1

143 2 0
                                    

NURIN FAI'QAH mengelap air matanya dengan sapu tangan berwarna hijau di tangannya. Aku tidak menyangka ibu pergi terlalu awal daripada diriku. Banyak kenangan manis yang tercipta bersamanya.

"Nurin, salam takziah dari keluarga aku. Bawa banyak-banyak bersabar kawan. Aku balik dulu" peluk Nur Hanis. Dialah sahabat yang setia dengan aku sehingga sekarang. Aku membalas pelukan dia. Hanis hilang dari pandangan selepas itu.

Aku melihat kubur ibu yang disaluti bunga yang baru ditabur atas tanah
Diusapnya batu nisan ibunya sambil menangis lagi.

"Ibu, Nurin balik dulu ya ibu. Nanti nurin datang lagi. Assalamualaikum ibu" aku mengangkat punggung. Aku melipat tikar lalu di kepitkan di celah tangan.

"Nurin" aku memandang ke belakang apabila ada lagi insan yang belum beredar dari tapak perkuburan itu.

"Aku bawa kau balik, abang kau dah balik dulu" pelawa Shahrul Nizam, abang aku memang aku sudah agak balik dulu kerana sikap isterinya yang tidak menghormati keluarga kami.

Aku mengganguk sahaja pelawaan Shahrul itu lalu membuntuti dia dari belakang. Sejurus aku masuk ke perut kereta, aku lalu merebahkan kepala ke tepi.

"kau mesti kuat tau Nurin, tak semua manusia dapat kuat" pesan Shahrul sambil fokus terhadap pemanduannya.

"aku tak kuat Shah, kenapa semua orang yang aku sayang semua hilang? Tuhan tak sayang aku ke shah? " kali ini air mata aku mengalir laju. Sambungan air mata di kubur tadi. Aku mengelap air mata dengan hujung lengan baju kurungku.

"Nurin, tak baik cakap macamtu. Semua orang sayang kau, abang kau, mak cik kau, aku, kawan kau, siapa tak sayang kau nurin?" jelas Shahrul. Jika benar Tuhan sayang aku kenapa dia ambik orang yang aku sayang?

"aku penat Shah, lepasni tak ada orang lagi buat tempat aku mengadu, tempat aku bemanja, ayah ibu dah pergi, abang pula ada isteri, aku nak duduk mana Shah? Ya Allah beratnya ujian aku" air mata membasahi pipi lagi sekali. Ujian ini sangat berat untukku.

Shahrul memarkir keretanya di bahu jalan dan menarik brek. Dia memandang aku. Aku sudah rasa tidak selesa dengannya apabila dia memandang begitu.

"kau dengar ni, tak semua manusia dapat sabar Nurin, tak semua manusia dapat buang benda pahit dalam diri dia dan tak semua manusia terus tabah dan jalani hidup mereka dengan baik. Aku tahu kau sedih tapi kau jangan salahkan takdir atas semua berlaku. Pegang ayat ni, semua yang hidup pasti mati bila ajalnya menjemput. Kau jangan macamni, kuat sikit Nurin, aku tahu kau kuat. Aku sokong kau dari belakang. Percayalah" kali ini nasihat Shahrul sangat-sangat mendalam menyebabkan air mata aku berhenti mengalir. Tiba-tiba aku rasakan kekuatan dalam diri aku datang dan meresap masuk ke hati.

Shahrul menyambung pemanduannya sehingga ke rumah peninggalan ibu dan abah. Rasa tak berdaya aku nak balik ke sana tapi aku perlu juga. Selepas ini, aku perlu sediakan fizikal dan mental apabila berserumah dengan abang kelak.

.
Tbc..

DEMI DIAWhere stories live. Discover now