"Beta turunkan sumpah keatas sebilah pedang ini bahawa hanya yang berhak dan mereka yang mengalirkan aliran darah soutiś dalam dirinya adalah pewaris mutlak secara turun menurun.."
MahaRaja Valir memulakan sumpah seranah saktinya keatas sebilah pedang khas yang mampu membuat pemiliknya setanding dengan dewa suri iaitu dewa pahlawan yang agung.
Darah soutiś adalah gelaran kepada mereka yang merupakan pahlawan agung yang mampu menggunakan black magik dan pure magik serentak.
Ia merupakan aliran darah yang paling mustahil kerana mereka yang mempunyai aliran darah ini adalah mereka yang dianggap anak jagaan kepada dewa suri.
Istimewanya mereka adalah kerana mereka ini hanya lahir dikalangan keluarga istana iaitu Putera Raja yang hak.
"Jika benar kamu yang berhak, maka ia akan muncul tidak kira bagaimana sekali pun. Itu sumpah Beta keatasnya!" sumpahan MahaRaja Valir sememangnya sumpahan yang paling mengerikan kerana ia berasaskan black magik.
"Baiklah MahaRaja. Akan patik ukirkan manteranya diatas bilahnya. Ia akan menjadi penentuannya dan jika insan tersebut tidak berhak maka ia menjadi seberat-berat alam." kata ahli sihir si pembuat senjata tangan itu dengan sinis.
"Beta sendiri yang akan mencubanya. Sesuai dengan keadaan kita yang akan memulakan perang antara Kerajaan Zartu.."
MahaRaja Valir mematikan katanya lalu mengangkat pedang sakti itu dan dihayunkan ke salah seorang hambanya.
_______________________________________"Rison?!"
"Rison bangun!"
Nek Kirana menampar-nampar perlahan anak jagaannya yang meracau-racau memanggil sesuatu.
"ARGHH!!" Jerit Rison dengan kuat sebelum dia tersedar dari mimpinya.
"Kenapa ni sayang? Masih mimpi perkara yang sama?" tanya Nek Kirana kebimbangan.
"Tak tahu lah nek. Rison nampak dia.." Rison tercungap-cungap bagaikan berlari-lari merentas negeri.
"Lagi? Maksud kau, kau kerap mimpi benda yang sama? Apa yang kau nampak?" Genor secara tiba-tiba muncul mencelah.
"Aku.. Tak kenal dia tapi.. Aku rasa aku kenal dia"
"Macam mana tu?"
"Entah. Tapi.. Dia ada sebut tentang sebilah pedang." Rison mengesat peluhnya yang berjujuran dek mimpinya yang agak mengerikannya.
'Pedang? Ada kena mengena dengan dia ke? Aku kene jumpa dengannya..' Nek Kirana bermonolog sendirian.
---------------------------------------------------------
"Hmm.. Betulkah ini jalan untuk kerumahnya?""Seram.." seorang gadis jelita berlegar-legar di sekitar Gruice Forrest mencari jalan untuk menuju ke sebuah rumah yang hendak ditujunya.
Walaupun agak bahaya untuk dia berjalan seorang diri sebagai seorang gadis di tempat itu namun dengan yakin dia mengharunginya dengan tenang.
'Nak kemana tu cik adik? Sorang je?.."
"Siapakah engkau.. Jangan ganggu aku" kata gadis itu dengan tenang tanpa menoleh pun.
"Meh abang perkenalkan diri.." jejaka itu tersenyum sinis dan tergelak kecil sambil berjalan menghampiri gadis itu bersama pocket knife grukes ditangannya.
Gadis itu tetap tenang dan tidak berganjak daripada kedudukannya sedari tadi memikirkan sesuatu.
SWUSSHHHH
YOU ARE READING
Revenge of The Last Heir
FantasySeorang remaja yang terhimpit dek situasi yang bahang dimana menjadi pewakaf kepada dendam yang tersimpan. Walau jauh dilubuk hati, namun ia masih menjadi simbol kepada asbab yang menyeluruh baginya dalam meneruskan perjuangan.. Apakah yang menjadi...