7

7 0 0
                                    

Selepas kenyang menikmati hidangan yang disediakan sebentar tadi, mereka semua mengambil keputusan untuk bermandi manda di kawasan air terjun yang dibenarkan kecuali Sally. "Awak serius ke tak nak ikut kitorang?" Soal Amelia, walaupun dia tahu sahabatnya itu memang tidak akan pernah mahu mandi di kawasan terbuka seperti itu. Dia juga pelik kenapa Sally tidak menolak bila diajak untuk menyertai mereka dalam perkhemahan tersebut. "Rugi lah datang sini kalau tak rasai sendiri nikmatnya mandi air terjun." Farah pula bersuara. "Aku tak biasa lah. Yakin ke air terjun tu bersih dan selamat, entah-entah ada ular kat dalam tu. Erghhh.." Sally berkata sambil menggeliat kegelikan. Dia memang tersedia maklum dilahirkan serba mewah, dimandikan dengan wang ringgit yang tidak akan pernah kekurangan walau satu sen pun. Tidak pernah sekalipun dia merasa kesusahan sepanjang hidupnya. Dari dia bangun sehingga dia tidur semula, keperluannya telah lengkap disediakan oleh orang gaji rumah mereka. Oleh itu semua sahabatnya berasa pelik bila Sally memaklumkaan bahawa dia turut serta dalam perkhemahan tersebut. Bagi mereka itu sangat mustahil, tidak pernah sekali Sally ingin menyusahkan dirinya dengan berjalan di dalam hutan yang penuh dengan serangga kecil dan semak samun, serta tidur beralaskan tikar nipis di atas tanah.

"Boleh saya tahu cik Sally yang mana satu?" Seorang pekerja taman tersebut menyoal sambil membimbing sebuah talam  makanan beserta air sirap. Kesemua mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum memandang ke arah Sally. "That's me. Tolong bawa sini." Arah Sally kepada pekerja tersebut tanpa rasa bersalah. Sahabatnya yang lain hanya memerhatikan tingkah laku Sally yang bagi mereka agak keterlaluan tersebut. "Kenapa korang tengok aku macam tu?" Soal Sally, perasan dengan pandangan dari sahabatnya. "Kau panggil dia untuk ni je? Kau tahu berapa jauh dia terpaksa jalan masuk ke sini untuk hantar tu je?" Ujar Amelia yang marah dengan ketidakprihatinan sahabatnya itu. "Aku tahu, tapi aku bayar kot, bukan free."Sally mempertahankan dirinya. "Teruk lah kau. Nasi dengan ayam masih ada lagi kot kat situ." Farah pula bengang dengan sikap Sally yang baginya langsung tiada perasaan kasihan terhadap orang lain. "Dia ok je pun, korang yang over tu dah kenapa." Sally masih bekeras dengan tindakannya yang baginya itu bukan masalah besar. "You letak je atas tu, dan ini duit you, lebih tu you simpan saja." Sambung Sally lagi melepaskan kemarahannya kepada pekerja tersebut. "Terima kasih cik." Ucap pekerja tersebut sebelum berlalu dari situ. "Puas hati?" Marah Sally kepada sahabatnya sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi bagi menikmati makanan yang dipesannya sebentar tadi. Amelia dan sahabatnya yang lain hanya menggelangkan kepada dan terus berlalu meninggalkan Sally yang sedang asyik menikmati makanannya.

"15 minit kot berjalan masuk ke dalam kawasan air terjun ni, dengan jalan licin dan berbatu besar. Dia tak ada rasa kesian dengan orang ke?" Samuel bersuara meluat dengan tingkahlaku Sally. "Ha'ah lah. Kalau tak nak makan makanan yang kita buat sendiri, bagus tak payah ikut. Menyusahkan orang je." Sokong Regina yang masih tidak berpuas hati dengan perilaku Sally. "Aku pun pelik juga, kenapa eh dia nak join kitorang kalau dia tahu dia tak biasa macam ni." Farah meluahkan persoalan yang sering bermain difikirannya sejak dari semalam lagi. "Ye lah. Kenapa dia try hard sangat nak bersatu dengan kitorang, sedangkan dia sah-sah tak dapat biasakan diri dengan kitorang." Jeffrey yang sedari tadi menjadi pendengar setia akhirnya bersuara. "Entah lah korang. Aku pun tak faham dengan perangai anak orang kaya ni." Amelia menjawab sebelum terjun ke dalam air terjun. Percikkan air dari Amelia mengenai kesemua sahabatnya yang berada di situ. "Rambut aku..!!" Teriak Regina yang tidak mahu rambutnya basah terkena air. "Eleh, kalau dah namanya mandi, kena lah basah semua." Ujar Harry sambil membuat ombak kecil supaya Regina tidak dapat mengelak rambutnya daripada basah. "Kurang asam kau." Regina membalas dengan menepis air tersebut dengan telapak tangannya ke wajah Harry. Dan kesemua mereka saling balas membalas sambil ketawa kegembiraan.

Sally hanya memerhatikan sahaja sahabatnya dari jauh. Makanan yang dipesannya sebentar tadi sudah habis dimakannya, lalu bekas makanan tersebut diketepikan. Terimbas kembali perjumpaannya dengan Lisa di sebuah kedai berdekatan dengan rumahnya semalam.

Sally yang berada di dalam kereta menunggu abangnya membeli rokok di sebuah kedai 24 jam terkejut setelah terlihat akan sesusuk tubuh yang sangat dia kenali berjalan laju menuju ke sebuah kedai runcit tidak jauh dari tempat dia menunggu. "Lisa? Dia buat apa kat sini?" Soal Sally kepada dirinya sendiri. Dia lalu keluar dari kereta tersebut, dan berjalan perlahan mengikut langkah wanita yang dikiranya mungkin Lisa. Alangkah terkejut Sally apabila melihat Lisa sedang bertentangan mata dengan Samuel di dalam sebuah kedai. Lisa juga kelihatan sangat panik apabila terpandangan akan Sally tidak jauh dari situ, lalu segera mengatur langkah untuk pergi dari situ. Niatnya untuk menceritakan hal sebenar kepada Samuel tidak tercapai, apabila Sally muncul secara tiba-tiba. Setelah melihat Lisa beredar dari situ, dengan pantas Sally mengikutinya keluar dari kedai tersebut. Setelah dirasakannya tiada sesiapapun mengikuti mereka berdua, sekali lagi dengan pantas Sally memaut lengan Lisa supaya menghadapinya. "Kau buat apa ka sini hah?" Soal Sally tanpa melengahkan masa. "A..aku..aku nak beli barang." Jawab Lisa tergagap-gagap. "Maksud aku dekat Sarawak. Bukan kau dah pindah ke Johor ke?" Ujar Sally dengan kasar sambil menekankan perkataan Sarawak. "Aku...aku datang nak jumpa dengan saudara aku sekejap. Esok lusa aku balik lah." Bohong Lisa berusaha untuk lepas dari Sally. "Aku tak percaya lah. Kau datang sebab nak sakitkan hati Amy lagi kan. Tak cukup lagi ke dengan apa yang kau dah dapat?" Marah Sally sambil merenung tajam ke arah Lisa, membuatkan Lisa menundukkan wajahnya. "Aku minta maaf. Aku takkan balik sini lagi. Maafkan aku." Lisa memohon maaf berulang kali sebelum menarik tangannya dari pautan Sally, dan kemudian bergegas berlari meninggalkan Sally yang masih berdiri di situ. "Aku akan sentiasa awasi kau. Sial!!" Marah Sally, masih tidak percaya dengan kehadiran Lisa di depan matanya.

"Jauh termenung. Sedap sangat ke makanan tadi. Licin nampak." Amelia mengejutkan lamunan Sally. "Ehh.. sejak bila awak dekat sini. Sekejapnya mandi." Ujar Sally dengan segera menepis segala tentang Lisa di dalam fikirannya. "Sekejap? Dah dekat pukul 6 petang kot." Farah pula tiba-tiba mencelah.  Sally memandang jam tangannya, lalu tersenyum tawar memandang Farah. "Ni kitorang nak bersihkan diri dekat bilik air sana, nak pergi sama ke sebelum hari semakin gelap." Terang Amelia walaupun agak pelik dengan tingkah laku Sally. "Ohh.. ok. Jom, I ambil barang I kejap." Ujar Sally kemudian bangun menuju ke dalam khemah dimana beg kepunyaannya berada. "I..I..you..you tetiber ni dah kenapa. Kena sampuk ke masa makan tadi." Farah yang perasan dengan perubahan secara tiba-tiba Sally itu bersuara. Regina hanya mengangkat-angkat bahunya tanda tidak faham dengan perubahan Sally. "Lantak dia lah. Jangan dia buat hal macam tadi tu sudah." Amelia tidak mahu ambil pusing berkaitan dengan Sally, kerana dia sudah biasa dengan perangai Sally yang selalu berubah-ubah. "Ok, I dah siap." Sally muncul secara tiba-tiba dengan tangan penuh dengan barangan peribadinya. "Ok. Jom." Amelia memberi arahan, kemudian mereka bersama-sama menuju ke bilik air yang telah disediakan bagi membersihkan diri sebelum menyambung semula aktiviti mereka pada malam itu.

Rindu Seorang TemanWhere stories live. Discover now