8

35 1 0
                                    

KRINGGGG! telefonku berbunyi. Hujung minggu yang sangat membosankan. Aku kerling nama yang tertera di skrin telefonku. Mamat hati batu is calling.

Shahensem

Assalamualaikum bakal isteri
Waalaikummusalam Shah. Kenapa call?
Kau kat mana? Jom keluar?
Aku kat rumah je kenapa? Keluar? Pergi mana?
Pergi mana-mana je asal keluar
Temankan Nurin pergi kedai buku jap nak beli buku rujukan. Tak banyak satu je
Ok jom lagi 15 minit aku ambik kau.

Aku membersihkan diri sebelum Shahrul menjemputku kelak. Niat hati memang mahu keluar untuk membeli buku rujukan tapi duit aku cun RM30 je. Tambang grab dah berapa belum lagi harga buku yang aku nak beli.

"Eh nak keluar? Menyundal? Heh memang patut" sindir Kak Mel tiba-tiba selepas aku keluar dari bilik untuk bersedia sebelum Shahrul sampai.

"Jaga mulut sikit" jawabku. Sebelum melilitkan shawl, aku mensisihkan rambut dan menyanggulnya sederhana tinggi.

"Pandai melawan? kau ingat sikit kau tu tumpang rumah aku" kata Kak Mel lalu ditunjalnya kepalaku. Aku tidak berganjak dari tempat aku berdiri.

"Aku tahu sebab tu aku tak nak cakap lebih-lebih" jawab aku. Terserahlah orang nak aku derhaka pada orang tua. Dia tak tahu manusia di hadapan aku inilah paling kejam sekali.

"Dah habis menyundal nanti bagi sikit duit kat aku" pesan Kak Mel selepas aku berlalu pergi ke pagar untuk keluar.

"Ye nanti aku bagitahu kat semua yang kau dengan anak kau yang sundal sebenarnya. Ingat aku tak tahu kau ada scandal? Buka mata luas bossku. Anak yang kau sanjung tu dah tak ada dara. Nak aku bongkar kat abang?" ugut aku sebelum berlalu pergi.

"Kurang ajar punya budak! Sial kau tunggu nanti!!" jerit Kak Mel tak tentu arah. Aku ketawa jahat.

***

KERETA Shahrul berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah abang. Cuaca tengahari itu seakan-akan mendung membuatkan aku resah sekali. Sudahlah tidak bawa payung cuaca begini lagi.

"Kau senyap je dari tadi, ada masalah ke seminggu kena tinggal?" tanya Shahrul. Mukanya fokus akan pemanduannya di jalan raya.

"Tak ada apalah" jawab aku sambil mataku memandang ke luar tingkap.

"Kau nak beli buku rujukan je kan tadi?" Shahrul menanya ku kembali.

"Haah buku rujukan Sejarah"

"Oh ada duit tak?" tanya Shahrul lagi. Aku memandangnya sekilas.

"Mestilah ada , kalau tak ada mesti aku tak setuju nak keluar dengan kau" jawab aku yakin. Shahrul meletuskan ketawanya.

"Ish ketawa pula" bibirku muncung tanda merajuk

"Sengettt betul , asyik nak merajuk je" Shahrul mengetuk kepalaku perlahan. Aku menggosokkan kepala yang sakit dek ketukan Shahrul.

"Tak lama lagi puasa kan? Sunyi pulak tahun ni tak dapat puasa dengan arwah ibu dah" emo aku. Kepala ditundukkan ke bawah.

"Puasa dengan aku. Confirm kau suka" aku menjeling Shahrul di sebelahku.

"Ngokk, kau mestilah best ada mak ayah lepastu ada adik beradik, ada girlfriend dapat buka puasa sama-sama" kataku. Cemburu itu seharusnya ada apabila aku tidak mempunyai keluarga selengkap itu.

"Eh ke situ pula. Weh aku nak tanya ni, nanti raya ikut aku balik kampung nak tak?" tanya Shahrul keriangan. Amboi dia suka!

"Kampung kau kat mana?" tanya aku lagi. Kali ini aku seakan-akan berminat untuk follow Shahrul balik kampung dia. Lama tak balik kampung.

"Kat Sarawak. Nanti dapat kenal mak ayah aku ecehwahhh" jelas Shahrul. Aku menjeling manja.

"Uishhh apasal kena kenal dengan mak ayah kau? Bukannya aku awek kau pun" ujar aku. Shahrul tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Aku tanya ni nak ikut ke tak?" tanya Shahrul lagi. Eh main paksa ke apa ni?

"Jauhnya, nanti abang dengan Kak Mel kata benda bukan-bukan pula" aku memikirkan semula. Ada baiknya aku ikut, dapat kenal negeri orang kan? Buruknya pula nanti apa kata abang dengan Kak Mel.

"Hal tu kau jangan risau. Nanti aku bincang dengan Nabil. Confirm dia bagi, asal aku tak lebih-lebih katanya nanti. Nak ke ikut aku?" Shahrul menanya lagi untuk kepastiannya.

"Nak nak"

"Alhamdullilah, mak!! Shah bawa balik menantu untuk mak raya nanti" jerit Shahrul dalam kereta. Aku memukul lengannya yang sasa.

"Nurinn!! Sakit!" jerit Shahrul kesakitan. Maka perlahan saja aku pukul, dasar lelaki!

"Aku bukan awek kau lah" kataku lagi.

"Ye, harini bukan nanti nanti y asyiappp" jawab Shahrul dengan yakinnya.

"Eee Shah bahhhh!!!"

Shahrul terus membelokkan keretanya ke simpang kiri untuk ke kedai buku yang aku maksudkan tadi.

.
Tbc..

DEMI DIAWhere stories live. Discover now