Bab 1

49 0 0
                                    

**** Kandungan ini diedit & diseleraskan pada tahun 2016 yang lalu. 

Satu surat berwarna putih tertera nama penuh dan alamatku terletak elok di atas meja. Surat ini mesti syarikat yang aku temuduga tempoh hari. Tak sangka pula aku dapat tawaran kerja di syarikat  I&I Deco. Alhamdulilah, mesti ceria muka mak dan abah. Tak sia-sia aku berdoa agar dapat perkerjaan untuk menampung keperluanku di bandar.

Kemudian, aku berfikir sejenak haruskah aku meninggalkan dunia perniagaan kek kak Nurul? Sayang sangat nak tinggalkan kedai kek milik kak Nurul. Kalau tak boleh berhenti, aku kena ambil risiko pulak, sebabnya niat aku memang nak kerja di syarikat yang aku mohon hari tu. Aku mengeluh kecil. 

Lantas aku mengambil telefon dari dalam poket kecil seluarku.

"Assalamualaikum mak." Sapaku.

"Waalaikummusalam Nahwah. Lama dah kamu tak telefon mak kat kampung. Sihat ke kamu kat sana?" bunyi bising dihujung talian membengitkan telingaku. Nasib baik suara mak dapat aku dengar.

"Nahwah sibuk mak. Maaflah selama ni Nahwah jarang telefon mak. Nahwah sihat alhamdulilah. Mak dan abah sihat?" Soalku pula.

"Mak dan abah sihat. Ni, mak nak cakap kat Nahwah pasal rombongan merisik untuk kamu... Kamu tahu keluarga Che mat kan? Anaknya yang belajar kat oversea tu. Namanya si Nukman Zahin. Keluarganya berkenan sangat kat kamu. Kamu setuju ke tidak?"

Mahu terlepas telefon dari tangan namun nasib baik tidak terjatuh. 

'Ha? Rombongan merisik? Dari keluarga Nukman Zahin? kenapa dia langsung tidak bercakap mengenai perkara ini dengan aku sendiri?' semua persoalan ini berlegar dalam kepala. Lain yang aku nak sampaikan kepada mak, lain pula yang aku dapat. 

"Apa mak? Biar betul Nahwah dengar ni? Nukman kan satu sekolah dengan Nahwah. Takkan dia ada perasaan cinta kat Nahwah?" Aku masih terasa kebinggungan dengan berita ini. 

Dari jauh dapatku dengar keluhan mak di dalam talian. Aku faham mak memang tidak suka kalau aku panjang-panjangkan soalan. Semakin banyak soalan, semakin serabut kepala orang tua itu. 

"Alah itu semua tak penting. Yang penting kamu setuju ke tidak sekarang ini?" Soalan itu separuh mendesak seakan memaksa aku untuk menjawab 'ya' atau 'tidak'. 

"Eiii, apa mak ni... Nahwah awal lagilah nak fikir pasal benda ni. Kerja lagi penting tau. Mak tak tahu ke yang anak mak ni dapat kerja baru yang boleh berikan mak dan abah duit dekat kampung." Sengaja aku beralih topik, mengharapkan mak juga turut bergembira dengan berita ini.

"Yeke? Alhamdulilah. Tak payahlah kamu nak kerja lagi kat kedai kek tu. Apa gunanya belajar tinggi-tinggi akhirnya jadi penjual kek."

"Mak ni tak baik tau, itu pun perkerjaan yang halal. Sekurang-kurangnya Nahwah dapat pengalaman baru macam mana nak jual dan buat kek." balasku cuba memahamkan mak. 

"Apa-apalah Nahwah. Apa mak cakap kau ada je nak balas. Pasal rombongan keluarga Nukman tu kamu pertimbangkanlah. Mak berkenan sangat dengan Nukman tu. Budaknya baik pulak tu. Pandai hormat orang tua. Harap Nahwah terima sajalah senang. Umur kamu pun sudah meningkat naik." Bebelan mak mengenai rombongan meminang dari Nukman masih bersisa lagi nampaknya. 

"Baiklah mak. Tentang itu biar Nahwah fikirkan dulu macam mana." Balasku pendek bersama bayangan wajah Nukman Zahin yang kuat meracuni fikiran aku waktu ini.

"Fikir jangan tak fikir." Belum sempat aku nak memberikan salam, mak sudah letak telefon. 

Aku mula bersandar di tepi sofa. Lama sudah aku tidak bertemu dengan Nukman. Paling lama pun masa kami mengambil keputusan SPM sama-sama enam tahun lepas. Selepas itu, dia sudah memilih untuk belajar ke luar negara.  Berita mengenainya selepas itu pun aku sudah jarang mendengarnya atau mengambil tahu. Sebab kami memang tidak rapat cuma kawan biasa sahaja dan yang paling tepat kami kawan sekampung. 

Berita tentang rombongan meminang ini pun dari pihak dia sendiri pun tidak berbincang secara dua hala dengan aku sendiri. Sepatutnya dia harus berjumpa dan berbincang dengan aku dalam apa jua cara sekalipun. Kalau dia sendiri tiada kesempatan mahu berjumpa dengan aku secara fizikal, dia boleh sahaja menghubungi aku di alam maya seperti Facebook dan email. adakah itu lebih mulia dari aku terus menjadi kemurungan waktu ini. 



Calon Isteri TerbaikWhere stories live. Discover now