•┈┈┈••✦♡✦••┈┈┈•
"B-bunyi apa pula tu?" tanya Mingi. Pelukan semakin erat.
"Eh kau ni tak payahlah peluk aku. Lemas tau." kata Yunho. Mingi tersengih sahaja.
"Shh. Aku nak dengar bunyi apa tu." kata Wooyoung.
skrtt skrtt
Semakin lama semakin dekat bunyinya. Mereka memandang sekeliling.
"Aku rasa..." ayat Jongho terhenti.
"Apa?"
"Bilik ni makin mengecil."
"Hah?!" jerit mereka serentak. Mereka gelabah.
"Cepatlah buka je pintu mana-mana!" jerit Wooyoung. Mereka sedang berhimpit.
"Pintu 2! Cepat masuk!" jerit Hongjoong.
Mereka berpusu-pusu masuk sebelum bilik itu hilang. Peluh dingin menitik di dahi masing-masing.
"Fuh nasib baik." kata Mingi lalu mengesat peluhnya.
"K-korang..." panggil Yeosang. Mereka memandang ke arah Yeosang. Mata mereka terbeliak.
"I-istana?!"
Mereka memandang sekeliling. Waktu malam dan gelap-gelita.
"Diam. Jangan bising nanti kita kena tangkap." kata Yeosang perlahan.
Mereka terjengket-jengket sambil berjalan ke arah pintu. Peluh membasahi badan masing-masing.
"Berhenti!" laung seseorang. Mereka beku. Lampu istana dibuka serta-merta membuatkan kawasan istana itu menjadi terang-benderang.
"Habislah kita."
"Apa yang korang berlapan buat dekat tempat ni. Sini kan gelap. Jom ikut kami." katanya. Senyuman manis ditayangkan. Mereka semua berkerut.
Mereka memandang lama ke arah lelaki itu. Pakaian segak dan wajahnya tampan. Barangkali seorang putera di situ.
"Dia ajak kita pergi mana?" tanya Mingi. Mereka bertujuh mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Buat apa lagi tercegat tu. Meh lah makan sekali." katanya lagi.
"Makan?" tanya Yunho. Dia mengangguk.
"Kami bukan nak merompak istana. Tolong jangan salah faham." kata Seonghwa.
"Siapa kata korang merompak?" katanya lalu ketawa. Dia mula berjalan begitu juga Ateez.
"Erm nak tanya sikit." kata Wooyoung kepada lelaki tersebut. Mereka berhenti. Masing-masing memandang ke arah Wooyoung.
"Ya?" balas lelaki itu.
"Kitorang ni actually dekat mana?"
Lelaki itu tersenyum lalu menepuk lembut bahu Wooyoung.
"Welcome to Synnefo Kingdom." katanya.
"Synnefo? Tak pernah dengar pun." kata Wooyoung.
"Tempat ni orang tertentu je boleh masuk. Same like y'all."
"And you're?" sampuk San.
"I'm a prince here. Prince Justin Youngmin Choi." katanya.
"Korean mix dengan..?" tanya Yeosang.
"Korean? What is that?" tanya Youngmin. Wajahnya menunjukkan yang dia benar-benar tak tahu apa itu Korean.
Mereka terdiam. Awkward situation.
TO BE CONTINUED
Rasa macam hambar pula cerita ni.
YOU ARE READING
[C] DUA DUNIA | ATZ
FanfictionTerperangkap dalam dua dunia yang berbeza. DUA DUNIA ✰ a short ateez fanfiction ✰ 8 chapters only ✰ fantasy