6

9 0 0
                                    


Tepat pukul 2 petang, tugas yang diagihkan telahpun disiapkan dengan jayanya. 3 buah khemah telah didirikan dengan jayanya oleh Bennedict, Gareth dan juga William. Mereka bertiga bersandar keletihan di sebatang pokok yang agak rendang tidak jauh dari tapak perkhemahan mereka. "Iam, aku dengar kau nak sambung belajar oversea, betul ke?" Soal Gareth secara tiba-tiba. William memandang wajah sahabatnya itu, lalu mengangguk perlahan. "Bapa aku suruh. Tapi tengok lah macam mana dengan keputusan nanti." Jawabnya sedikit lesu. Dilahirkan di dalam keluarga yang agak berada, menyebabkan semua keinginan William terbatas. Dia yang pernah bercita-cita menjadi seorang engineer sejak dari kecil lagi terpaksa melupakan keinginannya itu,  untuk membuatkan keluarganya bangga dengan dirinya. Ayahnya merupakan seorang doktor pakar otak di sebuah hospital swasta di Sarawak, oleh itu ayahnya ingin dia juga turut mewarisi pekerjaan ayahnya sebagai seorang doktor di masa hadapan. "Kalau jadi, agak agak kau pergi mana?" Sekali lagi Gareth menyoal William. "Mungkin Russia. Entah lah, aku ikut apa yang ayah aku suruh je." Jawab William tidak berminat untuk membahaskan tentang hal tersebut dengan lebih dalam. Gareth hanya mengangguk faham, kemudian dia bangun untuk menolong Tamimi dan Harry menghidupkan api untuk BBQ. "Jom." Ajak Bennedict setelah melihat Gareth bangun dari tempat duduknya. Bagi Bennedict, walaupun mereka akan berpisah mengikut haluan masing-masing selepas ini, itu bukan alasan untuk mereka memutuskan hubungan persahabatan di antara mereka.

"Arghhh..!!!! Letih lah." Teriak Regina selepas mengangkut baldi yang terakhir. "Aku lapar lah." Sambungnya pula sambil merengek. "Tak padan dengan badan kecil, nafsu besar." Ejek Samuel. "Kau tak payah bisinglah kodok. Aku makan kau baru tahu." Balas Regina dengan kasar. "Kau ni tak habis-habis nak buli budak kecil." Ujar Harry pula menambahkan sakit hati Regina. "Nah, makan roti ni dulu. Biar tinggi sikit." Harry mengambil sebungkus roti yang di bawanya dari rumah pagi tadi lalu memberikan kepada Regina. Regina menyambut huluran tersebut dan tersenyum gembira. Walaupun sakit hati dengan ejekkan Samuel dan Harry, tetapi bagi Regina itu hanyalah gurauan kasar seorang sahabat. Dia pasti akan merindui telatah kesemua sahabatnya suatu hari nanti, terutama Samuel dan juga Harry yang selalu membulinya.

Sally yang duduk tidak jauh dari Regina hanya memandang dengan penuh menyampah telatah sahabatnya itu. "Kau nak ke?" Regina yang sedang asyik melahap roti yang diberikan kepadanya, menyoal setelah Sally memandangnya dengan tajam. "Euww, please. Aku tak makan roti macam tu. Nanti gemuk." Ujar Sally sambil membuat muka geli dengan roti yang difikirnya mampu menggemukkan badannya. "Tak nak sudah. Amy?" Regina malas mahu melayan karenah Sally, kemudian memalingkan wajahnya memandang Amelia sambil menunjukkan roti yang dimakannya itu. Tidak terus menjawab pertanyaan Regina, Amelia lalu menggigit roti bekas yang telah dimakan oleh Regina tanpa sedikit perasaan jijik. "Sedap. Aku nak rokok jap." Ujar Amelia dengan mulut yang masih penuh dengan roti, sambil berjalan menuju ke arah Samuel dan Harry yang sedang memanggang.

"Ohhh wowww, makan sendiri nampak." Jeffrey yang datang entah dari mana, merebut roti yang Regina makan. "Kau ni, nasib baik aku tak mati tercekik tau."Marah Regina yang terkejut dengan tindakan Jeffrey sebentar tadi. Jeffrey hanya tersenyum lalu memakan roti tersebut tanpa perasaan. "Dah habis ke?"Peter yang berjalan dengan lemah berkata sambil memegang bungkusan roti yang berada tidak jauh dari tempat Regina duduk. "Hehehe, sorry." Ujar Regina dan Jeffrey serentak dengan senyuman terukir di bibir. "Sabar lah geng. Kejap lagi masak lah ni." Ujar Harry yang mendengar sahabatnya berebutkan roti yang diberikannya kepada Regina. Sayap ayam yang kelihatan kekuningan itu dibalikkannya supaya tidak hangus. Bau aroma ayam panggang, ikan dan beberapa makanan lain turut menarit perhatian Peter yang sememangnya sudah kelaparan. "Hampir pukul 3 dah. Aku lapar sangat dah ni." Peter yang terliur dengan sayap ayam kegemarannya itu bersuara semula, sudah tidak sabar untuk melahap kesemua makanan tersebut. "Ni ada yang dah masak ni. Yang girl girl, tolong sediakan pinggan mangkuk, kita makan yang dah masak ni dulu." Samuel memberi arahan. "Beres bossku." Ujar Farah sambil menunjukkan pinggan mangkuk yang memang sudah tersedia di atas mija yang memang disediakan oleh pemilik tapak perkhemahan tersebut sebagai kemudahan untuk pelanggannya. Tidak hanya itu, turut tersedia satu periuk nasi yang masih hangat, dan beberapa botol air manisan di atas mija bersama dengan cawan kertas yang disediakan oleh Farah. "Wooww.. Bila kau masak nasi?" Ujar Regina dengan teruja. "Tu lah. Mana korang nak perasan, asyik sangat berebut roti sampai tak ingat nak masak nasi." Leter Farah seperti mak mak. "Heheheh.. jangan marah mak cik." Balas Regina lalu merangkul lengan Farah. "Serius lah Farah, kau bawa periuk dengan beras ke dari rumah." Jeffrey seperti tidak percaya bahawa dia masih boleh makan sepanjang perkhemahan mereka. "Aku mana boleh kalau tak makan nasi weii. Wajib tu." Ujar Farah sambil mencedokkan nasi yang masih hangat tersebut ke dalam pinggan sahabat-sahabatnya. "Terbaik lah kau. Tu yang aku sayang kau sangat-sangat ni." Jeffrey membodek, lalu mengambil nasi yang sudah dicedokkan oleh Farah kepadanya. "Ye lah tu." Ujar Farah ringkas, tahu yang Jeffrey hanya mengambil hatinya. "Awak tak makan ke?" Soal Farah apabila dia melihat Sally hanya duduk di tempatnya sedari tadi. Sally memalingkan wajahnya memandang Farah, lalu menggelengkan kepalanya bagi menjawab pertanyaan Farah tadi. "Ok. Kalau nak makan, nasi masih banyak lagi tu." Ujar Farah, sebelum melangkah menyertai sahabat-sahabatnya yang lain.

"Ada ke suruh aku makan makanan macam tu. Entah bersih ke tak." Sally merungut sendirian. Walaupun perutnya berasa lapar, tapi dia tidak ingin memakan makanan yang disediakan oleh sahabatnya itu kerana baginya makanan tersebut tidak cukup bersih untuk di makan. Sally tiba-tiba terfikir akan sesuatu, dia teringat akan salah satu pesanan pekerja di situ sebentar tadi. "Kenapa aku tak terfikirkan itu ye dari tadi." Sally bangun lalu berjalan menuju ke arah pondok telefon yang disediakan tidak jauh dari tempat tapak perkhemahan mereka, lalu memesan sesuatu yang diinginkannya. Setelah meletakkan gagang telefon, Sally bertepuk tangan dengan gembira sambil berjalan ke arah khemah yang disediakan khas untuk mereka yang perempuan.

"Gembira nampak si Sally tu. Apa hal?" Tamimi bersuara sambil mencubit isi ikan bakar sebelum memasukkan ke dalam mulutnya. "Biar lah dia. Bukan selalu nak tengok dia tu senyum. Kalau dia senyum, cantik juga budak tu." Ujar Samuel yang memang pantang melihat perempuan berdahi licin. Tamimi berdengus mendengar kata Samuel, lalu menolak bahunya dengan bahu Samuel. "Hehehe.. makan.. makan." Balas Samuel sambil mengangkat sayap ayam panggangnya kepada Tamimi. "Douglas mana?" Amelia tiba-tiba teringat akan sahabatnya yang satu itu. "Tadi dia ada kot ambil nasi atas meja." Farah yang terkejut dengan soalan Amelia bersuara. Sahabatnya yang lain turut cemas apabila Douglas tiba-tiba menghilang. "Korang sini kejap." Bisik Peter memanggil sahabatnya sambil jarinya menunjuk ke arah sesuatu. Kesemua mereka menuju ke arah Peter dengan perlahan-lahan dan melihat apa yang ingin Peter tunjukkan. "Kurang asam punya kawan." Teriak Bennedict dengan kuat apabila melihat Douglas dengan asyiknya sedang meratah seekor ikan bakar di sebalik pokok di kawasan air terjun tersebut. Douglas yang terkejut dengan suara teriakkan Bennedict pantas memalingkan mukanya dan berusaha menyembunyikan ikan bakar yang dimakannya sebentar tadi. "A..apa." Ujarnya tergagap-gagap dengan wajah yang sedaya upaya ditenangkan. Bennedict dan sahabatnya yang lain hanya menggelengkan kepala, sebelum kesemua mereka ketawa geli hati melihat tingkahlaku Douglas yang dirasakan sangat lucu itu. Douglas hanya memandang wajah sahabatnya dengan perasaan pelik sebelum kemudiannya turut ketawa bersama walaupun tidak tahu apa yang membuat mereka ketawa.


Rindu Seorang TemanWhere stories live. Discover now