4

51 1 0
                                    

JALAN KAKI pergi sekolah bukanlah perkara yang aku pernah fikir selamani. Dulu aku pernah minta izin dekat ibu nak jalan kaki pergi sekolah tapi dihalangnya baik kerna dia tahu banyak benda boleh berlaku.

Tapi ni kali pertama aku terpaksa jalan kaki setelah di paksa oleh kakak ipar aku, Kak Mel. Anak dia pula dia hantar pakai kereta dapat sampai ke depan sekolah dia hantar. Aku redha.

"Haiss penatnya" monolog ku sendiri. Aku tersandar dinding sebelah kiri. Hanis yang melihatku pelik terus mendapatkan aku.

"Kau pahal do peluh-peluh pagi macam ni" tanya Hanis yang risau akan kewujudan aku di situ.

"Aku jalan kakilah" decit aku. Bukan aku tak bersyukur cuma cara Kak Mel layan aku dengan anak dia macam langit dengan bumi je.

"Serius ah Rin?" terbuntang mata Hanis mendengar. Dia mana nak percaya, pergi sekolah driver hantar weh.

"Ye, sepupu aku sorang tu pula kakak ipar aku siap hantar pakai kereta lagi" merajuk aku. Aku mengesat peluhku di dahi dengan menggunakan sapu tanganku.

"Bapak ah! Kau tak bagitahu abang kau ke pasal ni? Melampau betul pilih kasih lah kakak ipar kau tu" sindir Hanis. Dia mencengkak pinggang, amarah datang kepada dia.

"Tak apalah, baru hari pertama. Esok-esok aku rembat ja basikal kat rumah jiran-jiran aku ke" terletus ketawa aku apabila berkata begitu.

"Eh jap, aku ada basikal kat rumah. Kalau kau nak pinjam boleh je, sampai kau ada kenderaan persendirian ecehwahh" pujuk Hanis. Ini aku suka dekat dia, suka tolong aku walaupun aku tak mintak. Mak ayah dia pun ok dengan kehadiran aku dalam hidup anak perempuannya ini.

"Boleh ke Hanis? Aku takut sampai rumah basikal kau hancur kakak ipar aku rosakkan ke. Kita mana tahu" kata aku lagi. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Macam Kak Mel tidak dapat tengok aku bahagia sikit mulalah nak rosakkan.

"Yang tu kau jangan risau, kau bagitahu kakak ipar 'tersayang' kau tu, kawan aku akan saman kau kalau kau apa-apakan basikal ini" kata Hanis dengan lagaknya. Perkataan 'tersayang' sengaja ditekankan oleh Hanis untuk menyakitkan hati aku adalah.

"Bolehlah, bila aku boleh pinjam basikal kau?" tanya aku dengan harapan esok aku tak perlu jalan kaki lagi.

"Esok petang, hehehe esok kau pergi sekolah jalan kaki dululah ye" aku mencebik. Punyalah ingat dia suruh aku pinjam petang ni.

"Alololo merajuk, esok petang tau. Tak apa, esok last day kau jalan kaki" pujuk Hanis lagi. Kali ini aku betul-betul tercuit hati dengan Hanis. Selepas itu guru kelas 5 Seroja masuk ke dalam kelas untuk mengambil kedatangan.

***

NABIL mengambil tempat duduk di hadapan aku setelah training petang itu habis. Aku ada juga terdetik untuk menanya dia tentang Nurin, adik bongsunya.

"Er Bel" Nabil menoleh ke arah aku. Sambil-sambil itu juga dia mengelap keringat peluhnya di dahi dan sekitar leher.

"Haa apahal?"

"err Nurin apa khabar hahaha tiba-tiba tanya pula" kata aku menutup malu.

"Dia baik ja Shah, makan cukup, makin busy biasalah budak nak ambil SPM" jawab Nabil dengan riak biasa.

"Ni aku tengok kau macam angau je dengan adik aku. Ada apa-apa ka bro?" tanya Nabil lagi sambil mengangkat keningnya ke atas. Gulpp, aku menelan air liur.

"Weh Bel, kau ada nombor adik kau tak? Send kat aku jap. Nak buli dia suruh ambil kita lusa" kataku. Padahalh niat mahu usya si Nurin.

"Haa nanti balik bilik aku send number dia" jawab Nabil sebelum mereka diarah turun ke padang dengan segera. Aku terus angkat berlalu pergi ke padang. Esoklah hari penentuannya! CHAIYOK

.
Tbc..

DEMI DIAWhere stories live. Discover now