3

10 0 0
                                    

"Hoi..!!!Dekat sini pun kau masih boleh terlelap juga." Kejut Bennedict bersama beberapa temannya yang lain. Douglas yang terbangun dari lenanya terpinga-pinga melihat wajah temannya satu persatu. "Bila korang sampai?" Ujarnya setelah rasa mengantuknya segar kembali. "Kan dah bagitau tadi kitorang dah nak sampai sekejap tadi. Kau tu, satu saat pun kau boleh terlena sampai macam itu sekali." Douglas hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk mendengarkan Bennedict.

"Dah. Jom gerak. Siapa yang siapkan list barang?" Soal Bennedict pula. "Kitorang dan senaraikan barangan yang nak dibeli." Ujar Farah lalu menghulurkan sekeping kertas yang tertulis dengan barangan yang hendak mereka beli untuk kegunaan esok hari. "Bagus. Jadi semua yang jadi ikut 12 orang kan. Kita nak kumpul RM50 seorang." Cadang Bennedict. Semua sahabatnya yang lain mengangguk kepala tanda setuju kecuali Jeffrey. Bennedict yang memang faham dengan keadaan sahabatnya itu, datang menghampiri Jeffrey. "Kau ok?" Soal Bennedict setelah melihat sahabatnya itu seperti sedang menyembunyikan sesuatu. "Aku ok. Tapi dalam dompet aku ada RM32 saja sekarang." Balas Jeffrey dengan jujur. "Tak pa, dengan Jeff biar aku yang settlekan." Amelia datang mencelah sambil tersenyum dengan Jeffrey. Jeffrey dilahirkan serba kekurangan, dia juga telah kehilangan ayahnya sejak dia masih kecil lagi. Hanya ibu dan abangnya sahaja tempat dia bergantung arah. Oleh sebab itu, Jeffrey mengambil upah mencuci kereta setiap kali pulang dari sekolah bagi meringankan beban ibunya. Dengan rezeki hasil mencuci kereta lah Jeffrey mampu menghabiskan persekolahannya sehingga tamat tingkatan 5. Akan tetapi, Jeffrey terpaksa menghentikan segala aktivitinya beberapa bulan lepas kerana dia ingin lebih fokus dengan peperiksaan SPM yang sedang didudukinya. "Aku segan lah Amy. Kau selalu je tolong aku." Setelah mendiamkan diri seketika, akhirnya Jeffrey meluahkan rasa yang terpendam. "Nak malu apanya. Kau selalu cover aku rokok dekat belakang stor sekolah. Kira aku bagi kau upah lah ni." Ujar Amelia berusaha untuk tidak membuat Jeffrey segan atas pertolongannya. "Sial lah kau Amy. Kantoi lah aku selalu lepak dengan kau dekat belakang stor." Jeffrey mula merasa lega walaupun jauh di dasar hatinya dia turut merasa bersalah kerana membebankan sahabatnya. "Apa apapun, terima kasih. Kalau aku ada duit, aku bayar balik ok." Sambung Jeffrey lagi. Walaupun sahabatnya ikhlas untuk menolongnya, tetapi bagi Jeffrey, hutang harus dibayar. "Ok. Kau belanja aku satu botol Johnny Walker pun dah memadai," Balas Amelia lalu merangkul erat bahu sahabatnya itu. Mereka akhirnya masuk ke dalam sebuah kedai runcit, dan mula mencari barangan yang sudah mereka senaraikan sebentar tadi.

Sedang Samuel dan Gareth sibuk mencari rempah-ratus untuk kegunaan BBQ, secara tidak sengaja Samuel terlanggar dengan seorang perempuan yang agak dikenalinya. "Ehh.. kau Lisa kan?" Soal Samuel mencari kepastian, dia khuatir tersalah orang. Perempuan yang dilanggarnya tadi segera mengalihkan wajahnya, dan mula melangkah dengan tergesa-gesa meninggalkan Samuel yang masih tertanya-tanya. "Hoiii..!!! LISA..!!!" Jerit Samuel yang melihat Lisa yang sudah jauh meninggalkannya seolah-olah dia tidak pernah mengenalinya. Gareth yang masih bertungkus lumus mencari rempah terkejut mendengar teriakkan Samuel. "Kau apa hal arr, terjerit-jerit dekat sini. Kau ingat kedai ni kucing kau punya ke?"Marah Gareth yang pelik dengan tindakkan Samuel sebentar tadi. "Tak. Aku rasa macam aku ada nampak Lisa lah." Luah Samuel yang masih bingung dengan kejadian yang baru sahaja dihadapinya. "Lisa?? Bukan Lisa dah lama pindah balik Johor ke dengan family dia lepas kes dulu tu?" Gareth pula turut merasa bingung sama seperti Samuel. "Entah lah. Pelanduk dua serupa kot." Kata Samuel akhirnya. Mereka berdua kemudiannya menyambung kembali misi pencarian mereka mencari rempah ratus.

Setelah selesai mencari segala barangan keperluan mereka, Amelia dan Farah pun membuat pembayaran terlebih dahulu. Sementara menunggu mereka membuat pembayaran, Jeffrey dan sahabatnya yang lain menunggu di luar kedai sambil menghisap sebatang rokok. "Peter dengan William ikut juga ke esok?" Tiba-tiba Bennedict teringatkan sahabatnya itu yang juga merupakan pengawas sekolah sepertinya dahulu. "Ikut. Harry dengan si Tamimi pun ikut sekali. Tapi dorang tak dapat datang sama-sama beli barang harini sebab ada kerja lain. Tapi dorang dah bagi duit dekat Amelia." Ujar Regina bagi menjawab persoalan Bennedict. "Cyntia?" Douglas pula menyoal. "Tia aku tak tahu. Sejak kes Lisa dulu, dia dah kurang nak lepak sama dengan kitorang." Sekali lagi Regina menjawab persoalan dari sahabatnya itu. Samuel dan Gareth yang mendengar hanya mendiamkan diri sahaja selepas nama Cyntia disebut. Kembali terlintas difikiran Samuel tentang pertemuannya dengan seorang perempuan yang seiras dengan salah satu teman baik mereka suatu ketika dahulu. Hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan perempuan tersebut, dan kenapa dia tergesa-gesa berlalu pergi meninggalkan Samuel yang masih menanti jawapan darinya. "Kesian Lisa kan. Entah apa lah khabar dia kat Johor tu. Nombor telefon yang dulu pun dia dah tak pakai lagi." Regina juga turut teringatkan sahabat lamanya itu. "Dah. Jangan sebut lagi pasal Lisa depan Amy. Dia tak suka." Bennedict memberi amaran kepada temannya.

Walaupun kisah itu telah lama berlalu, mereka masing-masing masih berada di tingkatan 3 saat Lisa terpaksa berpindah dari sekolah mereka ke Johor Bahru bersama dengan ibubapanya atas alasan yang mereka juga kurang pasti puncanya. Ramai yang tertanya-tanya apabila nama Lisa dan Amelia diumumkan melalui pembesar suara di sekolah mereka. Mereka juga berusaha untuk mengorek rahsia melalui Amelia mahupun Lisa untuk mengetahui punca sebenar, akan tetapi kedua-dua mereka mengambil pendekatan untuk terus mendiamkan diri. Sehingga kini, kes antara Amelia dan juga Lisa masih tidak diketahui dengan jelas, walaupun ada desa-desus mengatakan ibu Lisa lah yang menjadi punca penceraian kepada ibu dan bapa Amelia, sehingga menyebabkan Amelia mengambil keputusan kurang cerdik dengan menyerang Lisa di luar waktu sekolah. Walau bagaimanapun, punca sebenar hanya Lisa dan Amelia sahaja yang mengetahuinya. Manakala Cyntia pula merupakan sahabat rapat kepada Lisa, dia turut mengundurkan diri dari persahabatan mereka selepas Lisa berpindah ke Johor Bahru.

"Jauh sangat mengelamun. Ingatkan si Charles ke?" Farah mengejutkan Regina dari mengelamun panjang. "Charles? Euwww, tak kuasa aku nak teringatkan si mamat poyo tu." Terkejut dengan sapaan Farah, Regina cuba untuk menyembunyikan apa yang difikirannya sebentar tadi. "Dah bagus ada orang suka, kau tu yang jual mahal sangat." Farah masih menyakat Regina. Suka dia melihat telatah sahabat kecilnya itu menahan marah, tetap comel baginya. "Takda maknanya nak jual mahal. Dia tu poyo perasan bagus, mulut mengalahkan mak nenek." Marah Regina, kulit wajahnya yang sememangnya putih bersih bertukar merah menandakannya betul-betul marah. Pantang sekali baginya bila dikaitkan dengan Charles, budak nakal tingkatan 5MPV di sekolahnya. Walaupun Charles mempunyai rupa paras yang boleh dikatakan agak segak, tetapi perangainya tidak setimpal dengan rupa paras yang dimilikkinya. Charles adalah antara pelajar paling bermasalah di sekolah, dan suka membuli pelajar yang lemah. Bahasanya juga tidak bertampis, membuatkan telinga Regina bingit mendengarnya. Oleh sebab itu, Regina tidak suka bila setiap kali dipadankan dengan Charles. Baginya, Charles tiada masa depan yang cerah, dan lebih ke arah menjadi sampah masyarakat. "HAHAHAHAHA..." Ketawa sahabatnya yang lain pecah mendengar apa yang Regina katakan sebentar tadi. Jarang mereka melihat sahabatnya itu marah, selain bila disebut nama Charles, Charles diumpamakan seperti  boom, yang boleh menyebabkan Regina meletup pada bila-bila masa.

Usai berhenti ketawa melihat karenah Regina, mereka semua pun mula masuk ke dalam van untuk pulang ke rumah masing-masing untuk membuat persiapan perkhemahan keesokkan harinya. Bahan untuk BBQ diagihkan untuk dibawa pulang oleh Jeffrey, bagi membuat perapan semalaman supaya rempahnya lebih menyerap sebelum di panggang esoknya. "Ais, aku beli pagi esok je lah. Takut nanti belum sampai sana, ais dah cair." Gareth memberi cadangan. "Betul juga. Tapi ada ke kedai buka awal pagi?" Amelia pula menyoal. "Dekat stesen minyak, rasanya pukul 6 sudah buka. Boleh kot." Ujar Gareth kurang pasti. "Kalau tak pun, 7E pun ada." Sambungnya lagi bila teringat akan kedai runcit 24 jam itu. "Ye tak ye juga. Ok lah." Amelia merasa sedikit lega. 

Di dalam van, sebelum menghantar sahabatnya pulang ke rumah masing-masing, sekali lagi mereka menetapkan masa untuk mereka berkumpul semula sebelum bertolak ke Air Terjun Batu Besar keesokkan harinya. "Jumpa esok semua. Tolong kejutkan si Douglas dugung tu. Jangan nanti terlambat lagi dia bangun pagi." Farah mengingatkan Gareth sebelum melangkah keluar dari van tersebut. "Ok bossku." Balas Gareth, kemudian pintu van ditutup dan van dipecut menuju ke rumah temannya yang lain sebelum akhirnya dia memandu pulang ke rumahnya sendiri.

Rindu Seorang TemanWhere stories live. Discover now