Bab 5

17 0 0
                                    

"Hai Nahwah! Wau bersemangat betul kau hari ni siap makan tak ajak kita orang. Kita orang lalu depan kau pun tak nampak. Bahagia betul." Wanie dan Mira duduk didepanku. Biskut di dalam tin dipecahkan dan dimasukkan ke dalam cawan yang telah dituang oleh wanie. Aku hanya melihat tingkah Wanie manakala Mira lebih suka minum kopi dahulu barulah dicicah dengan biskut.

"Kau tahu tak siapa Iffat Iftiqar?" entah kenapa aku boleh bagi soalan macam tu pagi-pagi ni.

"Siapa? Iffat? siapa pulak mamat tu?" soal Wanie kehairanan. 

"Iffat Iftiqar merupakan ahli perniagaan berjaya di Malaysia ni. Dan dialah pengarah tempat aku nak kerja ni."

"Kau ada gambar dia?" aku pelik kenapa tiba-tiba Mira nak mintak gambar pengarah di I&I Home Deco. Dah kenapa?

"kau dah kenapa nak gambar dia?" aku soal balik. Tak logik aku ada gambar mamat tu. Kalau nak sangat gunting jelah gambar dia kat suratkhabar.

"Aku nak tahulah dia handsome ke tidak. So what the point kau nak soal dekat kita orang kenal ke tak mamat tu, dah memang sah pun kita orang tak kenal." Jawab Wanie.

"Yelah aku saja je nak tanya. Mana tahu korang kenal ke." Jawabku lembut. 

Mungkin Wanie dan Mira malas mahu memberatkan otak untuk memikirkan siapa gelaran ketua pengarahku. 

"Okey lah aku dah lambat ni. Dahlah meeting pagi-pagi buta ni. kalau terlambat nahas aku! Nahwah aku gerak dulu. Semoga berjaya dalam temuduga nanti!" Wanie melambai tangan mahu beredar disusuli Mira. Aku geleng kepala melihat tingkah mereka yang kelam kabut pergi ke tempat kerja. Sudah tahu lambat, kenapa tidak gerak awal tadi?

Jam di tangan menunjukkan pukul 8.00 pagi. Memang sahlah dia orang terlambat! Aku pun dikira lambat jugak ni! sepatutnya aku kena gerak dah! Cepat-cepat aku gapai kunci kereta Alza. Kali ini aku memang tak nak terlepas untuk dapatkan jawatan itu! Kena dapatkan juga!

Aku naik tangga menuju pintu hadapan syarikat I&I Home Deco. Aku dengan segera mendapatkan lif. Disebelahku ada seorang lelaki yang sama sepertiku untuk menaiki lif. Lamanya! Jam aku menunjukkan pukul 9.00 pagi. Aduhai lif ni buat hal betullah. Hilang semangat aku. Dahlah pagi ini, aku kena berjumpa dengan Encik Iffat. Kalau lambat, nanti dicopnya aku tidak menepati masa. Lif ini pun satu hal!

"You, lif ni macam tak berfungsi je." Kedengaran suara lelaki disebelahku. Suaranya macam aku sudah kenal. Aku memandang lelaki disebelahku. Alamak! Encik Iffat la! Kenapalah aku tak boleh nak cam dia langsung? Bukannya dia pakai kaca mata hitam pun kan hari ni? Aku ni pun. Hish! Aku mengerutu di dalam hati. Sudahlah aku lambat pagi ini. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 06, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Calon Isteri TerbaikWhere stories live. Discover now