"Haish.. Dimanalah perginya si budak Rison itu. Sudah ku pesan supaya tidak merayau terlalu jauh atau terlalu lama. Risau rasa hati ni.."
Nek Kirana berasa sangat risau akan anak jagaannya yang dianggap cucunya itu kerana masih tidak pulang ke tempat mereka hendak berniaga itu.
"Hai Nek Kirana. Jual apa ni. Macam menarik" kata seorang pemuda tersenyum sinis.
"Apa lagi yang kamu mahukan Holl? Tak habis habis nak menggangu aku" kata Nek Kirana berang.
"Masih tak mahu bercakap dengan aku lagi ke Kirana? Apa lagi yang boleh aku buat untuk kau maafkan aku?" mohon Pakcik Holl.
"Kau tak perlu buat apa apa Holl. Cukuplah apa yang kau dah buat selama ini. Aku dah lama maafkan kau tapi itu bukan alasan untuk aku lupakan perbuatan kau" jelas Nek Kirana.
Pakcik tersentak dek kerana kata-kata Nek Kirana yang boleh dikatakan mendalam itu. Dia kelihatan muran dan tidak bertenaga lagi dihadapan Nek Kirana.
Merajuk la katakan..
"Eh apa yang kau mahukan sebenarnya Holl. Tiba-tiba sahaja kemari?" ujar Nek Kirana yang ingin meredakan keadaan.
"Sebenarnya aku ada sesuatu ingin bertanya kepada kau Kirana" kata Pakcik Holl yang kembali bertenaga secara tiba tiba.
"Penting sangat ke?" tanya Nek Kirana yang acuh tak acuh melayannya.
"Tentang anak jagaan kau.."
Jawapan ringkas Pakcik Holl membuatkan pergerakan Nek Kirana yang dari tadi mengemas barangan jualannya terhenti seketika..
---------------------------------------------------------
"Awak.. Kita dekat mana ni? Lama lagi ke nak sampai ke tempat Nenek?" tanya Rison yang kelihatan letih berjalan."Tak payah nak awak awak sangat lah. Nama aku Genor Louise. Panggil aku Genor je" jelas Genor yang juga keletihan mencari lokasi dimana Nek Kirana berada.
"Owhh ha okay. So, Genor bila kita hendak sampai ke tempat nenek ni?" keluhan Rison semakin berat.
"Eh sepatutnya aku yang tanya soalan ni dekat kau tau. Takpelah, mungkin dia ada didepan sana kot.."
Setelah beberapa jam mereka berjalan..
"Ha! Tu pun Nek Kirana!" jerit Rison dengan riang.
"Eh haah la! Ayuh!"
"Yeay yeay jumpa nenek. Yeay yeay jumpa nenek!"
Mengada sunguh gelagat Rison ini ish ish ish.
"Eh cucu nenek dah datang. Lamanya kamu bersiar? Pergi kemana?" tanya Nek Kirana hairan.
"Dia ke gerai Pak Rixie nek. Teruja sangat dengan barangan tiruan yang dikatakan barangan legend itu.." terang Genor.
"Eh? Genor pun ada sekali. Baguslah kamu jumpa denganya Genor. Kalau tak nenek tak tahu bagaimana hendak mencari dia yang terlalu jauh kesana.." keluh Nek Kirana.
"Eh langit pun sudah menggelapkan diri. Ayuh lah kita pulang dahulu.. Rison, bantu nenek kemas barangan ini ya?" pinta Nek Kirana.
"Baik lah nek. Rison pun sudah keletihan. Ada baiknya kita pulang sekarang"
"Ha alang-alang Genor pun ada sama, marilah ikut nenek pulang sekali. Nenek masakkan makanan favourite kamu nanti ya?"
"Eh saya memang tengah cari nenek dan ingin berjumpa dengan nenek pun. Pasal tu.." jelas Genor seolah memberi isyarat.
Nek Kirana yang seakan faham dengan isyarat itu memberi respond gerakan tangan yang hanya mereka berdua sahaja yang memahaminya.
Genor hanya mengangguk tanda faham lalu membantu Rison yang terpinga pinga kehairanan dek perlakuan neneknya dengan remaja itu mengemas barangan yang bersepah di tempatnya.
YOU ARE READING
Revenge of The Last Heir
FantasySeorang remaja yang terhimpit dek situasi yang bahang dimana menjadi pewakaf kepada dendam yang tersimpan. Walau jauh dilubuk hati, namun ia masih menjadi simbol kepada asbab yang menyeluruh baginya dalam meneruskan perjuangan.. Apakah yang menjadi...