4

9 0 0
                                    

Seawal pukul 6.30 pagi lagi Gareth telah menjemput beberapa orang temannya di rumah masing-masing. Manakala, William pula menjemput selebihnya kerana van yang dipandu oleh Gareth hanya muat untuk 10 orang sahaja, 4 orang lagi terpaksa menumpang kereta yang dipandu oleh William. Sebelum bertolak ke Air Terjun Batu Besar, mereka bersepakat untuk bersarapan terlebih dahulu di sebuah kedai makan muslim di kawasan perumahan tersebut. Mereka memilih kedai makan tersebut kerana menghormati Farah dan juga Mohd Tamimi yang masing-masing beragama Islam. Walaupun ada di antara mereka diiktiraf sebagai pelajar paling bermasalah di sekolahnya, tidak membuatkan mereka bersikap biadap dengan teman yang berlainan agama. Hal ini yang menyebabkan hubungan persahabatan antara mereka sangat kukuh dan kurang perselisihan faham. "Kita order roti canai sajalah sebagai alas perut." Cadang Bennedict, kerana baginya jarak antara taman perumahan mereka ke tempat perkhemahan tersebut hanyalah memakan masa selama 1 jam 45 minit sahaja. Tidak terlalu jauh untuk mereka merasa lapar semula di pertengahan jalan. "Aku pun fikir macam itu juga. Takut perut aku ni meragam nanti, susah pula." Ujar Gareth pula yang sememangnya selalu mengalami cirit-birit jika tersalah makan. "Ok. Kalau macam tu kita order sekaranglah. Cepat habis, cepatlah kita bertolak." Bennedict membuat keputusan yang turut dipersetujui oleh temannya yang lain.

"Eh Sally tak ikut ke? Bukan Gina cakap semalam dia ikut sekali?" Soal Peter lemah lembut. Peter merupakan pelajar cemerlang yang selalu mendapat markah tertinggi bagi pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains. Dia juga antara sahabat yang sangat disenangi dan suka memberi tunjuk ajar jika diperlukan. Peter terkenal dengan sikapnya yang lemah lembut, tetapi dia merupakan lelaki yang sejati, hanya luarannya sahaja nampak seakan perempuan jadian. "Macam kau tak kenal sahabat kau tu. Kiamat lah dunia kalau dia ikut tumpang dalam van tu." Ujar Farah lalu ketawa mengenangkan Peter yang seolah-olah tidak kenal dengan perangai Sally. "Ha'ahh. Ada driver hantar dia pergi sana. Van panas kot." Amelia pula mencelah sambil ketawa bersama dengan Farah. "Ehh, aku nak tumpang kau lah Gareth. Guna kereta tak best lah." Rungut Regina pula secara tiba-tiba sambil menjelirkan lidahnya ke arah William. "Penuh lah. Takkan kau nak duduk bawah kerusi kot." Gareth pula kurang bersetuju sebab vannya hanya muat untuk 10 orang sahaja. Regina yang mendengar mengerutkan wajahnya berpura-pura merajuk. "Tak pa lah. Kau pergi lah dengan mereka, nanti aku tumpang William." Samuel pula bersuara. "Terima kasih kodok." Sekelip mata mood Regina bertukar apabila keinginannya dipenuhi. "Dengan syarat, kau tolong cuci baju aku dekat sana nanti." Balas Samuel membuli Regina. Regina yang tadinya gembira, tiba-tiba beubah wajah. Sahabatnya yang lain turut ketawa melihat pertelingkahan lucu antara Samuel dan Regina. "Kau jahat kodok." Marah Regina lalu memalingkan wajahnya ke arah lain. Samuel dan sahabatnya yang lain hanya ketawa geli hati melihat tingkah laku Regina.

Setelah beberapa minit, makanan yang dipesan pun sampai. Kesemua mereka makan dengan penuh berselera sambil bercerita dan bergelak tawa. Tanpa mereka sedar, sepasang mata sedang memerhatikan mereka yang sedang menikmati roti canai yang mereka pesan sebentar tadi. "Ehhh, tu bukan Lisa ke?" Peter tiba-tiba bersuara selepas terpandang akan seseorang yang sedang memerhatikan mereka sedari tadi. Sahabatnya yang terkejut terus memalingkan wajah mereka ke arah yang ditunjukkan oleh Peter sebentar tadi tetapi kelibat Lisa tidak kelihatan, kemudian memandang kembali ke arah Peter semula sebelum memandang ke arah Amelia. Wajah milik Amelia berubah secara tiba-tiba setelah mendengar nama Lisa disebut oleh Peter. Dengan pantas dia bangun dari tempat duduknya dan beredar meninggalkan sahabatnya yang lain. "Kau makan aku punya." Ujar Samuel kepada Jeffrey sebelum tergesa-gesa  bangun dan mengikuti langkah Amelia. Jeffrey yang berada di sebelah Samuel hanya menganggukkan kepalanya tanda akur tanpa sebarang soalan. Sahabatnya yang lain hanya memandang dan bersoal jawab sesama diri melihat situasi tersebut.

"Kau kenapa ek, tiba-tiba sebut nama Lisa?" Marah Farah yang sememangnya rapat dengan Amelia. "Maaf. Aku lupa lah, terkejut sangat tengok perempuan tadi tu memang sebiji macam Lisa lah." Ujar Peter serba salah. Fikirannya masih mengingatkan apa yang dilihatnya tadi. "Tak mungkin aku salah orang. Lisa dah balik Sarawak ke?" Peter bersoal jawab dengan dirinya sendiri. "Aku nak tengok Amy dulu lah. Korang jangan lama-lama pula, nanti lambat pula kitorang nak berangkat." Farah turut bangun dari tempatnya, sebelum melangkah mengikuti Amelia, sempat dia mengingatkan temannya yang lain. "Sorry guys." Sekali lagi Peter meminta maaf atas kesilapannya sebentar tadi. "Takda apa lah. Nanti okay lah dia tu. Dah cepat makan, lepas ni terus masuk ke dalam van bagi yang ikut Gareth, manakala yang tumpang William ikut dia."Bennedict memberi kata putus.

"Kau ok?" Samuel menyoal Amelia setelah dia melihat emosi Amelia sedikit reda. "Aku ok je. Cuma aku emosi sikit bila dengar nama dia." Luah Amelia. Sebatang rokok dikeluarkan lalu dibakar, asap yang disedut dihembus perlahan-lahan. Di antara mereka, hanya Samuel lah yang mengetahui punca perbalahan antara Lisa dan Amelia. Walaupun dia digelar sebagai playboy dikalangan sahabatnya, tetapi perasaannya terhadap Amelia sejak dulu lagi tidak pernah pudar. Sakit yang dirasakan oleh Amelia turut dirasainya juga. Begitu dalam cintanya terhadap gadis tersebut, akan tetapi Amelia tidak pernah menyedarinya. "Kau pula, buat apa kat sini?" Soal Amelia setelah mendiamkan diri seketika. "Aku belum berselera lah nak makan. Awal lagi kot." Bohong Samuel kepada Amelia. "Ehh korang." Farah yang baru sahaja datang, mendapatkan Amelia. "Kau ok.?" Soalnya seperti mana Samuel menyoal Amelia sebentar tadi. "Aku ok lah beb. Don't worry." Amelia memberi kepastian supaya sahabatnya itu tidak khuatir tentang dirinya. Farah memandang Amelia dan Samuel bersilih ganti dengan penuh tanda tanya. "Dorang ni ada apa-apa ke yang aku tak tahu?" Muskil Farah di dalam hati.

"Wahhhh, kenyanglah, dapat free free roti canai 2 keping lagi. Untungnya..!!!" Regina bersorak riang sambil menepuk-nepuk perutnya setelah menghabiskan sisa roti canai yang langsung tidak disentuh milik Amelia dan Farah. "Kau tu makan banyak, tapi tak juga tinggi-tinggi." William yang sememangnya seorang yang lebih pendiam diantara mereka, akhirnya bersuara. "Eleehhh. Kau tu tinggi dah macam zirafah aku tengok." Ujar Regina yang tidak akan mudah berdiam diri bila ketinggiannya menjadi sebutan. William tersenyum mendengar bebelan Regina, sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dalam kalangan mereka, William lah antara yang selalu mengalah bila tiba bab bersoal jawab dengan temannya,berlainan sekali dengan perangai Samuel. Baginya, tiada untung untuk menang dalam sesuatu hal yang dirasanya tidak penting, cukuplah dia masih boleh menghabiskan masa bersama-sama dengan temannya itu.

Setelah membuat pembayaran, mereka beredar dari kedai tersebut dan berlalu menuju ke kenderaan yang diparkingkan di tepi jalan. "Dah hampir pukul 8 pagi lah. Haraplah tak banyak sangat kereta kat jalan utama nanti." Ujar Gareth memandang jam tangannya. Walaupun mempunyai lesen memandu yang sah, tetapi perasaan was-was masih bermain dalam fikiran Gareth, kerana dia belum pernah membawa kereta besar seperti van keluar ke jalan utama. "Korang semua ok ke?" Sesampainya di tempat Amelia dan 2 orang lagi sahabatnya menunggu, Bennedict terus menyoal keadaan mereka. "Kitorang ok." Sahut Farah mewakili Amelia dan Samuel. "Amy, aku minta maaf." Sekali lagi Peter mengucapkan permintaan maafnya kepada Amelia. "I ok. Dah lupakan pasal tadi. Sekarang ni kita nak enjoy dekat air terjun, tak nak lah masam-masam muka."Ujar Amelia melegakan perasaan Peter. Rokok yang dibakarnya sebentar tadi, dilemparkan ke tanah, kemudianya dipijaknya bagi memadamkan api yang masih lagi menyala. "Aku sayang kau tau." Peter lalu memeluk sahabatnya itu. Dia menarik nafas lega bila sahabatnya itu tidak lagi marah kepadanya.

Setelah selesai drama mereka sebentar tadi, masing-masing masuk ke dalam kenderaan yang dibawa oleh Gareth dan William. Seperti perjanjian yang dibuat oleh Samuel kepada Regina tadinya, Samuel bertukar tempat bersama Regina dengan menaiki kereta bersama William, manakala Regina bersama dengan Gareth. "Ingat perjanjian kita." Sebelum beredar, sempat Samuel membuat peringatan kepada Regina. Regina yang mendengar hanya mencebikkan bibirnya, lalu lantas menaiki van sebelum mereka akhirnya bergerak bersama-sama menuju ke destinasi yang telah ditetapkan.

Rindu Seorang TemanWhere stories live. Discover now