Bab 2

21 0 0
                                    

"Hai beb kau tak keje ke hari ni? Surat semalam tu kau dah baca?" Mira memberikan aku secawan kopi putih. Aku menyambutnya bersama senyuman kecil. Kami menikmati suasana malam di balkoni. 

Angin pagi membangkitkan aroma kopi putih itu. Secara tidak sengaja aku terbuai dengan bauan dari kopi itu. 

"Hari ni kan hari ahad. Cuti. Thanks tau sebab ambil surat kat peti surat. Kalau tak, habis basah surat aku." Aku menyisip secawan kopi. Fikiran kadang-kadang masih teringat empunya lelaki itu. Namun aku cuba untuk menepisnya.

"Ni mesti surat pasal tawaran kerja kan? Dapat kat mana?" Tembak Mira dan aku cepat mengiyakan. 

"Dapat kat area KL jugak. Dekat dengan Jalan Raja Chulan. Kira okey la kan dekat dengan rumah sewa kita ni." Jawab aku penuh syukur. 

Mira mengganguk perlahan-lahan. Aku tahu dia juga setuju apa yang aku katakan. Kami mempunyai rasa dan pendapat yang sama atas apa keputusan sekalipun yang dibuat. Sayangnya kami bukan kembar dalam satu rahim yang sama. 

"Kita ni kan, umur dah semakin lanjut tapi calon suami masih tidak ada." Aku memandang Mira di sebelah yang tersengih. Kenapa soalan itu tiba-tiba muncul saat ini. Fikiranku mula teringat tentang Nukman Zahin. 

"Entahlah. Muka cantik macam kau ni biasanya berlambak yang minat dekat kau. Lain lah aku ni. Tak secantik mana. Kerja pun kat kedai kek je." Luahku separuh merendah diri.

Namun soalanku dijawab ketawa mengekeh Mira.

"Kau jangan nak beza-bezakan aku dengan kau. Kita ni sama je tau. Aku kalau boleh nak jumpa dengan Mr.right. Mr.right tu mesti kena hensem, tinggi, putih, educated dan caring. Wau! Kalau aku dapat semua tu, aku tak akan lepaskan dia. " Mira sudah mula berangan ala mat jenin dia tu. Ini bukan pertama kali dia berkata macam itu.

Well... aku pun sama juga macam Mira. Mahu yang terbaik dalam memilih pasangan hidup. Tapi bila fikirkan balik, boleh ke aku dapat kesemua tu? Bagi aku, Cukuplah sekadar orang itu beriman dan dapat membimbingku ke arah yang diredhai-Nya, itu pun sudah memandai bagi aku. Betulkan? Tak semua orang sempurna dalam hidup ini. 

"Kau punya taste sama je macam aku. Bukan aku seorang, perempuan dalam dunia ini pun nak yang sama macam kau punya taste tu. Persoalannya sekarang, masih relevan ke semua taste tu untuk zaman sekarang ini. Cukuplah orang tu baik, jaga solat, terima kita dan keluarga kita seadanya pun dah cukup memadai. Soal rupa tu kalau dapat memang bonus." Kataku lebar.

Mira terus memandang tepat ke muka Nahwah. Pipinya mula memerah seakan diceramah walaupun niat Nahwah hanya sekadar gurauan semata-mata.

"Kau ni macam pelik je hari ni aku tengok. Banyak termenung sejak semalam. Kau kenapa? Ada masalah?" 

Aku terdiam. Lama kemudian baru aku bersuara apa yang bersarang dalam kepala otak aku ini.

"Semalam mak aku beritahu ada seorang lelaki ini masuk meminang aku tanpa pengetahuan aku sendiri. Aku dah tak tahu macam mana nak buat. Nak terima macam aku ni terima saja bulat-bulat lelaki tu dan nak tolak pula takut hampakan perasaan orang tua aku. Sebab diaorang dah kenal latar belakang dan keperibadian lelaki tu." Ujarku memandang tepat bebola mata Mira.

"Siapa nama lelaki tu?" Soal Mira terasa ingin tahu.

"Nukman Zahin bin Che mat. Cukup itu saja yang kau perlu tahu." Balas aku. 

Mira merenung kawan baiknya lama. "Soal jodoh ini kita serahkan saja kepada Allah. Dia sahaja yang boleh berikan kita jalan keluar dari masalah. Semakin lama kau fikir semakin lama kau buat keputusan. Aku cadangkan kau doa banyak-banyak. Kalau lelaki itu baik, dia akan jumpa sendiri dengan kau nanti kenapa dia buat macam tu. Aku tak rasa lelaki itu desperate." Kata Mira membuatkan aku berfikir lama tentant dua ayat terakhir. 

"Apa maksud kau tentang desperate? dia bukan macam tu. Aku kenal dia siapa dan macam mana orangnya." Keperibadian Nukman amat matang orangnya. Bijak berkata-kata dan sangat gentleman. Sesiapa yang baru mengenalinya pasti akan terpikat tetapi bukan aku. Eh! tadi bukan ke aku baru puji dia dalam hati?

Mira ketawa kecil. "See? kau kenal dia bukan? maksudnya dia tu lelaki yang boleh diharap. Kalau tidak kenapa beriya keluarga kau minta kau terima dia sebagai seorang suami. Lebih mendalam lagi imam kau." Tekan Mira yang sudah berjaya membuatkan mulut aku terkunci.

Haih! 

"Masalah utamanya aku memang tiada apa-apa perasaan untuk dia. Perasaan cinta dan sayang. Kau faham kan?" Soalku pula. 

"Soal cinta dan sayang ini berbalik kepada hati kau sendiri. Sekarang aku nak tanya, kau sudah ada kekasih hati?"

Soalan Mira membuatkan aku tersembur. "Kau lebih kenal aku Mira. So far, mana ada lelaki dalam hati aku ini."

Mira mengurut lengan aku. "Jadi, apa salahnya kau buka hati kau untuk seorang lelaki bernama Nukman Zahin bin Che Mat. Kau dan aku sama sahaja Nahwah masing-masing memerlukan lelaki dalam hidup. Sampai bila kita nak sunyi macam ini." Aku berkerut mendengar ayat Mira kali ini.

"Kau sihat ke tak ini Mira?" Aku menyentuh dahinya. 

Mira makin galak ketawa. "Kau kuat berlakon kan?"

Aku geleng kepala. "Sejak bila aku kuat berlakon? kau je hari ni banyak sangat keluar ayat-ayat yang buat aku tercengang. Lain macam dah sekarang." Balas aku.

"Well... Kita kena keluar dari zon selesa."

Aku geleng kepala tanda tidak faham maksud itu.

"Maksud aku, hidup dalam berfalsafah. Hidup dalam ada maknanya."

"Okey... Okey... Hentikan semua ini. Aku nak basuh kain aku. Kau dah basuh kain kau tadikan? Sekarang giliran aku pula."

"Okey!" Mira ketawa lagi. Aku tak pasti adakah ketawa itu memang sahaja nak kenakan aku atau sebaliknya. Aduhai Mira!



Calon Isteri TerbaikWhere stories live. Discover now