3

59 1 0
                                    

KUNCI rumah yang tersangkut di dinding terus dicapai oleh aku. Hon dibunyikan oleh Shahrul. Aku menjeling ke arahnya.

'Ishh tak pandai tunggu ke? Dahlah belum kahwin' kata hatiku. Selepas mengunci rumah terus aku masuk ke perut kereta Shahrul.

"Lambat betul" kata Shahrul lalu mengundurkan keretanya dari perkarangan rumah ibu.

'Ibu, Nurin terpaksa pindah ke rumah abang. Nurin minta maaf ibu' omel hatiku. Rumah ibu hilang dari pandanganku.

"duduk rumah abang mesti rajin tau" pesan Shahrul sambil memandu

"Ya, tau"

"Lepasni aku busy tak pat jumpa kau" kata Shahrul tiba-tiba. Dah kenapa laki ni?

"bukan aku nak jumpa kau pun" ajuk aku. Aku tahu dia busy sebab minggu depan abang pun busy sama juga. Mereka pergi ke Terengganu ada friendly match dengan pasukan sebelah sana.

"Mana tahu kau rindu" kata Shahrul. Aku terus memandang dia dengan mengecilkan mataku kepadanya.

"Tak kuasa, pergilah lama-lama sana" ujarku. Shahrul akhirnya mengalah. Dia terus memandu ke destinasi yang dituju.

"Ok kita tengok nanti" kata Shahrul menggugut. Dia memang suka menggugur perempuan tapi dia caring orangnya. Kali pertama jumpa dia mesti orang ingat dia bapak orang sebab jambangnya yang tumbuh tanpa dicukur membuatkan dia persis seperti bapa orang.

***

SHAHRUL memarkirkan keretanya di hadapan rumah abang. Kak Mel yang perasan akan kehadiran kami terus mendapatkan aku diluar.

"Eh Shah, jomlah masuk dulu, Mel buatkan air" dengan lelaki lain bukan main dia mesra layan bagus-bagus tapi bila dengan aku haram jadah di tengkingnya aku.

"Er tak apalah, aku hantar Nurin je" senyum dia kepada Kak Mel. Aku menjulingkan biji mata ke atas. Terasa menyampah pula.

"Nurin, sini jap" panggil Shahrul. Aku yang di pagar itu terus meluru ke Shahrul yang dekat di keretanya.

"Aku balik dulu, kau jaga diri. Dengar kata Kak Mel. Kalau rindu call aku" bisik Shahrul ke telinga. Aku sedikit melangkah ke belakang apabila dia mula membisik.

"Yelah, Nurin masuk lu. Terima kasih hantar" ucapku lalu menolak beg bagasi ke dalam kawasan rumah.

"Bye Shahrul" ucap Kak Mel. Menggatal!

***

KAK MEL mencampak penyapu ke arah aku. Aku baru je sampai bilik nak susun baju, susun tempat tidur pun dia tak kasi. Korang boleh tengok dia dengki tahap macam mana dengan aku. Aku menjeling matanya akhirnya aku mencapai juga penyapu itu. Tak apa, masih hari pertama aku masuk dalam 'kandang' ini.

"Tetamu ke tak tetamu kau mesti buat juga" kata Kak Mel. Aku mana dengar terus menyapu ruang tamu. Mungkin mereka akan ingat aku kurang ajar dengan orang tua sebab mereka tak pernah dilayan teruk sebegini. Kali ini aku mana boleh diam, bertindak perlahan-lahan.

"sana tu sapu masih kotor tu" arah Kak Mel. Malas mahu berkelahi bagus aku ikut sahaja kehendak. Aku menyapu di bahagian yang di tunjuk itu.

"Lepasni aku nak masak, kau jangan masak nasi dengan lauk yang aku masak" jelas Kak Mel. Tiba-tiba ada seorang perempuan yang sangat dia kenali muncul dari depan pintu.

"Eh Kak Nurin dah sampai" kata sepupunya yang muda lima tahun darinya. Aku hanya meleretkan senyuman kearahnya.

"Jadi kuli? Bagus nanti basuh gak baju aku" arah Mariana. Aku sengaja mendiamkan diri, nak tengok sampai mana mereka boleh buli aku.

"Lambat betul buat kerja, sapu bersih-bersih" aku mengambil penyedok lalu membuang sisa debu ke atas penyedok.

"Boleh jadi raja ni. Ayah tak ada seminggu" ujar Mariana kepada Kak Mel dengan nada sinis. Ceh, umur pun baru masuk tingkatan 1 dah pandai membuli.

"Hahahaha boleh je sayang, jom biar je kuli tu bersihkan rumah" kata Kak Mel lalu memeluk Mariana dan berjalan ke arah dapur. Kalau tak kerana abang, aku tak akan jejak kaki ke sini.

***

PENATNYA hari ini ingatkan mahu berehat saja selepas menyapu tadi. Disuruhnya susun sofa ke sana, alihkan almari ke situ. Bersihkan cermin, tingkap, pintu semualah.

Kringg! Telefonku berbunyi. Aku mencapainya di sebelah aku. Ku lihat nama yang tertera di skrin.

Abang Nabil is calling..

Hello abang
Haa Nurin, nanti ada peguam telefon kamu. Nak bincang pasal wasiat ibu dan ayah. Kamu bincang dengan dia di telefon tarikh jumpa. Pastikan masa tu semua ada.
Eh, abang tak call ke dia?
Abang suruh kamu je. Abang busy kat sini. Kamu tetapkan tarikh dab tempat ye
Ye baiklah

Selepas aku mematikan panggilan, aku segera melabuhkan badan ke katil semula. Dahlah perut aku kosong je dari tadi. Nak makan orang tak kasi makan. Makin kuruslah aku, Ya Allah.

.
Tbc..

DEMI DIAWhere stories live. Discover now