6

39 1 0
                                    

HARI INI aku terlepas untuk bangun pagi ke sekolah kerana jam aku habis bateri pula. Aku kerling jam di telefon, jarum menganjak ke angka 7.30 a.m. Aku terasa hati dengan Kak Mel, kalau dia tahu aku bangun lambat salah ke dia kejut aku sekali? Ingin ke sekolah tetapi lambat sudah. Aku mengeluh berat

"Eh tak sekolah ke? Dasar pemalas" sindir Kak Mel selepas aku mencapai tuala ingin membersihkan diri. Petang ini aku perlu ke rumah Hanis untuk mengambil basikal yang dipinjamkan oleh Hanis kepada aku.

"Lambat bangun" jawab aku ringkas terus aku meluru ke bilik mandi.

"Eh bangun lambat confirm chat boyfriend kan? Gatal kau tu perangai cam sial" Aku masih ok bila dia tuduh aku macam-macam. Biarlah dia, itu urusan Kak Mel dengan Tuhan. Malas mahu bergaduh terus aku masuk ke bilk mandi daripada layan orang gila dalam rumah.

"Heh dasar pemalas nak pergi sekolah!!" jerit Kak Mel dari luar bilik mandi. Macam biasa , aku mengendahkan sahaja dia di luar sana. Anjing menyalak tahulah dia berhenti.

***

PETANG ITU seperti di janjikan, aku ke rumah Hanis berjalan kaki dari rumah abangku. Bolehlah jauh demi basikal untukku ke sekolah, aku sanggup bersusah-susah dahulu sebelum aku senang.

20 minit berlalu barulah aku tiba di perkarangan rumah Hanis. Rumah agam besar persis rumah orang Itali yang kaya-raya. Masuk kali ini, sudah 3 kali aku ke rumah Hanis.

Ting tong! Loceng rumah Hanis ku tekan. Selepas itu, gate rumahnya terbuka sendiri muncullah seorang figura yang aku kenal, Hanis.

"Eh Rin jomlah masuk mesti kau penat kan?" pelawa Hanis. Aku membuntutinya dari belakang.

"Marilah masuk Nurin" pelawa ibu Hanis, Datin Aliyah. Aku meleretkan senyuman ke arah dua beranak ini.

"Oi tadi kau tak sekolah petang ni dapat pulak kau ke sini? Sakit eh?" tanya Hanis selepas mengambil tempat duduk di hadapan aku.

"Aku lambat bangunlah Hanis" jawab aku mendatar. Bibik Rina datang membawa sedulang air untuk aku.

"Jemput minum Cik Nurin" pelawa bibik Rina. Aku menyambut gelas kaca itu dengan berhati-hati.

"Terima kasih bik"

"Apahal kau boleh bangun lambat?" tanya Hanis tidak puas hati. Selama ini aku mana tak pernah tak datang sekolah.

"Mungkin aku penat kot Hanis, semalam aku kan pergi balik jalan kaki, dahtu malam buat kerja sekolah. Kena buli lagitu. Lepastu jam aku pula buat hal" rungut aku kepada Hanis. Dia sentiasa mendengar rungutanku.

"Kau sabarlah Rin. Nanti kau balik pakai basikal tahu. Simpan baik-baik, nanti kalau kau tak rasa nak pakai dah ke atau dah ada kenderaan sendiri ke kau hantarlah. Pakai baik-baik. Aku ok je kalau kau nak pinjam" kata Hanis memesan kepada aku. Baru aku ingat hari ini abang balik.

"Hanis, terima kasih tahu sebab bagi aku pinjam basikal kau untuk aku guna pergi sekolah. Aku hargai kau sangat-sangat" ujarku beremosi. Hanis meluru ke arahku dan lantas memeluk aku. Aku bersyukur apabila Hanis dapat berkawan dengan aku walaupun aku banyak kekurangan.

"Haa sudahlah jangan buat drama sini, sama-samalah Cik Nurin" jawab Hanis selepad meleraikan pelukan. Datin Aliyah hanya menggelengkan kepala melihat kami berdua seperti itu.

Sebelum pulang, Datin Aliyah menjemput aku minum petang. Dia memberitahu aku bahawa dia membuat Kek Cheese itu untuk aku selepas Hanis memberitahu hajat aku ke mari.

Aku mengayuh basikal pulang ke rumah abang sebelum hari berganti senja. Takut pula hati aku jika abang tahu aku meminjam basikal dari Hanis. Ah, nanti pandai-pandailah memberi alasan.

.
Tbc..

DEMI DIAWhere stories live. Discover now