Hari ini isnin, aku masuk agak lewat. Nasib baik aku sampai dahulu dari Kak Nurul Entah mimpi apalah sampai aku lewat bangun. Nasib baik solat subuh tak terbabas sama.
Saat kaki aku melangkah masuk ke kedai, ada satu suara lelaki yang memanggilku dengan gelaran 'cik'. Aku terus berpaling pada empunya badan. Lelaki itu tidak jauh dari aku yang tengah berdiri sekarang. Orangnya tinggi lampai, putih dah serba serbi hitam termasuk dengan kaca mata hitamnya yang agak sukar untuk aku melihat raut wajah itu.
Lama juga kami merenung antara satu sama lain.
"Encik, nak beli kek ke? Ke nak buat tempahan? Atau nak jumpa dengan kak Nurul atau..." Belum sempat aku untuk menghabiskan ayat aku, lelaki itu segera mencelah.
"Saya tak nak beli kek, tak nak buat tempahan dan tak nak jumpa siapa namanya tu, nurun. Em maaf... Nurul. Er tak kisahlah...Tapi saya nak jumpa dengan Nahwah Nur Sabrina Binti Ali. Dia ada dekat sini?"
Aku terdiam apabila nama penuh aku disebut.
"Ya saya yang encik cari. Encik ni siapa?" Soalku balik.
"Boleh kita bincang kat dalam? Rasanya dekat dalam lebih sesuai untuk kita bercakap." Dia mengajukan idea dan segera masuk ke dalam kedai. Aku pula masih tercegat di sini dan tertanya-tanya siapa pula lelaki misteri tu? Entah-entah... Nukman? aku menelan air liurku.
Aku duduk berhadapan dengannya. Pada saat ini memang aku macam dipukau olehnya. Mana tidaknya, aku belum lagi memulakan tugas aku membersihkan ruangan dapur dan kerusi meja masih tidak disusun rapi. Nasib baik tadi, Aida ada boleh dia membantu dan menggantikan tugas aku sekejap.
"Baiklah saya perkenalkan siapa diri saya. Nama saya Iffat Iftiqar . Saya ketua pengarah dari syarikat I&I Deco yang awak temuduga kerja hari tu. Sebenarnya saya sengaja datang sini nak tengok kedai ini dan awak. Ya awak! Tapi jangan salah faham. Saya bukan secret admirer awak atau penyiasat yang diupah untuk siasat awak. Saya cuma nak tengok bakal pekerja saya bohong atau tidak yang selama ini dia ada pengalaman bekerja di kedai kek. Sebelum ini kakitangan kami pernah menyelewengkan syarikat kami. Atas alasan itu saya berjaga-jaga" dia kemudiannya menanggalkan cermin mata gelapnya.
Lama aku terdiam dan tidak tahu apa yang aku mahu sampaikan. Semuanya seperti tiba-tiba. Aneh betul ketua pengarah buat macam ini. Maksud aku datang mengejut dan selamba sahaja cakap macam tu.
"Mulanya memang saya terkejut dan encik sendiri sudah menjelaskan apa tujuan encik datang ke sini cari saya. Tapi..."
"Cara saya kasar?" Soalnya sambil merenung anak mata aku.
"Lebih kurang macam tu. Saya tak menipu macam staf encik. Apa yang saya letak dalam resume saya semuanya betul. Ya, saya bekerja di kedai kek. Sambil menjual saya membuat kek dan mempromosikan kek..."
Dia mencelah lagi "Okey stop! saya tidak mahu dengar tentang kek. Saya cuma nak awak hadir temuduga dengan saya seorang sahaja bermula minggu depan." Tegasnya.
"Whats?!" Rasa hampir nak meletup sahaja sekarang. Reaksi muka mamat ini macam tiada perasaan langsung!
"Kenapa pula ada sesi kedua dengan encik? Hari tu saya dah lepas tiga temuduga dan saya lepas. Maksudnya saya memang dapat jawatan tu. Surat tu pun memang dah selamat sampai ke alamat rumah saya yang menyatakan saya kena lapor diri pada minggu depan. That's mean saya tidak perlu lagi kena ada saringan. Berapa banyak lagi temuduga yang saya kena buat?" Lega rasanya bila sudah melempiaskan kemarahan namun sisa hormat masih ada.
"You tak faham apa yang I sampaikan..."
Aku geleng kepala tidak faham dan aku angkat tangan tanda ada pelanggan yang perlu aku layan kepada Kak Nurul. Seakan Kak Nurul faham dia berlalu masuk ke dapur.
"Saya minta maaf sebab saya tak faham apa yang encik cuba sampaikan sebenarnya. Bukan ke lebih baik encik cakap terus terang." Kataku cuba menahan perasaan marah.
"Just datang sahaja lapor diri minggu depan." Katanya sambil mengeluarkan sekeping nota kuning berbentuk daun dan memberikan kepada aku.
Jumpa dengan saya pada pukul 9.00 pagi di pejabat ketua pengarah
Aku membacanya di dalam hati. Kenapa perlu bagi nota sedangkan dia ada mulut. Aku mengambil nota itu dan masuk ke dalam kocek seluar. Aneh!
"Ok, nampaknya awak dah setuju. Baiklah kita jumpa minggu depan" Sempat pula dia mengenyet matanya kepadaku. Lalu dia bangun dari kerusi.
"Salam perkenalan dari saya, Iffat iftiqar." Dia menghulurkan tangannya bersama senyuman yang baru terukir di pipi. Agaknya baru tahu erti sedekah senyuman.
Aku menolak dan mengangguk kecil. Senyuman diberikan.
Akhirnya dia meminta izin dariku dan staf yang ada di sini untuk keluar. Aku sekadar memerhatikan lelaki itu masuk ke dalam perut kereta. Tidak sampai beberapa minit kereta itu sudah hilang dari pandangan mata.
"Eh, siapa lelaki tadi? Akak ingat teman lelaki kamu." Tiba-tiba Kak Nurul ada di belakang. Dia juga sama seperti aku. memerhatikan lelaki tadi masuk ke dalam kereta.
"Bukanlah kak." Aku menafikan dakwaan kak Nurul.
"Akak nampak, dia tu berkenan sungguh kat kamu. Siapa namanya?"
Mataku terbuka luas. Berkenan? agaknya mata Kak Nurul ni kena bedah siasat. Boleh nampak tadi lelaki itu seakan kerek dan acah-acah mamat berlagak namun masih kawal machonya.
"Berkenan apanya kak? Dia tu pengurus syarikat yang saya nak kerja nanti." Aku menutup mulut
Alamak! kak Nurul tak tahu lagi aku nak berhenti kerja sebenarnya. Itulah kak Nurul lah ni, banyak tanya.
Wajah Kak Nurul tiba-tiba berubah.
"Akak, saya nak minta maaf sebab tak bagi tahu awal-awal yang saya nak berhenti kerja. Surat tu datang secara mendadak. Saya harap akak tak berkecil hati." Pujukku sambil memaut lengan kak Nurul. Lama jugak kak Nurul berdiam.
"Kalau itu yang terbaik untuk Nahwah, akak ikut je. Akak cuma sedih bila Nahwah tak ada lagi kerja kat sini. Nahwah banyak tolong akak buat kerja itu ini. Alih-alih Nahwah dah nak berhenti." Dia bersuara sedih.
"Akak, tak salah kan kalau Nahwah nak cari pengalaman lain? Nahwah memang sayang sangat kat kedai ni. Tapi Allah dah tetapkan Nahwah untuk kerja kat tempat lain. Gerak hati ni yang memandu semua penentuan hidup Nahwah. Nahwah tetap ingat akak dan kedai ni. Selalu tak miss." Aku kemudiannya ketawa. Aku tak mahu air mata kak Nurul tumpah lagi. Aku tahu dia tidak sanggup melepaskanku kerana kami dah macam adik beradik.
"Sungguh ni?" kak Nurul memandangku. Aku memberikan senyuman kepadanya sambil mengganguk perlahan.
"Sengalanya untuk kak Nurulku sayang" kami akhirnya mendakap erat. Bahuku terasa satu, dua dan tiga titisan airmata jernih milik kak Nurul. Berharap masih ada insan lain yang mampu menggantikan tempatku.
YOU ARE READING
Calon Isteri Terbaik
RomancePernah ke tidak dalam hidup anda sendiri, pernah sukakan orang lain dalam diam? Jadi itulah yang terjadi ke atas Nukman Zahin yakni kawan kepada Nahwah Nur Sabrina. Sebenarnya mereka bukanlah kawan baik atau BFF tu, mereka kawan biasa aje. Tapi Nukm...