suara itu.
Ini baru permulaan. Banyak lagi benda yang akan terjadi.
Semakin lama semakin kuat kedengaran.
Ini baru permulaan. Banyak lagi benda yang akan terjadi!
Suara itu bertempik. Mengejutkan mereka semua dari tidur. Dada berombak akibat nafas yang tidak teratur.
Mereka mengeluh sebaik sahaja mata terbuka luas. Mereka masih di situ. Ya, di Synnefo Kingdom.
"K-kau mimpi tak apa yang aku mimpi?" tanya San. Mereka semua mengangguk.
"Kenapa kita kat sini lagi wei. Aku takut. Bila kita nak balik?" tanya Mingi perlahan. Tak mahu didengari penghuni istana.
Hongjoong memandang jam dinding. Jarum pendek berada pada nombor 7.
"Dah pagi." kata Hongjoong.
"Then?" tanya mereka semua serentak.
"Bukan ke putera tu nak bawa kita keluar nanti. Nak carikan rumah katanya." jawab Hongjoong.
"Okay lepastu?" tanya Wooyoung.
"Haih. Kita trylah escape dari dunia ni. Tu pun tak faham ke?" kata Hongjoong lalu menepuk dahinya sendiri.
"Kau rasa apa maksud ayat tu?" tanya Seonghwa. Mereka diam. Lidah terkelu hendak menjawab.
"Good morning!" sapa seseorang sebaik sahaja pintu kamar itu terbuka. Siapa lagi kalau bukan Prince Justin Youngmin Choi.