Bab 4

12 0 0
                                    

"Eh! Orang tu dah dapat kerja barulah." Em, sengajalah tu budak dua ekor tu. Ada saja nak menyakat aku. Pantang aku nak bersenang lenang, ada saja yang mengacau aku menonton drama malam-malam macam ni. Selalunya waktu macam ini waktu mereka ke alam mimpi.

"Korang ni dah kenapa? Jeles ke?" sakatku. Sengaja nak cipta kekecohan. Kalau tak kecoh tak best lah jawabnya. Bosan kalau sehari tak borak dengan dia orang ni. Dia orang ni dahlah gila-gila. Bercampur dengan aku yang bengong bertambahlah haru biru jadinya.

"Mula kerja esok jangan buat perangai tau. Nak pikat boss la. Nak gedik sana sinilah. Nak itu lah nak ini lah." Amboi Wanie, dia ingat aku ni macam tu ke? Sorry to say la my dear friend. Aku bukan kaki gatal macam dia orang cakap kan tadi. 

"Eh! sebelum kau masuk kerja tu, kau pandang-pandang lah sikit lelaki kat opis kau tu. Ada ke yang kacak lagi bergaya? Kalau ada bagi lah dekat aku." Amboi Wanie ni. Habis tu Huzairil tu nak letak dekat mana? Dekat dahi? Dekat lutut? Tahan gatal jugak minat ni. Tak cukup yang satu nak yang lain.

Aku geleng kepala.

"Habis, Airil kau nak letak dekat mana? Kasi aku ajelah kalau macam itu. Daripada aku solo je, lebih baik berdua. Kan, Nahwah?" Aku menunjukkan ibu jariku kepada Mira. Tanda sokongan padu!

"Emm...bagus sangat tu, kesudahnya Wanie yang solo." Seloroh aku.

Mataku beralih semula ke kaca tv.

"Kau pun sama Nahwah. Cakap kita orang, kau pun sama jugak." Aku turut sama ketawa kecil. Aku juga yang terkena. Aku geleng kepala. 

"Alah, Nahwah mesti dengan mr.secret admirer dia. Tak kesudahnya dia tu. Feeling je lebih." Mira menambah membuat aku malas nak melayan.

Tiba-tiba telefonku berdering meminta untuk aku menjawab. Tertera 'mak' di atas skrin telefon.

"Ha, mak." Jawabku di talian selepas suara mak dalam keadaan terputus-putus. Nasib baik Mira dan Wanie sudah berangkat naik ke atas. 

"Kamu ni, bila mak tanya pasal Nukman, kamu sengaja elak kan? Bila kamu nak bercinta ni? Mak tengok kau sibuk dengan hal sendiri." emak sudah membebel di talian. Mana tidaknya, kalau tidak sehari, selang beberapa jam asyik memintaku agar menerima Nukman untuk dijadikan suami. Boleh lemas kalau berkeadaan seperti ini. 

Calon Isteri TerbaikWhere stories live. Discover now