5

8 0 0
                                    

Brekk...!!!!!!

Brek kenderaan ditekan kuat menyebabkan Jeffrey dan sahabatnya yang duduk di belakang terdorong ke depan. Mereka yang tadinya tidur terbangun dalam keadaan terpinga-pinga, kecuali Bennedict yang sedari tadi menjadi teman berbual bagi Gareth supaya sahabatnya itu tidak kebosanan semasa memandu. "Kau ok ke bro?" Bennedict yang duduk di hadapan bersebelahan dengan Gareth menyoal. "A..aku ok."Balas Gareth sidikit tergagap. Dia yang masih terkejut dengan kejadian yang baru sahaja terjadi berusaha memandu vannya ke sisi jalan, bagi menenangkan sedikit perasaan terkejutnya. "Apa dah jadi?" Peter menyoal setelah terkejutnya sedikit reda. "Ada seekor anjing tiba-tiba melintas jalan." Jawab Bennedict mewakili Gareth yang masih melayan perasaannya. "Ohh.. MY GOD..!! Rambut aku..!!!" Teriakkan Jeffrey mengejutkan lagi sahabatnya yang memang sudah tersedia terkejut dengan peristiwa yang baru sebentar tadi terjadi. "Kau apa hal aarrr pondan!!" Marah Amelia yang duduk didepannya, lalu bangun dan merosakkan lagi rambut Jeffrey. "Hoi..hoii.. pondan pondan jangan disebut arrr. Aku sentap." Balas Peter pula. Jeffrey yang agak tidak puas hati dengan rambutnya yang rosak dibetulkannya semula sambil mulutnya tidak berhenti berleter lecil. "Korang jangan lah gaduh gaduh. Kesian kot Gareth, dia yang lebih lagi terkejut berbanding kita." Farah pula bersuara, bersimpati dengan Gareth yang masih mendiamkan diri sahaja sedari tadi. "Ehhhh... tengok barang basah kat belakang tu, tak ada yang jatuh ke?" Bennedict teringat akan barangan yang mereka bawa dari rumah masing-masing untuk BBQ nanti, tersimpan di bahagian belakang van. Dengan segera dia keluar dari van dan membuka pintu belakang van bagi memastikan semuanya dalam keadaan elok. "Fuhh.. nasib baik." Ujarnya semula sebelum menutup pintu van, dan kembali ke tempat duduknya.

"Korang ok ke?" Tiba-tiba pintu van diketuk, dan wajah William timbul disebalik pintu tersebut. "Ok. Ada anjing lalu tadi, nasib baik sempat brek." Ujar Gareth setelah perasaan  terkejutnya reda, sambil menunjukkan ibu jarinya menandakan mereka baik-baik sahaja. Dia menerangkan kejadian sebenar kepada William sebelum kemudiannya mereka meneruskan semula perjalanan yang tadinya tergendala sebentar.

Setelah hampir 2 jam memandu, akhirnya mereka tiba di Air Terjun Batu Besar dengan selamat. Sebelum mendaftarkan diri, mereka menunggu kedatangan Sally di tempat letak kereta. Tidak lama selepas itu, baru lah Sally muncul dengan menggunakan gaun berbunga seperi baju hawai, topi straw terletak elok di kepalanya bersama dengan cermin mata gelap. Gayanya tidak tumpah seperti seorang model yang ingin melakukan penggambaran di tepi pantai. "Dia datang daaahhh." Farah menjeling dengan penuh meluat. "Hai." Sapa Sally sambil mengheret beg baju berodanya. "Agak agak lah Sally. Kitorang berkhemah je kot, bukan shooting." Peter pula bersuara sambil cuba untuk menahan gelaknya. "Kenapa? I nampak ok je pun." Sally masih mempertahankan penampilan dirinya. "Ok apanya, dengan heels lagi. Jalan masuk sana bukannya elok macam jalan ni. Jalan tanah dan berbatu kot." Ujar Farah yang sememangnya tidak berkenan dengan perangai Sally yang agak susah untuk ditegur. "Huhh.. I ok je pun, korang yang gelabah apesal?" Sahut Sally dengan angkuh. "Dah dah, jum masuk, banyak kerja nak buat lagi lepas ni." Bennedict mencelah bagi menghentikan pertelingkahan semakin menjadi. "Tak sabarnya. I love nature." Jeffrey yang tidak berhenti mengambil gambar dirinya bersuara sambil meniru gaya gedik Sally.

Mereka mengambil gambar beramai-ramai sebelum berlalu menuju ke kaunter pendaftaran masuk. "Selamat datang ke Air Terjun Batu Besar. Adik-adik semua nak menginap di chalet atau berkhemah di luar?" Sesampainya di kaunter pendaftaran, mereka terus disapa mesra oleh pekerja di situ. "Err, kitorang nak berkhemah diluar saja." Ujar Bennedict sesuai dengan rancangan mereka sebelum ini. "WHAT?!" Sally yang mendengar terkejut besar. "What kenapa?" Pelik Peter dengan tingkah laku Sally yang terkejut bila Bennedict kata bahawa mereka akan berkhemah di luar.Baiklah. "No waayyy..!! I ingat kitorang akan stay dekat chalet. Apeni?" Sally tidak berpuas hati dengan cadangan untuk menginap di luar. "Hellooo... dah namanya berkhemah, dekat luar lah, takkan kat dalam rumah kot." Jeffrey naik meluat dengan perangai Sally. Sally kehilangan kata untuk membalas, akhirnya dia terpaksa akur dengan keputusan sahabatnya yang lain. "Kalau I tahu macamni, tak nak I ikut. Menyesal." Rengus Sally seorang diri.

Setelah selesai bersoal jawab dengan Sally, Bennedict kembali menjawab pertanyaan cik akak kaunter tersebut. "Confirm ye kak, kitorang stay dekat luar. Kalau boleh nak dekat sikit dengan permandangan air terjun." Ujar Bennedict dengan hormat. "Ok boleh, kalau macam tu, harganya RM10 satu malam untuk satu orang. Adik semua nak berapa malam ya?" Terang wanita di kaunter tersebut. "Nak 3 hari 2 malam." Balas Bennedict kemudianya. Setelah memberi pembayaran, sebelum menunjukkan tempat perkhemahan untuk Bennedict dan rakannya, wanita di kaunter tersebut memberikan sedikit tunjuk ajar dan nasihat supaya mereka tidak melakukan perkara yang terlarang di kawasan tersebut. Kemudian, barulah wanita tersebut meminta salah seorang pekerja di situ untuk menghantar mereka ke kawasan yang diarahkan. Terloncat-loncat Sally berjalan menggunakan kasut tumit tinggi sambil menjinjing beg rodanya di atas permukaan tanah yang tidak rata dan sedikit basah. Sahabatnya yang lain hanya memerhati dan tidak sedikit pun mahu menolongnya. "Tu lah. Orang dah cakap berkhemah, yang kau terhegeh-hegeh pakai macamtu siapa suruh." Ujar Farah lalu segera meninggalkan Sally yang masih bersusah payah di belakang mereka. "Urghhh.." Sally yang mendengar hanya merengus kasar.

"Baiklah adik-adik semua, korang hanya boleh berada di kawasan ini sahaj, dan tidak boleh sama sekali melimpasi tali merah yang disediakan itu." Ujar Pekerja tersebut memberi peringatan. "Dan disebelah sana ada tandas lelaki dan perempuan, tersedia juga tempat untuk menukar pakaian." Sambungnya lagi. "Kalau ada apa-apa pertanyaan, di pondok sana ada telefon disediakan untuk memudahkan korang semua memanggil pekerja di sini. Ok, itu sahaja. Selamat berkhemah." Sekali lagi pekerja tersebut menjelaskan kemudahan di tapak perkhemahan tersebut sebelum beredah pergi meninggalkan Bennedict dan teman-temannya yang lain.

"Baiklah kawan-kawan, untuk memudahkan kerja kita, saya nak agihkan sedikit tugas, dan berharap korang semua dapat bekerjasama supaya cepat kerja siap, cepat lah kita berehat." Bennedict memberi cadangan kepada sahabatnya yang lain. "Ok." Jawab sahabatnya dengan serentak. "Ok. Jadi saya nak Gareth, saya dan William mendirikan khemah." Bennedict memberi arahan. Gareth dan William yang akur dengan arahan dari Bennedict segera mengeluarkan peralatan membina khemah yang dibawa oleh mereka dari rumah. "Gina dan Farah pergi ambil air secukupnya dekat paip diluar tandas tu, kemudian masak sikit nasi untuk nanti. Manakala Amy dan Sally kemaskan sikit kawasan tempat berkhemah ni. Sapu semua daun yang gugur, supaya bersih sikit tempat kitorang nak makan nanti." Sekali lagi Bennedict memberi tugasan yang ringan untuk mereka yang gadis-gadis. "Peter, Jeff, Douglas pergi cari kayu api secukupnya, dan akhir sekali Harry dan juga Tamimi sediakan bahan untuk BBQ nanti." Semua mereka mendengar arahan yang diberikan dengan jelas, dan segera melakukannya. Sally yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan sahabatnya itu, hanya mendiamkan diri dan melakukan kerjanya walaupun tidak ikhlas. Kasut Tumit tinggi yang dipakainya sebentar tadi telah diganti dengan selipar tandas yang dibawanya dari rumah. Bajunya gaun berbunga yang dipakainya juga turut diganti dengan baju tshirt merah jambu, dan berseluar track untuk memudahkan pergerakkannya. "Sabar Sally, 2 hari je, lepas ni kau dah boleh tinggalkan dorang semua. Tak berbaloi sungguh dibuat kawan." Marah Sally di dalam hati, lalu menanam tekad untuk mengundurkan diri dari persahabatan mereka.


Rindu Seorang TemanWhere stories live. Discover now