8

10 0 0
                                    


Di dalam sebuah bilik, kelihatan Lisa sedang asyik merenung jauh ke luar jendela di dalam kepekatan malam. Fikirannya sedang melayang-layang entah ke mana. Sudah hampir 3 tahun Lisa meninggalkan bandar tempat kelahirannya itu, segala kenangan pahit dan manis juga ditinggalkannya bagi membina hidup baru di tempat lain bersama dengan orang tuanya. Sakit hatinya bila orang tuanya dituduh tanpa bukti membuatkan Lisa tekad untuk mengikut orang tuanya pulang ke Johor. Walau bagaimanapun, Lisa berazam untuk kembali ke Sarawak setelah mendapat kebenaran dari orang tuanya, bagi memperbetulkan segala tanggapan orang sekeliling terhadap mereka terutama sahabat baiknya Amelia. Oleh sebab itu, tiket kapal terbang telahpun ditempah sebulan yang lalu, seusai menghadapi peperiksaan SPM, Lisa terus menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Sarawak.

"Jauh termenung." Cyntia yang merupakan antara sahabat yang paling dekat dengan Lisa menyapa setelah beberapa ketika hanya memerhati temannya itu. "Kau dah makan? Dari pagi tadi aku tengok kau diam je memanjang. Ada masalah lagi ke?" Sambung Cyntia bersimpati dengan nasib sahabatnya itu. Lisa hanya menggelengkan kepalanya sebelum menjawab soalan Cyntia. "Aku takda selera nak makan lah." Jawab Lisa dengan lembut. "Kau rasa berbaloi ke kau nak buat semua ini." Cyntia meluahkan apa yang terpendam di dalam fikirannya selepas Lisa menjelaskan sebab dia pulang semula ke Sarawak. "Aku terpaksa Cyn. Sampai bila aku nak lari dari masalah, ini untuk maruah keluarga aku juga." Ujar Lisa dengan tegas. "3 tahun aku dan keluarga aku terpaksa lari masalah yang kitorang tak pernah buat. Ini tidak adil Cyn, kenapa aku yang harus lari, aku tak buat pun semua tu." Luah Lisa sedikit sebak. Terimbas kembali kenangan 3 tahun lepas, di mana Amelia telah menyerangnya tanpa sebab yang jelas. Bila dia cuba untuk mendapatkan penjelasan, Amelia hanya berteriak histeria mengatakan semua masalah berpunca darinya. "Aku letih dengan pandang orang sekeliling yang hanya tahu menunding jari tanpa mengetahui punca sebenar." Jelas Lisa lagi, setitis air jernih mengalir laju dari kelopak matanya. "Aku harus jelaskan semuanya Cyn. Walau bagaimanapun, Amelia harus tahu kebenarannya." Perasaan yang tadinya ditahan sedaya upaya, akhirnya meletus jua. Esakkan yang tadinya hanya perlahan, semakin lama semakin kuat, membuatkan Cyntia menjadi tidak keruan. "Sorry Lisa, aku tak patut tanya kau macam-macam tadi." Cyntia menyalahkan dirinya, lalu meluru laju mendapatkan sahabatnya itu, kemudian memeluknya dengan erat untuk memberi kekuatan kepada sahabatnya itu. "Aku rindu dengan persahabatan kita dulu Cyn. Aku rindu bila dapat berkumpul bersama-sama seperti dulu lagi. Aku rindu semua itu Cyn, aku tak nak macam ni." Lisa meluahkan segala-gala yang terpendam di dasar hatinya selama ini, sambil meraung kesedihan. Pilu hati Cyntia melihat keadaan sahabatnya itu, dan dia juga bertekad untuk memperbetulkan semua agar mereka boleh kembali lagi seperti dulu lagi.

Unggun api dibuat hanya beberapa langkah dari khemah didirikan pada petang tadi kecuali Sally, yang awal-awal lagi sudah masuk ke dalam khemah kerana tidak tahan dengan serangga kecil di dalam hutan tersebut. Beberapa orang pengujung juga turut kelihatan duduk berkumpul di depan unggun api di tapak khemah masing-masing, semuanya membuat aktiviti masing-masing bagi memenuhi malam perkhemahan mereka. Kelihatan Bennedict dan William sedang sibuk bermain gitar yang dibawa mereka dari rumah, manakala yang lainnya turut bernyanyi dan menari mengikut rentak musik yang dimainkan. "Heiii.. kau kenapa ehh. Dari kita sampai tadi aku tengok kau diam je." Samuel yang perasan dengan perubahan Gareth, akhirnya bersuara. "Aku ok bro. Cuma aku terfikir, lepas ni boleh lagi ke kitorang kumpul bersama-sama macam ni lagi." Jelas Gareth yang lebih banyak memerhati tingkah laku sahabatnya yang lain daripada bercakap. "Jauh sangat kau mengelamun. Dah kitorang tinggal di kawasan perumahan yang sama, takkan tak boleh jumpa satu sama lain kot." Sangkal Samuel yang mengira apa yang Gareth fikirkan itu tidak logik. "Tak akan sama bro. Lepasni, semua akan ada kehidupan masing-masing, dan masa untuk berkumpul, sangat terhad." Gareth bersuara dengan serius. Baginya, selain dari keluarga, sahabatnya juga merupakan antara individu yang terpenting di dalam hidupnya. Tanpa mereka, dia hanya dilihat seperti anak patung yang dicipta khas untuk dibuli oleh pelajar di sekolah mereka. Sebelum mengenali mereka, Gareth merupakan mangsa buli oleh pelajar lain akibat bentuk badannya yang agak gempal sama seperti Douglas. Akan tetapi, kehadiran Bennedict yang merupakan ketua pengawas di sekolah mereka merubah segalanya. Bennedict lah yang mengajar dia cara untuk menghadapi pelajar yang suka membulinya. Selain itu, dia turut diterima baik oleh sahabatnya yang lain, dan mengubah hidup Gareth dari seorang yang pendiam, kepada seorang yang sangat tegas dan tidak mudah untuk dibuli. "Aku nak, walau apapun yang terjadi, kita masih lagi seperti ini." Setelah berdiam seketika, Gareth bersuara dan membuat perjanjian dengan Samuel. "No problem bro. Rumah kau dengan aku mana jauh. Kau kentut pun aku boleh dengar lagi tau." Seloroh Samuel dan kemudian berjanji dengan Gareth akan sentiasa menjadi sahabatnya dunia akhirat.

"Ehemm." Regina berdehem. "Korang.. errr.. tu ke?" Dia bersuara semula dengan suara yang dirasakan seperti terlekat di kerokong, tidak sampai hati untuk menyinggung perasaan sahabatnya itu. Gareth dan Samuel yang masih berlingkar jari tanpa berjanji, cepat-cepat melepaskan jari mereka dan berusaha untuk menjelaskan kepada Regina. "Ehhh... takk.. takk.." Samuel kehilangan kata yang sesuai bagi menjelaskan situasi tersebut. "Ehh.. takpe.. saya ok je kalau korang tu. Tapi cerita lah sikit, macam mana korang boleh bercinta ekk." Regina cuba untuk menjaga hati sahabatnya itu. Suara Regina yang sedikit besar itu, menarik perhatian sahabatnya yang lain. "Bercinta? Siapa yang bercinta?" Harry yang sememangnya suka bergurau, mencari mangsa untuk dibulinya selepas ini. Regina yang tidak sedar bahawa suaranya telah menarik perhatian sahabat yang lain, membuatkan dia berasa serba salah. "Tak ada siapa yang bercinta. Aku dengan Sam buat berjanji untuk tidak melupakan persahabatan kitorang. Itu yang Gina nampak, terus buat kesimpulan yang kitorang bercinta." Jelas Gareth sambil menjeling tajam ke arah Regina. Regina hanya tersengih-sengih apabila dimarah oleh Gareth. "Sorry bro. Korang nampak sweet sangat lah macam tu tadi, tu yang aku fikir korang bercinta." Sengih Regina dengan wajah yang mula merona merah, malu dengan sangkaannya yang jauh meleset. "Tu lah. Kalau dan nama budak kecil, suka hati dia je nak cakap apa." Samuel sedikit lega dengan penjelasan dari Gareth, kemudian melangkah menuju ke arah Regina sebelum merangkul kepala sahabatnya itu sambil membuat aksi seperti menumbuk kepala Regina. "Sakit lah kodok. Aku minta maaf lah." Regina menjerit kesakitan sambil meronta-ronta melepaskan dirinya dari rangkulan Samuel. Geli hati dengan karenah Regina yang memang suka membuat kesimpulan melulu, membuatkan sahabatnya yang lain turut ketawa bersama. Mereka melayari malam perkhemahan mereka dengan gelak tawa dan gurau senda sesama sendiri, sehingga tanpa sedar jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi sebelum masing-masing mula mengundur diri untuk pulang ke khemah masing-masing.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 16, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Rindu Seorang TemanWhere stories live. Discover now