Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
•┈┈┈••✦♡✦••┈┈┈•
"Dah-dah lah tu main game. Dah lewat ni. Tutup lampu bilik tu then tidur." tegur Hongjoong.
Mereka hanya akur kata leader mereka even leader dioranglah yang tidur paling lambat. Cis.
"Sweet dreams everything....eh everyone" kata San sebelum dia memasuki biliknya.
☁️
Kosong. Putih. Tiada satu warna pun yang kelihatan. Dia memandang sekeliling.
Terlihat beberapa orang sedang ralit memandang ke arah pintu. Dia berjalan ke arah mereka.
"Eh korang? Boleh pula ada dalam mimpi aku ni." kata San.
"Eh ni mimpi aku lah." balas Mingi.
"Mimpi aku juga." kata Yeosang pula.
"Ini mimpi kita. Tapi kenapa? Kita kena buat apa ni?" soal Hongjoong tiba-tiba.
"Ni pula pintu apa?" tanya San lalu mengetuk pintu yang pertama.
"Hello anybody home?" katanya.
"Ish kau ni main-main pulak." marah Seonghwa. San tersengih.
Dia menjauhi pintu pertama dan beralih ke pintu kedua. Dia mengetuk beberapa kali. Tidak pasti menantikan apa.
"Aku rasa kita kena pilih antara dua pintu ni." Wooyoung memberi pendapat. Hongjoong angguk tanda setuju.
"Sebelum kau pilih pintu satu or dua, cuba kau pilih antara San dengan Yeosang." Yunho bersuara. Wooyoung menjeling.
"Aku sayang korang sama okay? Tak lebih dan tak kurang." jawab Wooyoung.
"Dah! Tu bukan topiknya sekarang. Cepat pilih pintu 1 or 2." Hongjoong memberi arahan. Mereka menggaru kepala masing-masing tanda bingung. Lama keadaan menyepi.
"1 lah sebab dia nombor 1." kata San.
"Sebab apa yang kau bagi ni? Merepek." kata Jongho yang telah lama mendiamkan diri.
"Okay listen. Kita masuk je pintu satu ni dulu lepastu pintu dua pula. Amacam?" cadang Seonghwa.
"Boleh ke macam tu?" tanya Jongho.
"Kenapa tak boleh pula?"
"Contoh, kita masuk pintu satu and something happens pastu kita tak boleh datang sini balik." terang Jongho.