7

40 1 0
                                    

MALAM ITU aku makan bersama buat kali pertama di rumah abang. Seminggu aku duduk situ, hari inilah aku dapat makan sama-sama dengan keluarga abang.

"Baca doa Nurin" ujar abang. Aku membaca doa makan selepas itu kami pun makan macam biasa.

"Nurin, basikal kat luar tu Hanis bagi pinjam ke apa?" tanya abang. Hampir tersedak aku apabila abang menanya aku soalan itu.

"Adik b tu bukan nak bersyukur, sayang ajak naik kereta dia tolak pulak" sampuk Kak Mel. Aku menjeling mata dia tajam. Naik meluat aku dengar. Acah baik! Abang menggeleng kepala dek hasutan Kak Mel itu.

"Nurin ni kenapa? Kak Mel ajak baik-baik tu ditolak kenapa? Kan menyusahkan je" aku menelan nasi yang masih berbaki dimulut sebelum aku berbicara.

"Ehem, abang. Dalam dunia ni tak semua manusia yang abang tengok depan mata tu baik tau, kadang-kadang 'orang tu lah' yang paling jijik menindas orang macam kita. Bak kata pepatah, rambut je sama hitam tapi hati tu busukk lain-lain" aku sekolahkan Kak Mel dan Mariana. Aku menjeling mereka sekali. Cuak weh, takut ke?

"Apa kau merepek ni? Ni sekolah macam mana? Tadi Kak Mel kata kau tak sekolah, malas katanya. Betul tak?" tanya abang lagi. Aku tersenyum sengih. Ada juga dia mengadu kat abang pasal aku tak sekolah tadi. Sempat cari salah orang.

"Haah ayah, tadi Kak Nurin tak sekolah pun. Malam tadi adik dengar dia tengah call manja-manja dengan siapa entah dalam bilik" Mariana membatu api kepada abang. Aku diam sahaja. Sekali orang bukak aib aku, beribu kali juga aku boleh buka aib orang tu.

"Eh Nurin betul ke apa abang dengar ni?" aku menghabiskan nasi di pinggan lalu di suakan ke dalam mulut.

"Dia mana mengaku b, buat jahat pandai mengaku mana tak. Kan Maria?" kata Kak Mel lagi. Aku meneguk air kosong itu untuk memudahkan nasi ku masuk terus ke perut.

Aku berdehem sedikit.

"Abang, Nurin nak bagitahu ni. Sekali orang buka aib kita di dunia ni, dekat akhirat nanti berlipat kali gandanya Tuhan buka aib kita. Ohya lagi satu, jangan kata Nurin buta. Nurin masih boleh nampak abang , mana baik mana buruk. Abang, Nurin nak tanya ni" jelasku lagi. Kali ini aku mahu Kak Mel dan Mariana terasa dengan statement ni.

"Apa dia?"

"Curang tu berdosa kan abang? Berzina pun dosa kan? Bukan apa Nurin tanya, adalah sesetengah 'manusia' tu buat benda tu tanpa kita sedar" aku sengaja menekankan perkataan manusia itu didepan Kak Mel dan Mariana. Terasa? Dia punya hal.

"Sangat berdosa. Semua kat sini jangan sesekali berzina ya. Berdosa besar" aku tersenyum sinis di hadapan Kak Mel dan Mariana. Mereka berdua saling berpandangan.

Aku terus angkat menuju ke dapur untuk mencuci pinggan aku. Aku rasa puas boleh kata begitu di hadapan Kak Mel dan Mariana. Janganlah kita menggangap diri orang yang lemah adalah lemah selamanya. Salah. Aku puas melihat muka Kak Mel dan Mariana yang cuak takut rahsia terbongkar.

Jangan kata aku fitnah weh. Aku nampak depan mata aku sendiri. Nak kata sepupu tak jugak, sebab saudara mara duduk jauh di perantauan. Kebetulan aku nampak figura itu mencium mulut Kak Mel. Memang sah!

Si Mariana pula, di sekolah aku selalu dengar orang kata sepupu aku tu 'sund**' , aku mulanya memang marah sebab tak ada bukti lepastu memfitnah. Jadi aku masih berfikiran positif. Hinggalah satu hari, aku stay up sebab ada kokurikulum aku dengar ada bunyi orang tengah 'berbuat' di dalam stor sukan. Aku ulang , dalam STOR SUKAN. Aku trylah hendap manalah tahu kawan aku ke apa sekali tu sepupu aku sendiri weh. Aku ulang, SEPUPU AKU SENDIRI.

Dah lama kisah tu, dalam 2 bulan lepas tapi aku rahsiakan sebab aku tak naklah buka aib orang tak baik. Mungkin ada orang tanya kenapa tak sergah je diorang masatu? Kebetulan cikgu Hadi datang ke stor sukan nak ambil kayu hoki. Di situlah aku nampak sepupu aku dan seorang lelaki pura-pura mencari alatan sukan.

Dia nampak aku? Mestilah tak. Aku cepat-cepat pergi dari stor sukan itu. Itulah aku cakap, aib orang jangan dibuka sebab bila aib kita di buka sangat teruk padahnya.

Ah, cukuplah. Baik aku sambung buat kerja sekolah dari aku bersemuka dengan syaitan yang bertopengkan MANUSIA!

.
Tbc...

DEMI DIAWhere stories live. Discover now